HANNAH TERBARING LESU di sebelah Fateh. Hari sudah larut malam, namun matanya masih belum dapat dilelapkan. Indahnya andai dia juga dapat tidur dengan lena seperti Fateh sekarang. Sudah sejam dua dia berusaha melelapkan mata, tetapi usahanya langsung tidak membuahkan hasil. Hampir satu minggu mereka berada di hospital. Fateh juga semakin hari semakin pulih. Jika kesihatannya bertambah baik dan pulih sepenuhnya, dia boleh pulang ke rumah dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Kemudian, rutin harian akan diteruskan seperti biasa. Cuti panjang telah pun habis. Kaki Hannah pula sudah pulih seperti biasa. Sudah boleh berjalan, berlari, malah melompat pun dia boleh lakukan.
Telefon pintar di meja yang terletak di tepi katil diambil. Aplikasi Whatsapp ditekan lantas gambar profil milik Mr.Black dipilih. Gambar lelaki itu di hadapan main entrance pusat beli-belah Pavillion. Dia memakai T-shirt polo hitam dipadankan dengan seluar jeans yang turut sama berwarna hitam. Cermin mata gelap disangkut di bajunya. Dia meletakkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket seluar. Raut wajah lelaki kacukan arab itu bertambah manis apabila dia senyum sehinggakan menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya yang dalam. Kulitnya yang cerah, seorang yang tinggi lampai ditambah pula dengan memilki badan yang sasa, hidungnya yang mancung, alis mata dan keningnya yang lebat, bulu mata yang panjang dan melentik, rambutnya yang hitam pekat diserikan lagi dengan iris matanya yang berwarna Hazel yang boleh menambat hati sesiapa sahaja yang memandang. Selayaknya dia dilabel lelaki dambaan wanita. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti terasa ingin memiliknya.
Walau bagaimanapun, lelaki itu penuh misteri. Banyak rahsia yang tersembunyi. Hendak berkongsi perihal diri apatah lagi. Dia umpama sebuah buku sastera. Dibaca banyak kali setiap bait kata, andai tidak didalami dan diselami, mustahil untuk difahami maksud yang ingin disampaikan.
Tanpa sedar, senyuman kecil terbit di bibir Hannah. Dia mula rindukan seraut wajah yang sentiasa dingin dan beku dengannya itu. Hendak dilihat senyuman sehingga menampakkan lesung pipit yang dalam, umpama mimpi sampai ke bulan yang tidak akan jadi kenyataan. Belum sampai sebulan tempoh perkenalan mereka, hati Hannah sudah mula tertaut dengan keperibadian lelaki itu. Dia sombong, sinis, kata-katanya pedas, muka kosong tiada riak. Tetapi hatinya baik serta sifatnya lembut dan penyayang. Tidak dapat dinafikan, Hannah mula menyimpan perasaan terhadap lelaki kacukan arab itu. Namun, dia tidak punya kekuatan untuk menzahirkan perasaan yang terpendam itu. Lelaki itu belum lagi terbuka dengannya sebab itulah dia langsung tidak mengetahui apa-apa tentang lelaki itu.
Entah sudah berkahwin atau belum, masih single atau tidak, kerja apa, tinggal di mana. Semuanya ingin Hannah tanya tetapi apabila memikirkan kebisuan Rayyan yang bakal diterima, dia memilih untuk berdiam diri sahaja.
Dia ingin zoom gambar Rayyan. Geram dengan lesung pipit yang dalam itu. Tiba-tiba dia tertekan butang call Whatsapp.
Alamak! Hannah sudah gelabah. Segera dia end call. Mati aku kena marah dengan dia sebab kacau malam-malam. Itulah Hannah, merenyam sangat duk teringat anak teruna orang. Ha kan dah mendapat!
Tidak sampai beberapa saat, satu panggilan masuk. 'Mr. Black.'
Tangan Hannah sejuk umpama ais. Hatinya berdebar sakan. Adoi, nak jawab apa ni...
Lambat-lambat, panggilan itu diangkat. Tiada suara di hujung talian.
"Hello." Hannah menyapa.
"Kenapa?" Suara dia mendatar. Pasti marah apabila diganggu tengah-tengah malam.
"Saya... Emmm... Emmm..." Terus jadi gagap seorang Hannah Medina. Nak kelentong apa ni? Tindakan luar sedar, digarunya kepala yang tidak gatal.
"Kau dengan Fateh okay?" Risau bercampur cemas nadanya. Tidaklah senada sahaja seperti tadi.
