Kriuk..Aku menukar posisi tidurku. Selimut yang membaluti tubuh ditarik sehingga ke paras leher.
Kriukkkkk....
Bunyi dari dalam perut yang semakin kuat menyebabkan aku terjaga. Aku membuka mata perlahan. Aduh...Laparnya. Tangan mengagau jam loceng di meja lampu sebelah.
3: 10 a.m
"Awalnya kau lapar, perut.." Aku masih penat nak bangun, sudah beberapa hari tidur lambat kerana sibuk berlatih menari. Selepas habis chanpionship semalam, aku perlu bersedia untuk pertandingan solo pula. Hanya tinggal beberapa minggu sebelum pertandingan berlangsung, tetapi masih banyak persiapan yang aku belum buat. Disebabkan itu jugalah aku jarang jaga waktu makan, waktu sibuk melatih untuk championship aku hanya makan kentang goreng dan delivery fast food. Langsung tak sentuh nasi ataupun makanan berat. Waktu makan malam bersama ahli pasukan semalam pun, aku hanya minum cocktail kerana mereka order bacon ham pizza. Memang mampu pandang jelah..
Tak boleh jadi ni. Aku bangun mengambil sweater yang tersangkut di belakang pintu, kemudian keluar ke pantry di hujung koridor dorm. Hot chocolate dibancuh dalam mug besar. Dua paket maggi kari yang dibawa khas dari Malaysia diambil dari dalam kabinet untuk dimasak.
"3 pagi pun 3 pagi lah. Yang penting perut aku kenyang." Aku menekan butang 'on' pada dapur elektrik. Air diisi separuh daripada saiz periuk dua paket maggi dibuka dan aku memasukkan perencah dan mee maggi di dalam air yang sedang mendidih. Sambil menunggu maggi masak, kedua-dua belah tangan aku hala ke arah haba yang keluar. Nayaman je rasa..
Setelah maggi siap dimasak, aku membawa mangkuk dan mug ke dalam bilik. Ipad dibuka dan diletakkan di atas ipad holder, aku membuka Netflix. Stranger Things Season 2 Chapter 5 terlayar di skrin.
"Bismillahirahmanirrahim. Allahuma bariklana fima razaqtana waqina a'zabannar. Aamin" aku membaca doa sepantas yang mungkin sebelum menjamah makanan. Mee maggi dikacau-kacau sebelum aku menyuap ke dalam mulut.
Slurpppp..
"Argh..Sedapnya makan maggi kari time sejuk-sejuk begini."
Begitu ralit aku makan maggi sampai licin satu mangkuk sambil tengok Netflix. Tahu-tahu je dah pukul 5:30 pagi. Tanpa sengaja, aku terpandang kotak sederhana besar yang tersusun di sebelah meja belajar. Mangkuk maggi dan mug hot chocolate yang sudah habis aku tolak ke tepi.
'Tengku Ammar Zafran.' Detik hatiku.
Aku mengangkat kotak itu ke atas meja dan membuka penutup kotak, hampir beratus surat tanpa balasan yang aku tulis disimpan rapi di dalam kotak ini sejak di Malaysia lagi beberapa tahun yang lalu. Aku akan bagi semua ni apabila aku berjaya jumpa dia. Sekeping gambar Ammar Zafran berlatarbelakangkan Kansas City yang terselit di celahan surat diambil. Adrenaline aku mengalir dengan semakin laju hanya dengan melihat gambarnya, macam mana la agaknya kalau aku jumpa dia nanti. Gambar itu aku tampal di softboard meja belajar aku.
Cerita tentang bagaimana aku boleh tersesat di sini semuanya berkait dengan Ammar Zafran. Sebabkan dia, aku sanggup buat keputusan untuk sambung ijazah di sini. Sebab dia ada di sini..
Siapa Ammar Zafran?
Dia merupakan kerabat diraja Perak yang aku pernah jumpa di sebuah majlis kecermelangan syarikat Royale Realty 8 tahun yang lalu. Dan aku merupakan penerima Educational Excellence Award daripada Tengku Ahmad. Ketika itulah aku mula menyukai Ammar. Kerana sebuah pertemuan..dan sebuah kejadian yang sentiasa tersemat di dalam hatiku.
