"Kau pasti ke Ezran?" Soal Ammar Zafran resah. Dia cuba mengingati kembali peristiwa lepas yang memalukan yang terjadi di majlis kecermelangan anjuran ayahndanya, Tengku Ahmad.
Sumpah..Dia tidak pernah sekali pun terlintas kalau Elvina yang dia jumpa sekarang ni ialah Elvina yang dia pernah jumpa dahulu. In fact, Ammar sudah pun lupa kenangan yang satu itu. Sejak keluarga dia membuat keputusan untuk menetap di US, dia sudah lupakan semua kawan-kawan dan kenangannya di Malaysia. Dia sudah tidak berhubung lagi dengan kawan-kawan sekolahnya. Cuma sepupunya, Ezran yang masih kekal berhubung dengan Ammar. Mungkin ada beberapa kawan yang dia jumpa setiap kali pulang ke Malaysia, tapi itu pun sebab Ezran yang aturkan.
Tengku Ezran perangainya seperti operator syarikat telekomunikasi. Terlebih ramah dengan semua orang, semua rakan-rakan mereka sejak daripada tadika sehinggalah sekolah semua masih dia ingat namanya. Ada yang masih berhubung dengannya. Walaupun berbeza darjat, tetapi Ezran tidak kisah.
"Itulah aku cakap..Aku kena tengok mukanya dulu. Kau ingat dia sorang je ke nama Elvina Rose dalam dunia ni? Cuba kau pergi check dekat Jabatan Pendaftaran."
"Iyalah , kejap lagi aku minta gambar dari kawan aku." screen video call mereka ditolak naik ke atas. Ammar Zafran pantas menghantar mesej kepada Leo untuk meminta gambar Elvina Rose semasa di parti hari jadinya tempoh hari.
5 minit kemudian, Leo menghantar sekeping gambar Elvina yang diambil oleh juru kameranya secara kandid. Dengan pantas dia menghantar gambar itu kepada Tengku Ezran, kemudian dia kembalikan screen video call dengan Tengku Ezran.
Tengku Ezran melompat turun dari sofanya kerana terlalu excited, " Weh dia!! Dia!! Betul lah ni minah baju kebaya tu! Aku ingat lagi nama dia dekat masa dipanggil naik pentas tu." Jeritnya.
Telefon terlepas dari tangan Ammar Zafran, dia melorot badannya dari kerusi masuk ke bawah meja belajar.
'YA ALLAH, GHAIBKAN AKU DARI DUNIA INI SEBENTAR.'
Tak lama kemudian, dia bangun semula dan menghala telefon itu ke mukanya.
"Serius ah?"
Tengku Ezran mengangguk, "Aku yakin 200%. Tengok..mata sepetnya masih sama. Cuma dia make up, nampak la besar sikit."
Ammar Zafran mengangguk. Dia juga baru perasan perkara yang sama. Kepalanya yang semakin memberat dipanggung dengan kedua-dua belah tangan.
"Ez, kalau aku cerita apa yang terjadi antara aku dan dia. Aku yakin, reaksi kau takkan gembira macam sekarang." keluhnya.
-
📍 11 December 2012 | Royale Chulan Kuala Lumpur, Excellent Award Royal Realty.
Elvina Rose menuruni kereta dengan memakai baju kebaya nyonya. Kain bercorak batik yang berkedut dilurut ke bawah supaya lebih rapi. Mukanya yang mempunyai iras-iras cina hanya disolek dengan foudation, pemerah pipi dan sedikit mascara. Dia tidak mempunyai kelopak mata yang besar, hanya satu eyelid sahaja, dia rasa tak cantik jika dicalit dengan eyeshadow.
"Mama, ikutlah El, El seganlah!! Sini semua orang hebat-hebat." buat kali terakhir, dia memujuk mama. Sejak dari rumah lagi dia memulakan misi memujuk mama, tetapi tidak berjaya. Rasa macam nak menangis kena datang sini seorang diri. Ahhh!!
"Tak boleh, sayang. Mama kena kena hantar bunga segar ke majlis perkahwinan orang, kan mama dah bagitahu. Sorry sangat-sangat sayang ya? Nanti kita celebrate dengan papa dekat rumah." Beritahu Puan Jasmine yang duduk di tempat pemandu, jambakan bunga memenuhi tempat duduk belakang untuk dihantar ke rumah pengantin perempuan.
"Mama tak takut El hilang ke? Nanti balik cari El tak jumpa. Masuk surat khabar, Kanak-kanak 15 Tahun Berkebaya Hilang Ditinggalkan Ibu. Macam mana?"
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Tunggu
Romance[ON GOING] Dari Malaysia ke Missouri, Elvina Rose hanya mengejar jejaka idaman yang sama. Crush yang diminatinya sejak 8 tahun lalu kini ada di hadapan matanya. Elvina Rose- "At least, we're looking at the same moon." Tengku Ammar Zafran - "I tak...