"SYED RAYYAN DANIAL, bangun! Matahari dah tegak atas kepala ni." Suatu suara melaung bersama ketukan bertalu-talu di pintu bilik.
Diam.
Sepi.
Tiada jawapan.
"Syed Rayyan Danial." Suara wanita yang menjangkau 50-an itu terlontar di segenap ruang rumah. Kepalanya sudah digeleng berulang kali.
Rayyan yang masih enak diulit mimpi terganggu tidurnya. Matanya dibuka. Keadaan biliknya masih gelap kerana langsir yang menutupi menghalang cahaya matahari menerobos masuk. Telefon bimbit yang tersorok di bawah batal dicapai dengan pantas.
'Ya Allah, dah pukul 12 tengahari.'
"Syed Rayyan Danial Bin Syed Ghazali." Suara wanita tua itu naik satu oktaf. Hampir sahaja dia bertukar menjadi seekor singa.
"Rayyan, bangun!!!" Puan Fauziah yang masih berada di pintu bilik memanggil anaknya itu sekali lagi.
"Ya, mama. Rayyan dah bangun ni." Rayyan bangun dengan malas dari katil. Apabila dia membuka pintu biliknya, tersembul wajah ibunya yang tercinta. Ibunya itu sudah bercekak pinggang. Rayyan Danial tersengih macam kerang busuk melihat wajah ibunya yang sudah mula menyinga. Di rumah, kesemua ahli keluarganya memanggilnya dengan panggilan Rayyan. Apabila dengan kawan-kawan ataupun orang luar, dia lebih selesa orang menggelar dirinya Niall atau Danial.
"Rayyan balik lambat ke semalam?" Tanya Puan Fauziah dengan muka penuh kerisauan.
"Ya, ma. Ada kerja yang perlu diselesaikan semalam, itu yang balik lewat..." Penat sangat sampai tak perasan pun terlajak tidur. Nasib mama kejutkan Rayyan." Danial menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kamu ni... Kalau papa tahu ni, habislah kamu..." Ibunya menggeleng kepala.
"Ma... Janganlah bagitahu papa..." Rayyan merayu. Habislah aku kalau papa tahu kerja apa yang aku buat sekarang.
"Iyelah... Pergi cuci muka, gosok gigi, mandi. Tu air basi meleleh-leleh... Busuk betul kamu ni." Sengaja Puan Fauziah mengusik anak bujangnya itu sambil tangannya menolak bahu Rayyan menyebabkan dia terganjak sedikit ke belakang.
Rayyan Danial segera mengesat tepi bibirnya, "Tak ada pun, ma. Mama ni..." Wajahnya cemberut. Mati-mati dia percaya apa yang dikatakan oleh mama nya.
"Sudah. Buruk betul muka kamu buat macam tu. Macam mulut itik dah jadinya. Kalau mama sangkut hanger pun boleh lepas tu." Puan Fauziah masih tidak mahu berhenti mengusik. Maklumlah, susah benar untuk dia melihat anak bujangnya ada di rumah. Keluar pagi, balik malam.
"Kamu kerja dengan kawan tu, kerja apa?" Soal mama Rayyan kepadanya.
"Hmmm... hmmm..." Rayyan sudah garu kepala. Dia tidak tahu hendak menjawab apa. Sebenarnya dia bukanlah bekerja dengan kawan dia pun. Dia bekerja bawah orang lain.
"Apa hmmm... hmmm... Kamu buat kerja yang tak elok ya?" Puan Fauziah serkap jarang.
"Astaghfirullahalazim... Apa mama ni..." Ke situ pula ibunya fikir.
"Habis tu? Apa yang susah sangat nak bagitahu mama papa? Dari hari tu lagi ma tanya kamu tau. Kamu mengelak je nak jawab. Ha, kamu buat apa Rayyan?" Puan Fauziah bercekak pinggang.
"Rayyan tolong dia buat bisnes lah ma..." Jawab Rayyan. Tipu sunat, tak apa kut? He he he. Kalau dia jujur, mahu kena pancung kepala dengan ibunya. Bukan boleh dibuat main ya mama dan papa nya itu.
"Bisnes apa?" Puan Fauziah masih tidak berpuas hati, bertalu-talu soalan yang ditanya. Anaknya itu terlalu berahsia.
"Adalah bisnes kecil-kecilan je. Rayyan tolong apa yang patut. Dia baru je nak buka perniagaan..." Rayyan masih tidak mahu berkongsi.
YOU ARE READING
HER GUARDIAN ANGEL
Romance"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young lady." - SYED RAYYAN DANIAL Apabila nyawa berada di hujung tanduk, seorang lelaki yang sangat misteri, dingin, beku dan sombong telah meny...