HANNAH berada di satu kawasan lapang. Dia memandang ke sekeliling lalu timbul kerutan di dahinya. Dia di mana?
Dia berjalan tanpa arah tuju. Kakinya melangkah mengikut gerak hati.
"Adik..." Suara seseorang yang sangat dikenalinya memanggil. Lalu Hannah toleh ke belakang.
Dia melihat Tengku Akbar dan Tengku Aya berpimpinan tangan dan tersenyum ke arahnya.
Hannah berlari ke arah mereka. Dia rindukan kedua-dua ibu bapanya. Dia ingin sangat peluk mereka dan merasai hangatnya kasih sayang mereka.
"Mummy... Daddy..." Air mata Hannah mengalir. Tiba-tiba, bayangan mereka hilang.
Anak mata Hannah melingas mencari kelibat insan yang tersayang. Dia menjerit-jerit memanggil kedua ibu bapanya
"Sayang."
"Sayang." Tidur Rayyan terganggu apabila Hannah di sebelahnya meracau-racau.
"Sayang." Dipanggilnya sekali lagu lalu ditampar perlahan pipi Hannah. Perasaan risau bertandang ke hati.
Mata Hannah terbuka dan dia terjaga daripada lena.
"Mummy... Daddy..." Jiwa Hannah merintih hiba. Buka sahaja mata, dia berada di bilik tidurnya dan Rayyan. Melihat wajah Rayyan yang kerisauan dia sebelahnya.
"Sayang. Syyhhh... Syyhhhh... I'm here." Tubuh Hannah ditarik ke dalam pelukan apabila isterinya itu mula menangis.
"Awak..." Muka Hannah tersembam ke dada Rayyan lalu dia menghamburkan segala-galanya. Habis basah baju yang dipakai oleh Rayyan.
"Sayang, abang ada dekat sini. Jangan risau." Belakang tubuhnya isterinya digosok-gosok perlahan. Ini bukan kali pertama, tapi sudah banyak kali Hannah bermimpi buruk dan meracau-racau dalam tidur.
"Saya nak mummy dan daddy." Hannah menggogoi bagai anak kecil dalam pelukan Rayyan. Dia kerap kali bermimpi Tengku Akbar dan Tengku Aya setelah dia terlibat dalam kemalangan. Wajah mereka yang sering dia dambakan dan rindukan.
"Mummy dan daddy dah tak ada, sayang." Rayyan menyedarkan Hannah dari realiti. Dia tidak mahu isterinya terus dibelenggu kesedihan.
Rayyan menjarakkan tubuh mereka. Dia memaksa Hannah supaya memandangnya. Merah mata dan hidung isterinya itu kerana menangis. Luruh hatinya melihat insan yang disayangi dalam keadaan sedemikian rupa.
"Sayang, dengar apa abang nak cakap ni." Sebelah pipi Hannah diusap dengan penuh kasih sayang. Isterinya itu masih tersedu-sedan menangis.
"Abang ada dekat sini dengan sayang. Izinkan abang untuk bahagiakan sayang dan jadi peneman hidup sayang sehingga ke akhir hayat. Abang tak nak sayang sedih lagi macam ini." Renungan hangat dia hadiahkan untuk Hannah. Besar cintanya kepada Hannah.
Seketika Hannah terbuai dengan kata-kata Rayyan. Hatinya sedikit terpujuk. Tangannya digenggam erat oleh Rayyan. Jeri-jemari mereka bertaut mesra.
"Tengku Hannah Medina. Cinta hati abang. Permata abang. Pengarang jantung abang. Kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah mummy, daddy dan kakak, okey? Doakan semoga roh mereka tenang di sana." Rambut Hannah diusap dengan lemah lembut. Wajah isterinya ditenung tanpa lepas. Dia tahu Hannah sangat memerlukan sokongannya sebagai suami. Jiwa Hannah rapuh dan bukan sekejap masa yang Hannah perlukan untuk merawat jiwanya. Hannah tidak mempunyai sesiapa lagi kecuali dirinya dan Fateh.
