Part 28

343 20 4
                                    

Tengku Ammar Zafran menghampiri pintu wad bernombor 36. Dia terhenti di situ, kakinya terasa berat sekali untuk melangkah ke hadapan. Bakul yang berisi buah-buahan yang dipegang diletakkan di bawah sebentar kerana tangannya mulai berpeluh.

"Nak masuk...ke tak..

..nak masuk....ke tak..

..nak masuk....ke tak.."

Dia mengomel sendirian.

"Kalau aku masuk nanti dia fikir aku suka dia. Argh!! Balik je la. Kenapa aku datang sini.. Stupid ass!" Dia mengangkat bakul itu lalu keluar ke pintu utama.

Beberapa saat kemudian Ammar muncul semula melalui pintu utama itu. "Okay..just..for..a..moment.." dia berdiri di tempat asalnya - di hadapan pintu wad yang tertera nama Miss Elvina Rose, Room 36.

"Bodoh la! Sebabkan dia hidup aku tunggang terbalik macam ni. Aku tak pernah segementar ini ketika membuat pembentangan dulu. Aishhhh!"

'Patut ke ni aku masuk..' getus hatinya. Cermin kecil pintu itu dijenguk sedikit. Kelihatan Nadine dan Clara juga ada bersama Elvina Rose. Pintu wad itu ditolak perlahan, kedudukan pintu itu terlindung dengan dinding bilik air. Jadi orang tidak akan perasan sesiapa yang masuk dan keluar dari bilik itu.

"......berjalan pun belum tentu I mampu. I'm finished! Semua masa depan I hancur, apa yang I impikan semua hancur! Everything is gone.. I have nothing now, Nadine."

"Look at me, I can't even move my body!" sejurus itu terdengar raungan dari Elvina.

Ammar Zafran menutup kembali pintu.

"Wrong timing..." dia berbisik sendirian. Taring Elvina Rose setajam taring Lily. Sekali mengamuk boleh terbalik hospital ni. Tengoklah, dengan Lily pun dia berani tarik rambut sampai terguling-guling dekat tanah. Selama ini tidak pernah seorang pun berani cari pasal dengan gadis itu. Tetapi Elvina, bagi apa saja dia bersedia bagai kerbau nak menanduk orang.

Ammar Zafran menarik nafas dalam-dalam sebelum dia membuka kembali pintu itu. Dengan kekuatan yang ada, dia melangkah masuk ke dalam wad itu.

"I'm sorry."

Aku tercengang. Bukan aku sahaja, Clara dan Nadine yang sedang menangis juga terhenti serta-merta. Air mata mengalir pun tak sempat disapu. Semua mata memandang ke arah Ammar Zafran.

"I'm sorry....But I'm not the one who caused this happened to you." Sambung Ammar Zafran.

Hek eleh!

Aku ingat di ikhlas minta maaf. Ini dah minta maaf lepas itu nak claim bukan salah dia. HELLO? ANNYEONGHASEYO?! *gaya petik jari*

Nadine kembali mempamerkan muka sepuluh sen dia, "Hmm.. Kenapa kau datang sini?"

"As you can see.." Ammar mengangkat bakul yang dipegangnya tinggi. Mata Nadine melirik ke arah buah-buahan yang berkilat dan besar itu.

"Kalau kau nak cari pasal lagi dengan El, kau boleh letak bakul buah tu depan pintu lepastu kau boleh blah. Kau nampak kan keadaan dia seperti tak menerima kau dekat sini."  Clara terlebih dahulu meninggikan suaranya menempelak si Tengku Ammar Zafran.

Kemudian dia memandang ke arah aku yang sedang diam memerhati Ammar. "Kenapa you diam? Tadi you nak marah dia kan? Dia buat you sampai macam ni sekali, ini so-called high standard Tengku ni ada di hadapan you. Marah lah dia!"

Nadine menghampiri Clara lalu memeluk tangannya untuk menenangkan sahabatnya itu, "Rileks.. Jangan emosi lebih-lebih pula. Ini antara Elvina dan Ammar sendiri."

