SETELAH pintu bilik dikunci, panggilan telefon diangkat selepas yakin tiada sesiapa yang mendengar. "Hello, Tengku. Ada orang cuba culik Hannah dan Fateh tadi. Polis dah berjaya tangkap penjenayah tersebut. Mereka sekarang berada bersama saya, di rumah keluarga saya."
Suara di hujung talian kelihatan terkejut, "Allahuakbar."
Dia hanya diam dan menanti kata-kata yang seterusnya.
"Tolong pantau dan jaga mereka dengan baik. Jangan sampai anak dan cucu saya diapa-apakan." Arahan diberikan dengan cermat.
"Baik, Tengku." Jawabnya, patuh menerima arahan.
"Jumpa saya petang ini di tempat biasa." Ucap suara di corong telefon.
"Baik, Tengku." Balasnya.
Panggilan dimatikan.
HANNAH menarik kerusi yang tersorong di bawah meja. Di berada di ruang dapur. Luas dan selesa sangat! Rumah mama dan papa Rayyan menggunakan konsep minimalis dan moden. Bertemakan warna hitam dan putih, memukau mata sesiapa sahaja yang memandang. Di suatu sudut, peti ais bersaiz besar bersambung dengan kabinet dapur. Di atas kabinet dapur, rempah ratus disusun di dalam bekas lut sinar dengan begitu teratur sekali. Segala perkakas dapur tersimpan elok di dalam laci kabinet. Mereka tidak menggunakan dapur gas, tetapi digantikan dengan dapur kaca elektrik yang hanya setebal 1 inci. Di suatu sudut lagi, buah-buahan tersusun dengan elok di atas rak besi yang unik ciptaannya. Ada buah pisang, nenas, epal dan oren.
Gelas yang berisi jus oren diteguk perlahan bagi menghilangkan dahaga. Sebelum dia turun tadi, bibik Santi telah menyediakan minuman sejuk untuknya sebelum dia meminta izin untuk melakukan kerja lain. Rumah Rayyan besar, ada 3 tingkat semuanya. Pekerja pula ada 3 orang semuanya. 2 orang bibik dan seorang tukang kebun. Rayyan memberitahunya mereka juga ada pemandu peribadi, tetapi dia tidak berada di rumah sekarang ini. Mama dan papa Rayyan juga tidak ada di situ. Mereka keluar kerana ada urusan. Adik beradik Rayyan? Hannah tidak bertanyakan pula. Dia juga tidak pasti sama ada Rayyan ada adik beradik lain ataupun tidak. Rayyan tidak pernah membuka cerita, dia juga malas mahu menyoal lebih-lebih.
Sebaik sahaja tiba di rumah ini, Rayyan terus hilang ke dalam bilik tidurnya untuk membersihkan diri dan berehat. Dia menyuruh Hannah supaya buat seperti rumahnya sendiri. Jika dia perlukan apa-apa bantuan, panggil sahaja bibik Santi atau bibik Ria.
"Ehem." Deheman seseorang dari belakang mengejutkan Hannah.
"Fateh mana?" Rayyan mengambil tempat di sebelah Hannah. Jus oren milik Hannah diteguk dengan selamba.
"Dia tengah tidur dekat atas." Hannah cuba berlagak selamba setelah insiden yang memalukan dirinya berlaku.
Mereka buat seperti tiada apa-apa yang berlaku di dalam kereta tadi. Masing-masing beriak tenang.
"Kau tak tidur?" Soal Rayyan lagi.
"Tak mengantuk." Jawab Hannah.
"Tunggu sini kejap." Rayyan bangkit dari duduknya setelah suasana sepi menyelubungi mereka.
Mata Hannah menyoroti langkah Rayyan. Dilihatnya Rayyan memakai apron. Rambut depannya yang panjang diselit di celah telinga. Lengan baju yang panjang disingsing hingga ke siku. Kemudian kedua-dua belah tangannya dibasuh dan dicuci bersih.
Wah, Rayyan nak masak ke? Hannah teruja!
Oh, my sexy and handsome crush!
Segala bahan-bahan dikeluarkan dari peti ais. Disusun di atas kabinet dapur.
YOU ARE READING
HER GUARDIAN ANGEL
Romance"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young lady." - SYED RAYYAN DANIAL Apabila nyawa berada di hujung tanduk, seorang lelaki yang sangat misteri, dingin, beku dan sombong telah meny...