Part 20

347 18 2
                                    

Memandangkan hujung minggu ini aku tak ada latihan menari, oops, sebenarnya aku yang kosongkan jadual kerana mama akan datang sini hari Ahad ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Memandangkan hujung minggu ini aku tak ada latihan menari, oops, sebenarnya aku yang kosongkan jadual kerana mama akan datang sini hari Ahad ini. Tak sabar rasanya untuk luangkan masa dengan mama dan papa!

Dalam masa yang sama, aku perlu menenangkan diri daripada masalah aku dan Tengku Ammar Zafran yang SUPER kerek tahap dewa. Sejak bermacam-macam kejutan yang aku terima tempoh hari, aku pandang pintu universiti pun aku teringat dia, lepas itu mula lah, hati aku sakit sendiri. Aku berharap beberapa hari di rumah adik mama ini, aku dapat brush off thoughts dan memikirkan cara untuk mendekatinya - seperti kata Leo semalam.

Ting..Tong..

Ting.. Tong..

Aku menjenguk ke dalam rumah. Sepi. Hmm.. Dalam rumah bukan main cerah lagi, takkanlah tak ada orang. Suluhan lampu yang terang berderang menyimbahi laman dan garaj rumah itu hanya membazir saja kalau tiada orang di rumah. Punat loceng ditekan sekali lagi. Harapnya ini kali terakhir aku menekan loceng. Kalau tiada sahutan juga, memang aku balik ke kampus semula. Walaupun perlu mengambil masa 2 jam 30 minit untuk ke Columbia semula.

Ting.. Tong..

Beberapa minit kemudian, kelihatan kelibat seseorang wanita menghampiri pintu. Wanita itu memakai kain telekung menuruni tangga dalam keadaan tergopoh-gapah.

"Ya Allah. Elvina ke tu?" Matanya dikecilkan sedikit untuk melihat gerangan yang menanti di luar pagar. "Kenapa tak bagitahu nak datang? Rose seorang saja ke?"

"Maksu!! Kot iya pun, buka la pintu pagar ni dulu." Aku membentak. Penat berdiri sedari tadi, beg galas yang tersangkut di belakang sudah pun berada di kaki. Kenapa la tak sediakan tempat menunggu di luar ni.

"Iya, sabar-sabar, coming. Nadine dan Clara tak datang sekali ke?" Ujar maksu. Pintu pagar dibuka dari dalam dan memberi laluan untuk aku masuk ke dalam.

Aku menyalami tangan maksu dan mencium kedua-dua belah pipinya. Nampak dari gaya pemakaian, mesti maksu lambat buka pintu sebab tengah solat. Tak jadi nak merajuk, hehe. Aku pun satu hal, terus terjah rumah orang tak bagitahu.

"El tak bagitahu dia orang pun nak datang rumah maksu. I tiba-tiba rasa nak datang awal sikit, flight mama dan papa kan lagi dua hari."

Maksu mencuit daguku. " Iya lah, sampai dekat maksu dan paksu sekali pun tak nak cakap yang you nak datang." Aku tersengih macam kerang busuk. Nak cakap apa lagi, salah aku juga.

"Jom masuk. Sejuk ni." Maksu memaut bahuku sambil menaiki tangga masuk ke dalam rumah.

"Semua ada dekat rumah ke?" Soalku sebaik sahaja menjejaki ruang tamu.

Maksu mengangguk. "Ada.. Maksu dengan paksu baru lepas solat isyak. Leeya, Kris dan Noah tengah buat kerja sekolah di bilik dia orang."

"Wahh, rindunya pada dia orang. Tapi itulah, El datang sini tak bawa hadiah untuk dia orang pun. Esoklah El bawa dia orang jalan-jalan."

Dia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now