Dear Ammar Zafran,
Ever since I saw you, it hasn't been the same. All you've got me doing is drawing hearts around your name.Surat yang baru ditulis kulipat cantik-cantik dan masukkan di dalam kotak itu. I'm sorry because I couldn't meet you earlier. Please wait for me.
"At least, we're looking at the same moon, Ammar Zafran. Wait for me,okay." bisikku perlahan.
—-
Sejak terjaga pagi tadi, aku tidak boleh tidur. Jadi, memandangkan hari ini cuti, aku bercdang untuk berbasikal di sekitar bandar dan beriadah di Forest Park. Aku memakai Nike cropped sweatshirt berwarna cream dan black sweatpants. Rambut ditoncang ala pony tail, cap dan earphone yang tersangkut di penyangkut baju dicapai.
Untuk riadah ala-ala picnic hari ini, aku menyiapkan sandwich tuna, potongan buah-buahan dan americano yang sudah diisi di dalam tumbler. Kesemuanya aku masukkan dalam beg galas, bersama sebuah novel untuk dibaca. Aku menuju ke garaj, mengambil basikal. Dah berhabuk dah basikal aku ni. Beli rajin, nak naik tu malas. Nasib baik lah aku dapat hidayah nak cycling harini, kalau tak memang jadi besi buruk jelah kat garage.
Aku melusuri Matthew street ke Forest Park. Lalu lintas pagi ni tak begitu sesak, jadi aku sempat untuk bersiar-siar.Deretan bangunan dan kedai di kiri dan kanan jalan kelihatan sangat tersusun, dihiasi pula dengan pokok-pokok yang menghijau. Aku suka melihat kawasan di sekeliling St.Louis sambil berbasikal. Clean and green! Angin yang fresh dan sejuk menemborosi masuk hidungku. Segarnya!
Setelah satu jam aku berbasikal, aku akhirnya sampai ke Forest Park. Fuh penat. Forest Park di St Louis terlalu besar, lebih besar dari Central New York. Di satu kawasan ni ada art museum, history museum, ada park untuk riadah dan cycling, ada science centre, restaurants dan banyak sport courts. Kalau di Malaysia, Forest Park ni seolah-olah Taman Botani di Tasik Belum cuma ianya 10 kali ganda lebih luas, cantik, efficient, lebih banyak facilities dan maju. Tapi kalau aku datang ke Forest Park, aku akan tuju terus ke The Green Basin. Memang tak ada maknanya aku nak pergi semua tempat.
Aku mencari port yang best untuk berehat, aku park basikal di sebelah. Kain alas yang aku bawa, dihampar luas menutupi rumput. Aku melabuhkan punggung di atas kain alas. Aku memakai headphone lalu memasang playlist 'Morning Chill' - Photograph,Ed Sheeran.
Di sini, terdapat tasik yang luas. Sangat luas, dan ada cycling paths. Kalau pagi atau petang, kebiasaannya pengunjung akan lepak-lepak atas carpet rumput. Termasuklah aku. Kerana pemandangan di sini tersangatlah cantik. Walaupun favourite colour aku pink, tetapi aku suka melihat alam kehijauan. Some parts of me are fancy and chic, but some other parts are nature lover.
Walaupun setiap hari aku enjoy dengan life aku. Tetapi, at some point aku perlu duduk and reflect back how my life is going. Just clear my mind from the negative thoughts. And absorb the positivity form the nature. That's why aku suka datang sini seorang. It's just another part of me that my friends haven't seen. Yet.
Aku menghayati keindahan alam, tasik, bunyi air tersembur keluar dari air pancut dan jatuh semula menghempas permukaan tasik, suara pengunjung sayup-sayup kedengaran. Bibir mengukir senyuman.
"Excuse me." Tiba-tiba ada seseorang mencuit aku dari belakang.
Don't forget to comment & vote ❤️
Lots of love,
SuriaAhmad
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Tunggu
Romance[ON GOING] Dari Malaysia ke Missouri, Elvina Rose hanya mengejar jejaka idaman yang sama. Crush yang diminatinya sejak 8 tahun lalu kini ada di hadapan matanya. Elvina Rose- "At least, we're looking at the same moon." Tengku Ammar Zafran - "I tak...