"No need. I dah dengar semua yang kau korang bualkan." Ujar Ammar yang masih berdiri di pintu masuk.

Aku terkejut. Allah.. malunya dia dengar semua.. Itulah siapa suruh tak tutup pintu dulu sebelum emosi. Muka aku semakin memerah. Sebenarnya.. Walaupun tadi aku naik hantu dengan Tengku Ammar Zafran, tetapi selepas aku lihat dia di muka pintu sambil memegang bakul buah untukku. Hati aku mulai sejuk dengan sendirinya.

"Seriously? Good. Memang patut lah kau dengar kan semua rintihan Elvina. Biar kau sedar sikit selama ni dia banyak bersusah payah untuk mengejar kau and end up kau sakitkan dia macam ni sekali? Manusia apa kau ni?"

Ammar Zafran mendengus kasar, perempuan ni kerja polis kastam jaga sempadan ke, bukan main rancak dia marah orang padahal tidak tahu asal usul dan kesahihannya. Kesabaran dia kian menipis.

"Okay, you tell me now. What did I do wrong? This is my fucking life. I didn't hurt you guys at all. You people come to me and caused sooooo many problems! Come on, I don't want to talk nonsense. I just want to meet Elvina, that's it." Giliran Ammar Zafran pula tinggikan suara.

Setelah menyedari namaku disebut, aku mencapai tangan Nadine dan Clara, "Biar aku selesaikan dengan Ammar. Kau orang tunggu dekat luar."

Nadine dan Clara hanya menurut. Mereka meninggalkan bilik itu sepantas kilat.

"I tak akan berbincang apa-apa pun. I cuma nak bagi buah ni dan antara kita dah tak ada apa-apa urusan." Ammar meletakkan bakul buah-buahan dengan kad ucapan 'Get Well Soon' di atas meja dan berpaling pergi.

"Even if I'm planning to file a lawsuit?" Suaraku mendatar.

Langkah Ammar Zafran terhenti.

"What the heck are you talking about?"

"Tak dengar ke? I cakap I akan failkan saman kerana merancang kemalangan I."

"Fuck you! What merancang kemalangan?! I rancang? Are you kidding me? Why would I?!" Rahang Ammar bergerak-gerak menahan kemarahan.

"Lebih baik you duduk dan berbincang dengan I kalau nak tahu lebih lanjut." Aku memancingnya. Cepat betul marah, cuit sikit pun dah kena maki.

"I rasa you memang gila!! Psycho!"

"Ya, macam yang you dengar tadi apa yang I cakap pada Nadine dan Clara. I memang sedang gilakan you! I jadi bertambah gila sebab you buatkan I sampai I tak boleh bergerak terbaring atas katil ni macam mayat hidup! Sebab you.... I jadi gila bila fikirkan masa depan I yang akan hancur tak lama lagi. Nak lagi ke?!" Aku menempik kuat. Dadaku berombak-ombak. Pinggangku mula terasa sengal dan menyengat, isi-isi semakin terasa pedih yang amat sangat. Mungkin effect anesthesia sudah hilang sepenuhnya. Namun aku cuba bertahan selagi Ammar Zafran ada di sini.

"Baik you duduk sekarang, kita bincang baik-baik." Ujarku setelah lama berdiam diri dek sakit yang tiba-tiba menyengat.

"Dah sakit buat lah cara sakit! Tak payah nak tempelak orang tak tentu pasal. You tak perlu bagitahu orang pun orang memang dah tahu dah you ni gila." Ammar Zafran duduk di sofa bertentangan dengan katil aku.

Aku tak nampak jelas muka Ammar Zafran kerana terlindung dengan penghadang katil, "I can't see you. Move closer."

Dengusan kuat kedengaran, "I should not have come here." Dia bangun dari duduknya dan beralih ke kerusi bersebelahan aku.

"But you're here already." Jawabku pantas.

-
P/s: this scene gonna be long (Part 27/28/29) sebab bukan selalu Elvina jumpa Ammar. So I'm gonna make it detailed and long conversation.

Don't forget to vote and comment,
Lots of love,
Suria Ahmad

Dia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now