"El!! Buka pintu ni!!" Clara menjerit dari luar. Pintu diketuk beberapa kali.
Tiada sahutan. Number telefon Elvina didail. Namun tidak diangkat. Apa benda la minah ni buat dekat dalam bilik. Takkan pukul 12 tengah hari pun masih tidur. Pintu bilik diketuk lagi, kali ini lebih kuat.
Tok!! Tok!! Tok!!
Pintu bilik akhirnya dibuka. Muncul wajah Elvina Rose yang masih mamai baru bangun tidur.
"Hey! You baru bangun tidur? Tak tahu ke sekarang dah pukul berapa?! I call tak jawab. Oh my godness..."
Aku membuka pintu lebih luas memberi ruang untuk Clara masuk ke dalam bilik. Aku menapak ke katil dan menyembamkan muka di atas bantal.
"No..No..No.. Get up!!!" Clara menarik tanganku.
"Aaaaaaa.. Bagi la I tidur sikit lagi. 5 minit je lagi." Aku merengek.
"Ah tak ada. You bangun siap sekarang, Bryan call I suruh bawa you beli dress baru and pergi saloon." Ujar Clara. Dah serupa mak tiri Cinderella asyik marah je kerja.
"Kejap. Yang you nak over marah I pagi- pagi ni kenapa? Chill la kawan." Aku menuju ke singki untuk membasuh muka.
"Ohh, did I? Sorry Captain. Anyway, haa, Bryan suruh kita pergi—"
Aku pantas memotong ayat Clara, "Yaaa, you dah cakap tadi, pergi salon.I mamai je belum pekak lagi. Lagipun Bryan dah text I semalam. Baju tak perlu beli, I dah suruh person in charge hantar di salon tengah hari nanti. Bagi I siap kejap, Nadine dah tahu ke?"
Clara mengangguk, "We both are ready. Captain je lambat, entah mimpi apa entah sampai bangun lambat. Kita bukan practice dance sampai lewat malam pun, semalam. Eh, you tak nervous ke nak jumpa Ammar Zafran petang ni?"
"Hah, jawapan I ada pada soalan you tu."
Clara mengerutkan mukanya.
"Sebab I nervous nak jumpa Ammar Zafran la sampai I tak boleh tidur semalam. Pejam celik pejam celik dah subuh dah. Sebabkan I period, so I decide nak tidur kejap, tengok-tengok dah tengah hari. Ni... tak nampak ke dark circle I makin hitam hari ni?" Aku menunjukkan bawah mataku yang agak sembab dan agak gelap berbanding hari-hari yang lain.
"Ou-oh.." Clara menutup mulutnya.
Setelah 20 minit bersiap, aku dan Clara turun berjumpa dengan Nadine di lobi. Kami memesan Uber untuk ke The Strand Salon and Spa yang mengambil hanya 10 minit dari residen kami. Temu janji salon yang aku tempah untuk kami bertiga adalah pada pukul 3 petang. Sementara itu, aku mengajak Clara dan Nadine makan di Hoss's Market & Rotisserie.
"You okay ke, El ?" soal Nadine risau. Masih segar di ingatannya ketika Bryan menghantar Elvin di hadapan residen dengan matanya yang sembab dan serabai Selasa yang lalu. Risau juga ingatkan mereka berdua bergaduh sehinggakan Elvin nangis. Tapi, setelah Elvin menceritakan perkara sebenar yang terjadi dan dia merayu untuk pulang ke Malaysia. Barulah dia dan Clara faham.
Nadine juga tidak yakin sekiranya Elvin boleh berhadapan dengan Ammar Zafran hari ini dek mental breakdown yang dialaminya tidak sampai seminggu lalu dan semestinya masih segar di ingatan Elvina Rose. Tapi, nampak gaya seperti Elvin semakin rileks hari ini. Moga-moga semuanya berjalan dengan lancar.
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Tunggu
Romance[ON GOING] Dari Malaysia ke Missouri, Elvina Rose hanya mengejar jejaka idaman yang sama. Crush yang diminatinya sejak 8 tahun lalu kini ada di hadapan matanya. Elvina Rose- "At least, we're looking at the same moon." Tengku Ammar Zafran - "I tak...