Bibirku pantas mengukir senyuman saat melihat figura Ammar Zafran muncul dari muka pintu bilik dengan membawa beg kertas berisi makanan. Fikiranku hampir terlupa krisis yang aku sedang alami tadi, hanya ada Ammar Ammar dan Ammar.
"Hai.." sapa Tengku Ammar Zafran.
"Hai..Lambat you datang." balasku lembut.
Ammar Zafran mengambil tempat di kerusi bersebelahan katil aku. Beg kertas yang berisi makanan diletakkan di atas meja.
"Sorry. Baru balik kerja."
Aku tersenyum mendengar jawapan Ammar Zafran.
'Hmm...Baru balik kerja. Kedengaran seperti isteri sedang menanti suami. Tetapi bukan di rumah, di hospital.' Getus hatiku nakal.
"Oh, tak apa. You rehatlah dulu."
"It's okay. Kalau I nak rehat, dekat rumah pun boleh." Ammar Zafran bersandar selesa di kerusi bersebelahan aku. Terlalu selesa untuk orang yang baru berbaik macam aku dan dia.
Aku menggaru kepala, "Ohh, hmm...okay"
Situasi tiba-tiba terasa janggal. Terasa ada angin dingin yang meresap sehingga tulang sum-sum. Pipiku mula kemerah-merahan. Aduh, nak cakap apa ni. Segannya. Selalunya aku jumpa dia asyik bergaduh je, hari ini tiba-tiba je berbaik.
"Nah makan ini, I belikan bubur untuk you." Suara Ammar Zafran memecah kesunyian. Dia mengeluarkan air dan dua bekas makanan lalu ditelakkan di atas meja, satu berisi bubur dan lagi satu burger. Kemudian dia menaikkan sedikit kepala katil supaya Elvina boleh makan sendiri.
"Tak adil la you makan burger, I makan bubur je." Aku membentak.
"You yang sakit, I tak sakit." Jawab Ammar Zafran ringkas. Dia membuka kertas yanag membalauti burger itu, dari petang tadi dia tidak makan kerana perlu melawat beberapa buah rumah yang ingin dijual untuk kliennya.
"Tapi, I sakit kaki je bukan sakit mulut."
"Dah diam. Makan bubur tu."
Aku mendengus. Kelmarin makan sedap, harini bubur je. Haish, tak baik la Elvina. Bersyukur dengan apa adanya. Alhamdulillah.
Akhirnya aku juga bubur sehingga ke suapan yang terakhir.
"Aalhamdulillah, terima kasih, Tengku Ammar Zafran Bin Tengku Ahmad." Ujarku tersenyum. Bekas yang kotor aku masukkan kembali ke dalam beg kertas.
"You're welcome."
Selepas selesai makan, masing-masing diam. Aku sibuk mengupdate media social dan membalas mesej rakan-rakan yang mendoakan kesembuhan aku. Ammar pula sibuk membalas mesej mungkin dari Lily, telahku.
"Ammar." Aku memanggilnya perlahan setelah meyedari dia tidak lagi bermain telefon tetapi sedang menonton televisyen.
"Yes?" Ammar Zafran menoleh memandangku.
"Err, you tak marah ke? Iya lah kan, dulu kita selalu bergaduh. Ah bukan dulu, baru dua hari lepas je kita gaduh tentang perjanjian ni. Minggu lepas bergaduh sampai I kena langgar dengan troli. Sebelum itu, ada lagi banyak peristiwa yang menyebabkan kita bergaduh." Aku berterus terang dengannya.
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Tunggu
Romance[ON GOING] Dari Malaysia ke Missouri, Elvina Rose hanya mengejar jejaka idaman yang sama. Crush yang diminatinya sejak 8 tahun lalu kini ada di hadapan matanya. Elvina Rose- "At least, we're looking at the same moon." Tengku Ammar Zafran - "I tak...