Part 39

338 19 4
                                    

Hari ini, pagi-pagi lagi mama datang membawa sarapan pagi dan selimut kesayangan aku yang baru dibasuh dan dikeringkan di dobi buat kali ketiga sepanjang aku di hospital ini. Mama juga membawa sejambak bunga rose putih untuk digantikan dengan bunga yang sudah layu di dalam balang yang berisi air di atas meja kopi. Setiap hari mama akan membeli bunga ros putih untuk menghiasi bilik wad ini untuk tatapan aku supaya aku lebih cepat sembuh.

"Mama tak kisah ke duduk lama di sini?" soalku selamba sambil menyuap nasi goreng masakan mama ke dalam mulut. Aku lagi suka kalau mama duduk sini lama, aku dapat makan percuma dan ada teman untuk borak juga. Terasa selesa seperti di rumah sendiri bila ada dekat dengan mama.

"Hm, kisah juga. Dah tiga minggu mama di sini. Kedai bunga mama dah lama tutup, supplier dan pelanggan pun dah bising. Bunga di dalam freezer pun mesti semua dah layu."

"Ohh.." mulutku memuncung panjang.

Hm...kalau mama mama balik, siapa nak jaga aku siang dan malam di sini? Siapa nak bawa makanan? Nak salinkan baju aku, sapu ubat dan balut luka aku?

"Hmm..Abang dengan papa dah balik Malaysia, mama pun nak balik. Habis siapa nak jaga El?" butiran nasi dikuis-kuis perlahan, dah tak ada selera nak makan.

Mama diam, tangannya berhenti mengubah bunga di dalam pasu itu. Mama kemudian jalan kearahku lalu memegang tanganku.

Terasa seperti ada sesuatu yang mama akan bagitahu. Aku menatap mata mama tertanya-tanya.

"Elvina, jom kita balik Malaysia, nak?" ujar Puan Jasmine perlahan. Risau anaknya akan terguris hati, dalam keadaan yang begini dia mungkin menjadi lebih sensetif. Mengetahui dirinya tidak seperti dulu lagi.

Tanganku jatuh daripada genggaman mama.

"Ma..." Aku terkedu.

So....This is it?

Kehidupan aku tamat di sini?

Dalam keadaan seperti ini?

Mataku melorot melihat kakiku yang hanya boleh bergerak sedikit. Dengan bantuan hidroterapi, aku mampu melangkah dan menggerakkan kakiku di dalam air. Tetapi kata doktor pinggang aku masih belum mampu bergerak sepenuhnya dan menampung  berat badanku. Aku cuma boleh mengangkat kaki tetapi masih tidak boleh duduk ataupun berjalan.

"Sorry, sayang. Mama tak mahu kecewakan El, tapi, mama tak ada pilihan. Kita boleh balik berubat di Malaysia ya? Sekurang-kurangnya El ada depan mata mama. Kalau dekat sini, siapa nak jaga El? Paksu dan maksu jauh di Chicago, seminggu sekali boleh la diaorang datang melawat. Hari lain? Siapa nak jaga El? Kita duduk Malaysia sampai El sembuh okay?"

"Huh..Semudah ini kehidupan El musnah?" Aku berdecit.

Aku mengesat air mata yang hampir jatuh, tubir mataku terasa panas sekali. 

Aku tak percaya, semua yang aku usahakan selama ini hilang begitu sahaja. Impian aku? Hancur. Pencapaian aku? Terpaksa dilupakan begitu sahaja.

"Tak sayang, El berehat sekejap je. Kalau El dah sembuh nanti kita datang sini balik ya sayang.."

"Tak boleh, ma...Tak boleh.. Kehidupan El dekat sini, El masih ada kuliah yang belum habis, El masih ada dua semester lagi, ma. Kelab tarian El sekarang tengah tergantung tanpa ketua, semua sedang susah hati. Takkan El nak tinggal semua macam tu je? Sia-sia usaha El selama ini!" dadaku terasa ketat seperti ditumbuk-tumbuk. Suaraku tersekat-sekat di kerongkong.

Dan..yang paling penting, aku baru sahaja jumpa Tengku Ammar Zafran. Lelaki yang selama ini aku hanya hidup di bawah bayang-bayangnya, aku baru jumpa lelaki itu beberapa minggu lepas.

"Ma... Why this happens to me?" Air mata tumpah jua akhirnya. Aku baru sahaja nak luangkan masa dengan Tengku Ammar Zafran, tapi saat dia mendekati aku, aku pula yang terpaksa tinggalkan dia .

Lantas Puan Jasmine memeluk anaknya yang hanya menunduk tanpa jawapan. Dia juga tidak dapat membendung perasaan sedih melihat anak gadisnya yang sentiasa ceria terbaring lemah seperti ini. Jiwanya turut menjadi lemah dan pilu. Tapi, dia perlu kuat untuk anakknya, supaya Elvina tahu yang dia masih ada harapan untuk sembuh.

"Kenapa nasib El malang sangat ma? Semua impian El masih belum tercapai lagi, El masih perlukan masa untuk capai semua impian El. Tolong lah tarik balik semua ini, mama.. Please give me chance to walk again, Ya Allah.." Aku merintih pilu. Aku kecewa. Benar-benar kecewa. Masakan aku perlu berhenti di saat perjalanan hidupku baru bermula?

"Shhh. Elvina, tak baik cakap macam tu, nak. Kerja Allah jangan sesekali persoalkan. Itu pentingnya sabar dan redha, sayang. Kan mama selalu pesan, bila Allah tarik sesuatu daripada hidup kita, itu maknanya Allah akan gantikan dengan perkara yang jauh lebih baik yang kita tak pernah jangka. Jadi, jangan berburuk sangka pada Allah sebab dia tengah mengatur jalan kehidupan kita dengan sangat cantik."

Aku mengesat air mata dengan lengan baju hospital. Kata-kata mama meredakan perasaan kecewa aku. Ada benarnya apa yang mama cakap, Allah tarik nikmat berjalan dan berdiri, tapi Allah makbulkan doa dan impian yang aku ingin selama ini iaitu Tengku Ammar Zafran. Tetapi mampu kah dia dia terima aku dalam keadaan aku yang macam ni?

"Nanti El fikir dulu.." Pendek sahaja jawapan aku. Sememangnya aku perlukan masa untuk berfikir, tambahan pula berkait dengan masa depanku. Aku tak mahu hidup aku hancur begitu sahaja sebabkan kemalangan ini.

"Okay, sayang. Mama tak paksa El, tapi mama nak El tahu yang ini adalah keputusan yang terbaik untuk El buat masa sekarang, ya sayang? Tentang masa depan El kita akan fikirkan kemudian setelah El sembuh. Nanti mama dan paksu akan berjumpa dengan Professor untuk berbincang tentang kuliah El. Jangan risau ya." Senyuam terukir di bibir Puan Jasmine.

"Meh sini, mama sapukan ubat pada luka dekat pipi El. Habis rosak muka anak mama yang cantik ni." Tangan mama mengusap pipiku lembut.

"Alah, mama ni... Jangan la cakap macam tu." bentakku manja.

Hanya Allah yang tahu perancangan masa hadapanku. Yang baik mahupun yang buruk. Semoga Allah permudahkan segala  urusanku. Aamiin..

Dia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now