Alarm berdering kuat. Aku terpisat-pisat bangun lalu menutup alarm. Kepala disembamkan kembali di atas bantal yang empuk.Cahaya terang menyilaui mataku. Hmm... Cahaya dari mana ni.. Aku menggosok mata kuat. Arghh penatnya tidur semalam, sampai mata aku pun susah nak buka. Badan rasa lenguh-lenguh.
Eh ? Siang dah ke?!
Aku pantas bangun merangkak ke hujung katil lalu menyelak langsir. Di bawah, semua pelajar berpakaian kemas untuk ke kelas. Aku kembali ke kepala katil, lalu mencapai handphone di meja sebelah.
...7:00 am missed
...7:15 am missed
...7:30 am missed
...8:00 am missed
...8:15 am missed
.
.
.
... 9:00 am stopped.Reminder: 20 May 2020 -Quiz at 9:30, Lecture Hall 101.
"Gosh!!!! Aku ada quiz lagi setengah jam !!!!!!" Aku melompat dari katil menuju ke bilik air. Nasib baik aku tak boleh solat, kalau tak terlepas subuh. Aku menampar-nampar pipiku.
Asal la pagi ni aku bingai sangat ni.
Wake up, Elvin!!
Aku berdiri di hadapan sinki. Okay aku akan basuh muka dan gosok gigi je dalam masa 10minit. Namun, saat aku lihat muka aku di cermin..
"Arghhhhhhhhhh!!!!!!!!!"
Apa dah jadi..Kenapa mata aku bengkak sangat ni. Semalam aku buat apa? Kenapa aku tak ingat..Aku mabuk ke masa dekat parti Leo semalam? No no no. Aku tak pernah dan tak akan sentuh air haram itu.
Crap...
Aku membasuh muka aku dengan air sejuk berkali-kali. Hopefully surut lah bengkak mata aku ni. Tapi..tak hilang juga. Ah biar lah, aku dah lambat nak pergi college ni. Aku capai ironless T-shirt dan jeans. Sedikit mosturizer dan sunblock disapu. Rambut aku toncang ponytail, tak payah sikat dah senang. Dan sunglasses untuk cover bengkak di mata aku. Kasut dicapai dan aku terus keluar menuju ke dewan kuliah.
Selepas 15 minit perjalanan, aku sampai di depan lecture hall- 9:28 am. Fuhh, awal dua minit. Kalau tak mesti nama aku kena buang daripada menjawab next quiz session. Aku menolak pintu dewan kuliah. Semua mata memandang aku pelik. Ah tak kisah la, aku mengambil tempat di sebelah Clara dan Nadine.
"Kenapa you pakai sunglasses?" Soal Clara pelik.
"Mata I bengkak, babe. Dah macam bibir Angelina Jolie dah ni. Takut I tengok." Aku menurunkan sedikit cermin mata hitam, tarus Clara ketawa mengekek.
See..Aku tak buat keputusan yang salah.
"Vogue you harini,babe. Macam nak pergi Las Vegas. Wuuu." Clara mengusik aku. Aku menilik outfit aku, kat mana yang vogue nya?
"Wow,thanks. I tak mandi lagi tau." Aku berbisik pada Clara.
Erk! Clara menghantar pandangan jijik pada aku. Tadi bukan main puji. Ha puji lah lagi, Puji..Puji..
"Chill la.. Aku dah sembur perfume Giorgio Armani satu badan okay. Ha, bau ni." Aku mendekatkan ketiak aku pada muka mereka. Kedua-duanya menjerit geli. Tahu takut..
Pintu lecture hall ditolak, Professor Phillip dah datang. Seisi dewan senyap, bersedia untuk mengambil quiz. Quiz ni akan menyumbang 20% kepada final exam nanti, jadi semua orang perlu mengambil serious tentang ni.
——
Aku melangkah keluar dari dewan beriringan dengan Clara sambil menggaru kepala. Betapa gatalnya kepala aku dalam dewan tadi Tuhan je yang tahu. Selalunya setiap pagi aku akan basuh rambut, perap dengan conditioner dan treatment cream. Tapi pagi tadi mandi pun tak sempat, inikan nak buat treatment rambut.
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Tunggu
Romance[ON GOING] Dari Malaysia ke Missouri, Elvina Rose hanya mengejar jejaka idaman yang sama. Crush yang diminatinya sejak 8 tahun lalu kini ada di hadapan matanya. Elvina Rose- "At least, we're looking at the same moon." Tengku Ammar Zafran - "I tak...