Part 1

1K 44 2
                                    

Alarm yang berbunyi sejak tadi membingitkan telinganya. Dia menarik comforter menyelubungi kepalanya, tidurnya masih belum puas. Semalam dia sampai di rumah jam 4 pagi, bukan kerana dia leka clubbing, tapi dia terpaksa drive all the way dari St. Louis ke Springfield yang mengambil masa 2 jam.

Suasana biliknya yang malap dan selesa membuatkan dia tidur dengan nyenyak. Rekaan daripada realtor terkenal di Texas iaitu Ben Wegaman merangkap sahabat ayahndanya sangat classy. Semua interior designnya menepati cita rasa Ammar. Biliknya dilitupi dengan wainscot berona kelabu gelap, dipadankan dengan brown Savoir bed. Di sebelah kanan biliknya terdapat lorong menuju ke closet dan bilik air. Ditambah lagi dengan hamparan carpet bewarna kelabu muda dan langsir berwarna off white. Simple tetapi classy. Itu citarasa Tengku Ammar Zafran.

Pintu biliknya diketuk berkali-kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu biliknya diketuk berkali-kali.

"Aduh.. Aku baru nak tidur, kacaulah!" bentak Ammar. Kepalanya diselup masuk ke bawah bantal. Kalau tak kacau tak boleh ke.

Pintunya diketuk lagi, "Tengku, Puan Raja panggil turun breakfast. Katanya takut Tengku terlambat." Ammar memicit-micit telinganya. "Yelah. Kejap lagi saya turun."

Ammar bangun, dengan malasnya tuala diambil dan kaki menapak ke bilik air. Setelah selesai mandi, Ammar berdiri di deretan baju yang disangkut cantik mengikut colour coding dan brand. Kemeja merah gelap diambil dipadankan dengan tie hitam lalu digayakan American Knot. Akhir sekali, Penhaligons Potraits Impudent Cousin Matthew disembur di leher dan sedikit di bajunya.

"Semalam balik pukul berapa ?" Belum sempat pun dia duduk, bondanya, Puan Raja Chameela sudah pun mulakan sesi penyiasatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Semalam balik pukul berapa ?" Belum sempat pun dia duduk, bondanya, Puan Raja Chameela sudah pun mulakan sesi penyiasatan.

Kerusi meja makan ditarik sedikit lalu melabuhkan punggungnya di kusyen empuk itu "Pukul 4 pagi, bonda."

Hidangan Smoked Salmon Eggs Benedicts telah tersedia di pinggan masing-masing. Ammar melihat di kerusi sebelah, Tengku Airis Qistina dan Tengku Ammar Ziyad masih belum turun. Dia mengeluh.

'Suruh aku turun cepat, tapi semua pun tak ada lagi.' getus hati Ammar. Protokol di rumah agam itu, setiap kali waktu makan, mereka perlu tunggu semua ahli keluarga berada di meja makan barulah boleh menjamah makanan.

Dia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now