Part 25

385 23 2
                                    

"Sayang, how do you feel?" Mama menggengam jariku dan tangannya mengusap ubun-ubunku.

Aku menggeleng perlahan. "My body hurts a lot."

Mama tersenyum tipis "It's okay, nanti nurse akan bagi you painkiller, you'll get better soon." Mama berbisik. Tubir mata mama bengkak, begitu juga dengan Nadine dan Clara. Pasti mereka risaukan aku ketika aku tidak sedarkan diri. Sebelum ini, aku tidak pernah sakit teruk.

Aku mengangguk.  Aku melihat ke luar bilik, matahari hampir terbenam dan langit pun bertukar menjadi warna ungu, "Dah berapa lama El tak sedarkan diri? Bila mama sampai?"

"Empat jam, sayang. Sejak keluar dari bilik operation tadi, El tidur je. Mama dan papa sampai waktu El tengah surgeri. Mama risau sangat, tapi alhamdullillah finally you sedar juga."

Mataku dipejam kembali, satu keluhan dilepaskan. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Aku pantas membuka mata.

"Ammar mana? Tadi kali terakhir El dengan Ammar kan? Ke El mimpi? Apa yang jadi lepas El jumpa Ammar? Dia ke yang bawa El ke sini?"

Puan Jasmine beralih ke arah Clara lalu berbisik, "Are you sure her brain didn't injured?"

"Mama!" Aku menjerit kecil.

Clara ketawa kecil sambil menggelengkan kepala, " She's fine. Maybe she just shocked." Clara tertawa kerana dia tahu pasti Elvina tidak percaya kalau dia cerita betapa cuaknya muka Ammar Zafran ketika bawa dia ke sini.

Selepas doktor memeriksa keadaanku, paksu membawa papa dan mama pulang ke rumah, pasti mereka jetleg selepas turun dari pesawat. Aku juga meminta mama untuk masakkan bubur untukku esok pagi. Malam ni biar aku tidur seorang je.

"Tell us what happened, Ms. Elvina Rose. We were so curious yet we waited patiently." Ujar Clara sebaik sahaja ahli keluarga Elvina meninggalkan bilik itu. Dia mundar mandir di hadapan katil Elvina. Nadine mengangguk setuju.

"Apa? Jangan lah pandang I macam nak terkam."

Clara menepuk dahinya.

"Wait, what happened? Seriously I tak ingat. I tak boleh fikir banyak sangat sekarang." Aku mengalih muka ke arah tingkap. Selimut ditarik ke paras dada.

"Really, Elvina Rose? You tahu tak apa yang Ammar Zafran....huh...." Clara berhenti sejenak. Dia menghela nafasnya kuat. "You sedar tak apa yang dia buat tadi membahayakan nyawa you?"

Aku memandang Clara dan Nadine bersilih ganti, kalau aku buka mulut tentang Ammar nanti mesti Clara dan Nadine akan kecoh. Hah, tambah lagi seorang, Bryan Kessler. Aku juga keliru, aku marah dan sedih dia buat aku begini. Tapi.. ah, aku tak berdaya untuk fikir tentang semua ini. Biarlah dulu.

"Entahlah."
"Hmm, Clara.. Nadine. I tahu korang risau tentang keadaan I. I feel better now. Cuma, I rasa nak rehat sekejap, I taknak fikir tentang benda lain. Could you guys please.....?"

"Huh, fine." Clara membulatkan matanya. "Rehatlah dulu, esok kita orang datang lagi okay?" Dia mendekati aku lantas mencium pipi aku. "Take care, little princess" Nadine juga membuat perkara yang sama.

Setelah pintu wad ditutup rapat, aku menurunkan sedikit katil. Langit gelap yang dihiasi dengan lampu-lampu bangunan dan jalan raya dipandang kosong. Aku tak dapat membendung perasaan aku lagi, air mata mulai mengalir dengan lajunya. Aku menutup mata rapat.

Aku penat...
Penat sangat..
Aku rasa terlalu penat sehinggakan hati aku terasa seperti ingin menghamburkan semua isi dalamnya. Rasa sakit yang aku alami sekarang ini, jahitan-jahitan yang terbenam di dalam isi dan kulitku tak sekuat rasa sakit dan sedih di dalam hati aku.

Dia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now