Aku akhirnya meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan yang licin.
"Brrrbbbbbbb!"
Ammar Zafran yang sedang ralit bermain telefon di tepiku pantas mengangkat mukanya dek terkejut mendengar aku sendawa.
"Eheh..terkeluar pulak. Sorry." Aku tergelak kecil. Aduh, dia perasan pula.
Ammar Zafran menggelengkan kepalanya, "Dah habis makan semua?"
Aku mengangguk, "Alhamdulillah. Terima kasih kerana bawakkan makanan untuk I. Sedap sangat!"
Aku rasa yang paling sedap mestilah puding diraja buatan bakal ibu mertua aku. Tetapi daging masak hitam pun sedap juga, dagingnya sangat lembut dan empuk. Rempahnya pun cukup! Perfect!
"Good." Ammar Zafran tersenyum kecil melihat pinggan di atas meja licin. Sepucuk surat yang dilipat dikeluarkan daripada poketnya dan dihulurkan kepada aku.
"Kontrak you."
Aku memandang surat itu lama. Dia sign betul-betul ke? Atau dia bagi semula surat tu tanpa tandatangan? Maksudnya dia tak bersetuju dengan kontrak aku ini lah? Tapi, kan dia datang sini siap bawa makanan semua lagi?
Ah..aku tak mahu bebankan fikiran aku lagi, huluran surat itu aku ambil dan dengan perlahan aku buka lipatan surat itu.
HE SIGNED!!!
Wait. Aku macam tak percaya, "Kenapa you tandatangan kontrak ni? Maksudnya you setuju lah?"
Aku memandang muka Tengku Ammar Zafran yang tenang setenang air di tasik, tiada reaksi, tiada perasaan marah, matanya juga tidak menikam dan sinis seperti selalu. Biasa. Rileks.Malangnya aku tak jumpa jawapan di mukanya.
"Memang you bagi kontrak tu untuk I tandatangan pun kan?"
"Yelah....tapi—"
"Ke you nak I batalkan kontrak tu sekarang?" Ammar Zafran bangun untuk mengambil kertas di tangan aku. Namun, dengan pantas aku sorokkan di belakang badanku.
"Eeehhhh, tak boleh! You dah tandatangan. I'll take it as a yes." Halang aku. Cepat-cepat aku lipat semula surat itu dan masukkan ke dalam laci meja.
"Okay, then." Ammar Zafran mengangkat kedua-dua tangannya.
"So, now you tell me. Kenapa you tak pernah hubungi I selepas I bagi nombor telefon pada you tempoh hari?" Soal Ammar Zafran tiba-tiba.
Diam.
Ammar Zafran mengamati wajah gadis di hadapannya. Dari bentuk alis, bentuk matanya, bibirnya. Sama. Cuma wajahnya lebih matang dan lebih membujur. Mungkin dia tak sedar yang itu Elvina Rose kerana dia tidak pernah melihat muka gadis itu dengan perasaan yang ikhlas. Selama ini, hanya benci menyelaputi perasaanya tatkala melihat wajah gadis itu.
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Tunggu
Romance[ON GOING] Dari Malaysia ke Missouri, Elvina Rose hanya mengejar jejaka idaman yang sama. Crush yang diminatinya sejak 8 tahun lalu kini ada di hadapan matanya. Elvina Rose- "At least, we're looking at the same moon." Tengku Ammar Zafran - "I tak...