Papa bergegas ke pejabatnya setelah menghantar aku pulang ke rumah. Kesian papa terpaksa menunggu aku separuh hari menjalani abdominal rehabilitation di hospital. Aku meminta papa untuk tunggu di cafe hospital atau tinggal sahaja aku di hospital, boleh lah papa selesaikan satu atau dua kerja di pejabat. Tetapi papa berkeras nak ikut kesemua sesi fisioterapi dan x-ray aku hari ini, katanya dia perlu ada di sisi aku kalau aku perlukan apa apa pertolongan. Aku masih cuba untuk membiasakan diri dengan rutin baru. Setiap pergerakan aku memerlukan pertolongan orang sekeliling. Tapi aku bersyukur kerana ahli keluarga aku sentiasa memberi sokongan fizikal dan mental untuk aku sembuh dengan lebih cepat. Mama, papa, Eyka dan abang akan bergilir-gilir untuk menjaga makan minum aku, pakaian dan juga keperluan lain.Otot-otot mula terasa sengal dan sakit selepas melakukan beberapa set exercise dan juga hydrotherapy. Setelah lalui hari yang panjang, yang aku perlukan hanyalah rehat. Eyka membantu aku untuk mengubah posisi kedudukan dari kerusi roda ke katil, kemudian dia menambah stok snack baru, air dan juga keperluan lain di atas meja bersebelahan dengan katil.
"Thank you, Eyka. Love you!" Aku membuat flying kiss kepada Eyka sebelum dia keluar daripada bilik. Pintu bilik ditutup rapat.
Hari ini genap sebulan aku di Malaysia, aku membuat keputusan untuk mengambil semester gap untuk menyambung rawatan di Malaysia. Ini bermaksud aku akan postpone satu semester di Missouri. Aku sangat rindukan kehidupan aku di sana, aku rindu jadual aku yang padat- setiap hari selepas kelas aku akan berlatih menari, kemudian hari minggu aku luangkan masa dengan makan kawan-kawan, ataupun pergi short trip dengan mereka. Aku juga rindu Elvina Rose yang dulu, yang aktif dan ligat mengikuti semua aktiviti kampus, Elvina yang petah berkata-kata. Aku rindu Elvina yang energetic, sentiasa ceria dan nakal apabila bersama kawan-kawannya.
Aku melihat sekeliling bilikku "It's good to be home, but it's lonely."
Sudah seminggu aku tidak berbual dengan Clara dan Nadine. Aku mengambil telefon di sisi dan mula menaip message kepada mereka.
Elvina: Hey guys, me missing you guys so bad >< my heart is aching...
Aku melihat jam di dinding -
3:30 PM
Maksudnya di US sekarang pukul 2 pagi. Hmm.. mungkin esok pagi baru dorang akan reply.
Selang beberapa hari selepas aku beritahu Ammar Zafran tentang keputusan aku untuk pulang ke Malaysia tempoh hari, barulah aku membuka cerita kepada Clara dan Nadine.
** 2 bulan yang lalu~
Clara dan Nadine berlari memasuki bilik ward dengan nafas yang tercungap-cungap. Mereka berhenti di hadapan katil aku.
"El are you alright?" Clara bertanya. Sebelah tangannya membimbit tas tangan dan sebelah tangan memegang sweater macam baru lepas lari dari rumah.
"I okay je lah. Korang risau sangat ni kenapa?"
"Hei cik adik tengok message yang you send, 'Guys, come visit me. It's urgent.' Memanglah kitaorang gelabah, ingatkan you ada sudden surgery lagi ke apa ke." Jawab Nadine, adrenaline mereka naik mendadak selepas membaca message daripada Elvina Rose.
Aku tersengih lebar, "Saja je taknak korang datang lewat malam. Tapi betul lah, I ada sesuatu urgent nak bagitahu korang. Sebelum tu, tarik nafas dulu dan duduk dulu dekat sofa ni."
"I hate you!" Clara mendengus! Dia meletakkan barang-barangnya di atas katil aku lalu membetulkan sanggul rambutnya yang agak kusut. Clara duduk sambil memeluk tubuhnya.
"I bet you will hate me even more after this." Aku mengangkat kedua-dua belah bahuku.
Terselit rasa sayu dan menyesal dalam diri aku. Kalau lah aku tak cari pasal dengan Tengku Ammar Zafran, hidup aku takkan jadi seperti ini. Kaki aku dah lumpuh, aku bukan lagi Elvina Rose yang dulu. Aku terpaksa tinggalkan dunia yang aku suka sekarang ini. Bila aku fikirkan semula, perjalanan yang aku lalui bukan mudah. Aku sampai ke tahap ini dengan usaha dan perancangan aku sendiri. Satu per satu tangga aku daki, kadang-kadang aku penat dan ingin kembali ke Malaysia. Tapi, putus asa bukan dalam kamus hidup aku. Akhirnya, aku berjaya... berjaya dapatkan si dia, tapi Allah tarik nikmat lain dalam hidup aku pula.
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Tunggu
Romance[ON GOING] Dari Malaysia ke Missouri, Elvina Rose hanya mengejar jejaka idaman yang sama. Crush yang diminatinya sejak 8 tahun lalu kini ada di hadapan matanya. Elvina Rose- "At least, we're looking at the same moon." Tengku Ammar Zafran - "I tak...