Part 22

398 24 1
                                    

Aku meramas-ramas tangan di belakangku.This. Is. Nonsense. How on earth paksu kenal Ammar Zafran?!

Seriously?
Wow..This is beyond what I've expected. Aku tersenyum sinis. Ada harapan, ada harapan.

"Sayang dan El. Paksu kenalkan ini Tengku Ammar Zafran. Anak bekas client paksu, realtor di Springfield." Uncle kenalkan Ammar pada kami semua.

"Oh, anak Puan Sri Qhaleeda ya? Duduklah minum sekali." Pelawa maksu. Ammar hanya mengangguk, kerusi ditarik dan dia duduk di hadapan aku dan bersebelahan paksu.

"Macam mana keadaan Puan Sri dan Tan Sri? Lama saya tak berjumpa dengan mereka." Soal Afzar.

Ammar meletakkan cawan di atas meja. Kesan creamer di tepi bibirnya disapu perlahan dengan jari. "Bonda dan ayahnda sihat. Ayahnda jarang ada kat rumah, kebanyakkan masanya dihabiskan dengan business trip." Senyuman tipis diukir.

" Encik Afzar masih duduk di Lawrence ke?" Ammar bertukar soalan dengan Uncle Harry.

"Ya, saya masih tinggal di sana. Cuma business sekarang slow sikit, mungkin saya kena travel abroad macam Tengku Ahmad lah untuk cari client." Seloroh Afzar.

Ammar ketawa kecil. "Encik Afzar sign contract dengan ayahnda semula lah kalau macam tu, kami pun perlu bekerjasama dengan lebih banyak firm ID ( interior designer ) dan architects."

"Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Ha ha ha." Afzar ketawa besar. Dapat job lah katakan.

Mataku memandang paksu dan Tengku Ammar Zafran bersilih ganti. Betul ke apa yang aku nampak sekarang ni? Aku punya lah bersusah payah merangka 1001 rancangan untuk mendekati Tengku Ammar Zafran dari sekolah menengah sehinggahlah masuk universiti beribu-ribu batu dari tempat kelahiranku. Tapi.. dia di hadapan ini rancak berbual dengan ayah saudara aku sendiri? Kalau aku tahu, dah lama aku minta paksu kenenkan aku dengan Ammar Zafran. :')

Aku mengerling ke arah Ammar di hadapanku. Saat,mataku dan mata Ammar bertembung. Senyuman di bibir Ammar terus mati. Anak mata dia menikam ke dalam mataku. Matanya dikecilkan dan rahangnya bergerak-gerak. Tengok! Eh, betul dia tukar personaliti. Dasar talam dua muka! Siap kau aku kenakan.

"Hey, you study dekat mana?" Pandangan mataku tak berganjak memandang Ammar. Riak muka Ammar berubah tak senang. Dia hanya biarkan soalan itu tergantung.

"Hello ?" Aku melambai-lambai ke arah Ammar Zafran. Tapi tidak dilayan.

"Paksu, anak bekas client paksu ni memang sombong tak nak berkenalan dengan orang lain ke dia memang pekak sikit?" Aku menunjukkan ke arah telingaku. Ammar mempamerkan muka annoyed kepadaku.

"El kena cakap kuat macam paksu ke?" Aku menjerit kuat. Paksu menyepak kuar kaki aku di bawah meja. Riak wajahnya dikerutkan seolah-olah memberi peringatan 'Jangan buat hal!'

"El, apa cakap macam tu dekat Ammar." Tegur paksu.

Aku menunduk. "El tanya je..."

Ammar Zafran hanya tersenyum tawar, "It's okay, Encik Afzan. By the way, I study di Washington University."

Mulutku melopong, dekatnya dengan universiti aku! Kenapa aku tak pernah tahu sebelum ni sedangkan aku dah hampir dua tahun belajar di sini. Oh dumb Elvina. So dumb.

"I see. Tapi, emm.. Ammar eh nama you? Kenapa muka you macam familiar? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Aku cuba menduga Ammar.

Dia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now