Part 2

561 36 0
                                    

"Cheers!!!" Dentingan gelas berbunyi serentak memeriahkan lagi suasana di Carrol Bar and Cafe. Semua ahli Mizzou Club Dance berkumpul untuk kemenangan dalam State Dance Team Championship. Daripada 17 kumpulan tarian dari seluruh Kansas City, team Mizzou berjaya memenangi johan keseluruhan pertandingan beserta johan bagi pertandingan persorangan.

Aku menyisip cocktails perlahan sambil melihat riak muka gembira terpancar di muka setiap ahli kumpulanku.

"I'm so happy that we finally made it. Yeahhh!!!" Jessie menjerit kecil sambil mengangkat tinggi gelas yang berisi beer. Sahutan Jessie disambut oleh ahli yang lain.

"We even beat Vaclav team, that's amazing!!"

"Yeahh right... Finally my mom will be proud of me. She once was a dancer, but she always brag about me being a failure in dancing. But not anymore." Hailey pula bersuara dalam keadaan separa sedar.

"Me too, I don't see any hopes in our team after Mendy quit this choreographing us. But thanks to Elvin, she really did a good job being a captain and a choreographer." Breena bangun lalu memelukku erat.

"Right.. I kind of miss Mendy, but after what she has done to us. I feel like wanna kill her!" Izzy menumbuk meja kuat. Auchh.. Dia menggosok tangannya yang terasa sakit. Menyesal pula tumbuk. Muka masing-masing kembali sugul dan sedih mengenangkan kepayahan yang perlu mereka lalui sebelum pertandingan ini berlangsung.

Aku tertawa. "Come on girls, is this how we celebrating our victory? Is this some sort of thanksgiving or what ?? Put all those confession aside, we can do that tomorrow. But first, let's have fun tonight!!"

"Yeahhhhhhh!!" Jeritan bergema lagi, masing-masing rakus meneguk minuman itu sehingga habis. Aku juga menghabiskan cocktail di dalam gelas. Kemudian, aku bangun ke bar counter. Terselit perasaan bangga dengan diri sendiri kerana aku berjaya memimpin kumpulanku aku keluar dari kepompong kegagalan. Semua itu bukan mudah kerana rata-rata ahli kumpulanku mengalami depresi setelah gagal berkali-kali. Aku perlu menaikkan semangat mereka supaya tidak terlalu down dan aku jemput beberapa penari terkenal untuk menunjukkan teknik tarian yang baru.

Bagai jatuh ditimpa tangga,selepas team Mizzou gagal tiga kali berturut-turut pada pertandingan musim luruh yang lalu, Mendy dibuang kerja kerana dia terbukti bersalah bersekongkol dengan dance team pihak lawan. Lebih teruk lagi, pilihan lagu kumpulan kami dibocorkan kepada pihak lawan. Pada hari pertandingan tersebut, mereka mempersembahkan tarian yang sama diiringi lagu yang sama dengan pasukan kami. Akhirnya, pasukan kami kalah kerana dituduh meniru pasukan lain. The heck!

"Can I have another glass of cocktail?" Kerusi di hadapan bar counter ditarik, aku duduk sambil menunggu bartender menyiapkan minumanku.

"Hey, congrats!" Sapa seseorang lalu mengambil tempat di sebelahku. Figuranya tinggi dan berbadan besar. Bayang-bayangnya sahaja mampu menutup cahaya daripada sampai ke arahku, seolah-olah awan kumulus nuimbus yang bakal menyebabkan hujan lebat.

Aku beralih ke arah suara itu. "Hey, thanks!" Senyuman nipis diberikan kepadanya.

"That was incredible! I've never seen such a great performance. I mean, the choreography, synchronization, arrangement and songs, everything was perfect." Lelaki itu mengulas semula prestasi tarian team aku. Jari telunjuk dan ibu jarinya disatukan membentuk tanda 'ok'.

"Wow, such a compliment. Well, I don't want to brag anything, but I was a participant in American Got Talent during my freshman year." Aku membetulkan sedikit bajuku, apa salahnya aku riak sedikit di hadapan mamat ni.

Dia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now