"Fateh... Fateh..." Sekali lagi dia tidak mampu bertutur dengan lancar.
"Fateh apa?" Soal Rayyan tidak sabar. Sejak bila pula Hannah yang dia kenal gagap. Kebiasannya, dia ada sahaja benda nak cakap. Bila orang suruh diam pun sibuk sahaja mahu ajak berborak.
"Fateh dah tidur. Saya pula masih tak boleh tidur sampai sekarang." Hannah sendiri tidak tahu mengapa dia memberitahu Rayyan tentang hal itu.
"Hannah, seriously?" Dapat Hannah bayangkan muka annoyed Rayyan andai mereka berhadapan ketika ini.
"Did you call me in the middle of the night just to tell me this?" Ha ambil, dia dah cakap omputeh.
"No." Hannah menyangkal.
"Then, what?" Rayyan tidak berpuas hati.
"Nothing, I'm sorry."
"Okay, then. Take care." Selesai sahaja menutur kata, Rayyan terus memutuskan talian.
Take care? Rayyan tak marah? Ah, Hannah rasa mahu pengsan! Dia seperti berada di awang-awangan. Hatinya berbunga-bunga bahagia. Oh Tuhan, inikah yang dinamakan cinta?
Sedang tersengih-sengih umpama kerang busuk, satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali masuk. Hannah tidak mengangkat panggilan tersebut. Entah siapa pula yang call malam-malam ini. Kalau scammer buat kerja pun mesti waktu siang.
Akhirnya, nada dering telefonnya terhenti sendiri. Tetapi, sekali lagi panggilan dari nombor yang sama masuk. Hannah akhirnya menjawab panggilan tersebut, mungkin ada kecemasan atau sesiapa yang dia kenali memerlukan bantuan.
"Assalamualaikum." Suara lelaki yang sudah lanjut usianya memberi salam. Hannah sangat kenal dengan suara itu. Milik Tengku Akbar.
Hannah hanya menyepi, namun salam tetap dijawab di dalam hati. Dia berura-ura ingin meletakkan panggilan tersebut.
"Adik, sekejap." Lelaki tersebut menahan.
Hannah terpempan. Sudah 4 tahun dia tidak mendengar panggilan itu. Serta merta tubir matanya menjadi panas.
"Daddy minta maaf. Hannah baliklah ke rumah kita." Ucapnya tulus. Air mata berjujuran jatuh. Esakannya mula kedengaran namun sedaya upaya cuba ditahan.
Jeda seketika.
Hannah juga turut sama menangis namun dia cuba sorokkan, "Daddy yang buang Hannah."
"Daddy tahu, daddy minta maaf. Baliklah rumah kita. Bawa Fateh sekali. Dia cucu daddy. Adik anak daddy." Kemaafan dipohon buat sekali lagi.
"Adik tak boleh." Jawab Hannah.
"Kenapa?" Tengku Akbar menyoal.
"Bagi adik masa. Assalamualaikum." Tanpa sempat Tengku Akbar menjawab salam, Hannah terlebih dahulu menekan punat merah.
Disembam wajahnya pada bantal yang bersarung putih itu. Air mata mengalir dengan begitu lebat tanpa dapat ditahan-tahan. Teresak-esak dia menangis bagai anak kecil.
Kenapa selepas 4 tahun baru ayah muncul kembali?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Hatinya berkecamuk. Bukan senang untuk dia memaafkan setelah apa yang dia lalui selama 4 tahun ini. Andai hanya dengan perkataan 'minta maaf' itu mampu memadamkan segala memori pahit serta kenangan tawar yang membayanginya dahulu. Andai semudah itu parut luka di hatinya dipadam. Andai semudah itu air mata yang telah hilang itu diganti semula. Jika perkataan maaf itu mampu memadamkan segala perkara, dia pasti dengan begitu mudah sekali akan beri kemaafan.
Didakapnya tubuh kecil Fateh dengan begitu erat bagai tidak mahu lepas. Akhirnya, Hannah tertidur bersama bebanan perasaan yang menggunung.
Ha, dah terjawab kan kenapa Hannah hidup sebatang kara selama ini? Nantikan sambungan okay? Satu persatu persoalan korang akan terungkai nanti.
Thank you sudi baca!
YOU ARE READING
HER GUARDIAN ANGEL
Romance"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young lady." - SYED RAYYAN DANIAL Apabila nyawa berada di hujung tanduk, seorang lelaki yang sangat misteri, dingin, beku dan sombong telah meny...