"Abang akan sentiasa berada di samping sayang. Sayang jangan mengalah dan putus semangat. Kalau sayang perlukan sesiapa untuk luah, luah je dekat abang. Abang ada untuk sayang, selalu." Seketika kucupan hangat singgah di dahi Hannah. Hannah memejamkan matanya erat, merasai betapa hangatnya kasih seorang suami terhadap dirinya.
"Senyum sikit," pinta Rayyan saat ciuman dilepaskan.
Seketika Hannah memaksa dirinya untuk senyum lalu berkata, "Saya minta maaf sebab selalu susahkan awak. Awak selalu tak cukup tidur sebab terjaga tengah malam sebab saya."
"Hei, kenapa sayang cakap macam ni? Abang tak sukalah." Rayyan menegur isterinya.
"Tak pernah sekali pun abang rasa yang sayang menyusahkan abang. Malah abanglah orang yang paling bahagia kalau sayang bergantung pada abang dan luahkan segala apa yang sayang rasa. Abang sayang sayang. Jadi tolong jangan cakap macam itu." Mata Rayyan melirik ke arah isterinya yang masih tidak stabil emosinya.
"Kalau abang tak kahwin dengan sayang, mesti abang tak perlu bersusah-payah untuk jaga orang sakit. Nak buat kerja rumah atau uruskan diri sendiri pun tidak mampu, lagilah nak jaga makan dan—" Cup! Ciuman pertama Hannah dicuri oleh Rayyan.
Hannah terkejut dengan tindakan Rayyan. Spontan tangannya menekup bibirnya yang menjadi sasaran Rayyan. Rayyan tersenyum kecil melihat riak wajah isterinya.
"Abang!" Dada Rayyan dipukul lembut lalu ditolak Rayyan supaya menjauh darinya. Tetapi apakan daya, kudratnya yang sedikit itu langsung tidak membuat Rayyan berganjak.
"Ya, sayang? Nak lagi ke? Kalau nak, abang boleh bagi lebih." Keningnya dijongket nakal. Kedudukan mereka dirapatkan sehingga tinggal seinci sahaja jarak di antara mereka. Dia tidak mahu Hannah anggap yang dia berasa terbeban dengan perkahwinan mereka. Dan dia tidak mahu Hannah terus berfikir bukan-bukan tentang dirinya. Sedangkan dia betul-betul ikhlas ingin menjaga Hannah sepanjang hidupnya.
"Tak mahu! Saya nak tidur." Hannah menghantukkan dahinya pada dahi Rayyan sehingga membuatkan Rayyan mengaduh sakit.
"Oh, main kasar nampak." Dahinya digosok-gosok perlahan. Keras macam batu kepala si Hannah ini.
"Sini, abang geletek sayang." Lalu tangan Rayyan menggeletek pinggang Hannah. Hannah terjerit-jerit kerana kegelian.
"Abang. Stop!" Hampir tidak cukup nafas Hannah menawan tawa. Sudahlah pinggangnya itu memang sangat sensitif. Saat disentuh pun dia sudah geli satu badan, inikan pula apabila digeletek.
Rayyan ketawa terbahak-bahak melihat isterinya ketawa. Lama-kelamaan dia berhenti, kesian pula melihat isterinya diusik sebegitu, "Itulah, siapa suruh kenakan abang."
"Saya tak kenakan abang pun. Saya usik sikit je." Tawa kecil terbit di bibir Hannah. Terus dia lupa kesedihan yang dia alami sebentar tadi.
"Pandai menjawab isteri abang ni." Dicuit hidung Hannah sehingga merah.
"Sakit!" Hannah memegang hidungnya.
"Tak nak kawan abang." Tubuhnya diselimutkan dengan gebar.
"Tak nak kawan abang, ya. Okey, sayang nampaknya macam meminta je lagi." Disingkap selimut yang menutupi seluruh tubuh Hannah.
"Abang, tak nak!" Malam itu, tawa mereka gamat memenuhi ruang bilik tidur itu.
Pendek je bab kali ni. Semoga terhibur!
YOU ARE READING
HER GUARDIAN ANGEL
Romance"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young lady." - SYED RAYYAN DANIAL Apabila nyawa berada di hujung tanduk, seorang lelaki yang sangat misteri, dingin, beku dan sombong telah meny...