EPILOG

5.2K 210 26
                                    

HANNAH mencari kelibat Rayyan. Ke mana pula suaminya pergi. Setelah menidurkan Fateh, dia lihat Rayyan tidak ada dalam bilik tidur mereka. Merata-rata tempat dia cari. Dari bilik tidur, ruang tamu sehinggalah ke dapur. Batang hidung Rayyan langsung tidak kelihatan. Tiba-tiba, telinga Hannah mendengar bunyi percikan air. Dilihat sliding door di bahagian tepi rumah terbuka. Langkah diorak menuju ke halaman rumah.

Kelihatan Rayyan sedang berenang di kolam renang.

"Abang, kenapa abang berenang malam-malam buta ini? Tak sejuk ke?" Hannah pantas mencekak pinggang. Risau Rayyan selsema pagi esok. Mana tidaknya, jam sudah pun mencecah angka sepuluh.

Rayyan yang sedang menyelam mengangkat kepalanya. Rambut yang biasanya pacak jatuh kerana dibasahi air.

"Sayang, buat apa dekat luar ni? Sejuklah. Sayang masuk dalam sana." Suaranya berubah risau. Ingatkan isterinya itu sudah tidur. Entah apa yang menghasut Rayyan malam itu, dia mahu berendam. Dalam tub mandi tak puas, jadi dia terjun ke dalam kolam.

"Saya tak boleh tidur." Bibir Hannah dicebik. Matanya berair. Memang dia cepat sangat sensitif sekarang.

Rayyan pantas mendekati Hannah. Digamit Hannah agar duduk di tepi kolam. Hannah enggan pada mulanya kerana dia malas hendak menukar seluar jika seluarnya basah nanti, tapi dia akhirnya menurut.

Badan Rayyan diletakkan antara kedua-dua kaki Hannah. Baru Hannah perasan yang Rayyan tidak berbaju. Terserlah six pack di abdomen Rayyan membuatkan Rayyan kelihatan begitu seksi di mata Hannah. Sesaat Hannah melarikan matanya daripada memandang Rayyan. Meskipun mereka telah berkahwin berbulan-bulan, Hannah masih lagi segan dengan Rayyan.

"Rindu abang ke? Sebab tu tak boleh tidur?" Suara Rayyan berubah romantis. Tangannya naik ke pipi Hannah, dielus perlahan. Kasih sayangnya terhadap si isteri sangat dalam.

"Em..." Malu-malu Hannah mengaku. Pipinya semakin memerah apabila tangan Rayyan mula bermain-main dengan anak rambutnya. Diselitkan ke celahan telinga Hannah.

"Kasi abang mandi lagi sikit. Nanti kita masuk tidur sama-sama, ya? Abang dodoikan sayang," ucap Rayyan lembut. Memang setiap malam Hannah tak akan tidur selagi dia tidak membacakan surah Al-Mulk untuk Hannah.

"Okey, abang."

"Baby, tengok mama ni. Manja. Kalau tak ada papa, dia tak boleh tidur." Serentak itu, tangan Rayyan memegang perut Hannah. Tidak sangka dia bakal menjadi seorang ayah tak lama lagi. Anak yang mempunyai pertalian darah dengannya. Dia berjanji kepada dirinya bahawa dia tidak akan pernah membezakan kasih sayang antara Fateh dan anak yang bakal dilahirkan oleh Hannah nanti. Fateh tetap anaknya.

"Mana ada mama manja. Baby yang nak melekat dengan papa sebenarnya," nafi Hannah. Dia merenung Rayyan yang leka memandang ke arah perutnya. Sudah dua bulan usia kandungannya. Sewaktu mendapat perkhabaran bahawa dia mengandung, Rayyan sangat teruja. Fateh juga begitu. Tidak sabar dia hendak menimang adik.

"Pandai petik nama baby, eh sayang ni." Hidung Hannah dicuit manja.

"Jom berenang sekali, nak tak?" Rayyan memberikan cadangan tak masuk akal. Ada ke patut dia ajak ibu mengandung berenang malam-malam? Mahu menggigil satu badan sampai ke Subuh pagi esok.

"Tak mau." Tangan Hannah silangkan ke dada. Dia nak tidur, Rayyan ajak berenang pula dah...

"Kalau macam tu, sayang masuk dalam dulu. Abang nak sambung berenang sekejap." Tautan tangan Hannah pada jari-jemarinya dilepaskan.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now