USAI MEMBERSIHKAN DIRI dan menunaikan solat asar, Hannah merehatkan tubuhnya. Dia terbaring lesu di atas katil. Sampai ke petang dia menghadap kerja, menyiapkan laporan yang bertimbun banyaknya. Baru sekarang dia dapat bernafas dan berehat. Penat sungguh hari ini. Maklumlah, hampir dua minggu dia bercuti, tiba-tiba dapat kerja banyak. Mahu tidak terkejut badan.
Fateh dilihat leka bermain dengan permainannya. Semakin bertambah koleksi permainannya kerana ada orang yang bermurah hati sponsor segala mainan tersebut. Dimanjakan sangat, apa lagi macam-macamlah yang dia minta. Siapa lagi yang rajin melayan Fateh seperti dirinya, tak lain dan tak bukan Syed Rayyan Danial.
Niall... Niall...
Sebut pasal Rayyan, Hannah terlupa akan sesuatu. Dia belum balas mesej Rayyan yang diterima pagi tadi. Allahu. Kepala sendiri ditepuk. Umur baru 27 tahun tetapi dah nyanyuk. Mana tidaknya, khusyuk sangat berborak dengan Mei guru baharu berbangsa Cina itu sehingga terlupa akan jejaka pujaan hatinya.
Nombor Rayyan didail segera. Dia menanti dengan penuh debar.
Panggilannya diangkat.
"Assalamualaikum awak." Hannah menyapa terlebih dahulu.
"Waalaikumussalam." Ringkas sahaja Rayyan menjawab salam.
"Saya minta maaf sangat-sangat. Saya terlupa nak balas mesej awak pagi tadi. Saya betul-betul sibuk hari ini." Dia menerangkan panjang lebar mengenai perkara yang sebenar.
"Hmmm..."
Hannah sudah mula memahami Rayyan. Dia tidak layan jika Hannah cakap panjang lebar. Dia lebih suka jika straight to the point.
"Saya rasa penat sangat hari ini dan malas nak keluar rumah. Kalau kita keluar malam esok atau hujung minggu boleh ke?" Hannah cuba bertoleransi. Dia tahu bukan mudah untuk Rayyan mengajaknya makan malam sekali bersama-sama. Tetapi dia ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Ada separuh kerja yang terpaksa dia bawa pulang kerana tidak sempat disiapkan sewaktu di sekolah.
"Okay." Tidak mahu panjang cerita, Rayyan hanya membalas pendek.
"Saya minta maaf tau awak. Saya bukan sengaja. Janganlah serik ajak saya keluar lagi." Hannah tidak tahu malu!
"Perasan." Balas Rayyan. Ha kan dah kena setepek! Dia kata aku perasan pula. Tapi dia yang ajak aku keluar makan dulu. Haih, apa-apa sahajalah.
"He he. Mana ada perasan. Oh ya, awak sihat? Saya dengan Fateh alhamdulillah baik-baik sahaja di sini." Hannah cuba mencari topik untuk dibualkan.
"Sihat." Pendek sahaja balasannya.
"Hari ni kan saya masuk kerja setelah hampir dua minggu cuti panjang. Banyak gila kerja saya tadi. Ini pun ada yang saya terpaksa bawa balik untuk disiapkan. Lepas ni, tak adalah saya nak ambil cuti panjang macam ni. Penat nak kejar dateline untuk hantar kerja-kerja ni." Hannah bebel seorang diri. Memandangkan Rayyan sudah biasa mendengar Hannah bercerita itu ini, jadi mahu atau tidak, dia kena juga tadah telinga.
"All the best." Kata-kata semangat dari Rayyan seperti itu sudah memadai. Eloklah dia balas jika hendak dibandingkan dengan dia diam membisu sahaja apabila Hannah bercerita. Sudah kenal Rayyan orangnya macam mana, jadi Hannah tidak lagi ambil hati dengan sikap dingin dan bekunya.
"Thank you." Balas Hannah.
Diam sejenak.
"Awak, saya nak tanya sesuatu boleh?" Hannah meminta izin.
"Ya."
"Awak dah ada girlfriend?" Soal Hannah tanpa selindung. Soalan yang dia ingin bertanya selama ini. Jika benar Rayyan sudah ada kekasih hati, dia tidak akan lagi mengganggu hidup lelaki itu dan akan melupakan sahaja perasaannya. Jika sebaliknya, dia akan memilih untuk terus menyimpan perasaannya terhadap Rayyan.
YOU ARE READING
HER GUARDIAN ANGEL
Romance"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young lady." - SYED RAYYAN DANIAL Apabila nyawa berada di hujung tanduk, seorang lelaki yang sangat misteri, dingin, beku dan sombong telah meny...