Part 37

300 21 3
                                    

2 minggu kemudian...

Lily cuba mendail nombor telefon Ammar Zafran untuk kesekian kalinya.

    Tak Berjaya.

    "Damn it! Why so hard to pick up your phone?!" Telefon dilempar di atas katil. Sebal dengan perangai Ammar Zafran akhir-akhir ini.

Kenapa susah sangat angkat telefon? Selalunya kalau teman lelakinya itu ada meeting penting atau pergi ke luar bandar, dia akan tinggalkan mesej atau pesanan ringkas. Ini satu pun tak ada! Dah tiga hari dia tak dapat hubungi Ammar Zafran. Hatinya mulai resah, bermacam-macam persoalan bermain di mindanya saat ini.

"I'm going to check on him. No matter what happen!" Kunci kereta di atas meja solek diambil. Dia ingin mencari Ammar Zafran di ofisnya. Walaupun hari ini dia perlu hadiri temuduga untuk penajaan pelajarannya di New York tak lama lagi. Tetapi, saat ini tak ada apa yang lebih penting melainkan Tengku Ammar Zafran yang dah tiga hari tak jawab panggilannya.

    Sebaik sahaja sampai di lobi bangunan milik Tengku Ahmad itu, Lily mematikan enjin lalu menyerahkan kunci pada petugas untuk memarkirkan keretanya. Lily Hawkins memasuki ruangan bangunan sambil menjinjit tas tangannya dengan penuh rasa marah.

Bammmm!!

Pintu bilik yang tertera nama Tengku Ammar Zafran, Executive Director ditolak kuat lalu terhempas ke dinding. Pekerja-pekerja yang berada di luar terperanjat dan memandang ke arah bilik itu serentak. Kemudian, mereka kembali focus bekerja, tak mahu masuk campur urusan bos mereka.

    "Where's your phone?!!" Jerkah Lily. Tas tangannya dilempar ke atas sofa manakala kaki masih laju berjalan menuju ke arah meja Ammar Zafran.

    Di dalam hatinya lega kerana teman lelakinya masih ada di ofis, bukan berfoya-foya di luar. Tetapi dia masih tidak puas hati kerana Ammar Zafran membiarkan panggilannya tak berjawab berhari-hari.

Ammar Zafran mendongakkan kepalanya sebentar. Tak sampai dua saat, dia kembali menyambung kerjanya di hadapan laptop.

    'Ah...I'm not ready for this.' Keluhan dilepaskan.

    "I'm asking you, Ammy! Where. Is. Your. Phone?!!! Why didn't you pick up your phone?!" Lily pantas menerpa Ammar Zafran dan meraba poket seluarnya.

    Ammar Zafran pantas memegang tangan Lily sebelum dia bertindak lebih agresif. Dia menarik tangan Lily kehadapan dan menolak sedikit kerusinya kebelakang untuk memandang muka cemberut teman wanitanya itu.

    "I don't have phone with me, okay? I lost it." Ammar Zafran mengaku di hadapan Lily. Dia juga kesal kerana telefon tu mengandungi semua nombor klien dan dokumen penting syarikat yang dia simpan. Dua hari lepas, semuanya hilang begitu saja.

Mulut Lily terlopong,

"Are you kidding me?! You lost your freaking phone?!"

    Ini pertama kali Ammar Zafran cuai tentang barang yang sangat penting bagi lelaki itu. Ammar bukanlah seorang yang cuai dan culas. Dia sangat teliti daripada cara bekerjanya sehinggalah kehidupan peribadinya. Ammar tidak pernah tinggal telefon di tempat sembarangan, telefonnya sentiasa di dalam poket atau purse kecil yang sentiasa dibawa untuk mengisi barang-barang keperluan ketika diluar dan juga cek miliknya.

Tengku Ammar Zafran mengangguk perlahan. Tak akan lah dia nak bagitahu yang telefonnya jatuh di dalam lubang di pinggir kolam ketika dia menemani Elvina Rose menjalani sesi hidroterapi beberapa hari lepas. Tak pasal-pasal terbalik bangunan ini dikerjakan Lily.

"This is weird..how could you.." Lily mengigit jarinya sambil berfikir. Marahnya sudah pun reda setelah mengetahui Ammar Zafran bukan sengaja mengabaikannya tiga hari ini.

"I don't know. I think I lost it when I was at Polo Club. I already asked Marge to find it for me. She'll let me know when she found it. Okay, babe?" Suara tenang Ammar Zafran lagi membuatkan hatinya lembut.

"Are you sure?" Lily menduga. Bahasa badan Ammar Zafran diperhati sekiranya ada perubahan yang mencurigakan.

"Very sure. I'm the one who lost it."

Lily menjulingkaan matanya, "Whatever. I just want to check on you. Now that you're fine. So, I shall go because I have other schedule awaiting."

Tengku Ammar Zafran memberi senyum nipis, "Okay, take care." Pandangan kembali dihala ke skrin computer ribanya. Serius.

Lily masih berdiri di situ. Dia mengharapkan Ammar untuk merangkulnya untuk mengucapkan selamat tinggal dan jangan pergi terlalu lama kerana Ammar akan merinduinya, seperti yang selalu Ammar lakukan setiap kali mereka berpisah. Tapi hampa. Jejaka itu diam tak berkutik menyambung kerjanya.

Akhinya, Lily mengambil tas tangannya lalu keluar dari bilik itu tanpa bersuara. Pelik. Dia rasa seperti ada yang tak kena dengan pertemuan hari ini. Adakah perasaan Ammar berkurang selepas beberapa hari tidak berjumpa? Tambahan pula dia sibuk untuk uruskan kemasukannya di universiti dan juga persiapan barang-barang untuk pindah ke New York.

Setelah pintu biliknya ditutup. Tengku Ammar Zafran menghela nafas panjang, dia pantas mengambil remote kawalan lalu menekan punat yang dikhaskan unruk menukar diding kaca bliknya kepada warna hitam. Pintu biliknya dikunci lalu dia membuka blazer dan disangkut di dalam almari.

Tiba-tiba seluruh bilik itu terasa bahang walaupun di suhu di luar mencecah 14ᵒC. Hanya Allah yang tahu bagaimana jantungnya terasa seolah-olah ingin melompat keluar dari tulang rangkanya tadi. Tengku Ammar Zafran cuba sehabis baik untuk tidak menujukkan apa-apa reaksi ketika Lily tiba-tiba menebaknya dengan soalan cepumas itu, sebailiknya hanya fokus membaca laporan di komputer. Tetapi, satu input pun daripada laporan itu langsung tidak masuk ke dalam mindanya. Suara bebelan Lily dan laporannya seperti berada di awang-awangan.

'Fuh. Macam mana kalau dia tahu yang aku sedang berjumpa dengan Elvina di belakang dia. Bersalahkah aku? Sudah la Elvina dan Lily dua-dua tak sebulu. Kalau perkara ini sampai di pengetahuan dia, boleh runtuh bangunan ini dikerjakannya.'

Dia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now