Part 21

285 16 4
                                    

Pagi ini aku membawa Kris, Leeya dan Noah berjogging di kawasan perumahan dan kemudian menemani mereka bermain di taman permainan sebentar. Maksu dan paksu ada meeting penting pagi ini, kebetulan aku datang awal, aku boleh tolong jagakan mereka. Melihatkan wajah ceria mereka lompat sana dan sini, aku yakin aku telah membuat keputusan yang bijak dengan mengajak mereka jogging.

Bagus, El. *usap kepala*

"Kids, please watch your steps. And Noah, remember what mommy told you?" Aku mengingati mereka supaya berhati-hati. Seluar Noah yang labuh aku lipat sedikit supaya dia tidak terpijak ketika bermain.

Kris dan Leeya sudah cukup dewasa untuk menjaga diri mereka sendiri. Kris berumur 8 tahun dan Leeya berumur 7 tahun. Aku hanya perlu memantau setiap pergerakan mereka. Tetapi Noah baru 5 tahun dan tak banyak aktiviti yang dia boleh lakukan. Aku hanya benarkan Noah bermain gelongsor sementara Kris meminta untuk bermain monkey bars.

"Yes, Kak El. I can only play the slide and the swing."

"Good boy." Aku mengusap kepala Noah.

Aku memerhati mereka sambil membalas message yang berkaitan college dan assignments. Satu message daripada Bryan dibuka.

Bryan: Where you at? Nadine said you're not in college.
Elvin: Somewhere, finding some peace. No worries, I'm fine.
Bryan: Tell me where are you at. I can pick you up.
Elvin: No, it's okay. I'm fine. I'm at my uncle's house.
Bryan: Your relatives live here? Why didn't you tell me?
Elvin: Apparently, yes. Uhm.. It's not something important to tell people.
Bryan: Okay then. Text me when you get back to college. Take care, babe.

Aku hanya membiarkan message Bryan tergantung. Sekarang, aku tak nak fikir tentang sesiapa pun. Aku cuma nak luangkan masa bersama keluarga dan bercuti dengan mama papa. Aku melihat jam di tangan, esok mama akan sampai pukul 3 petang. Kemudian, minggu hadapan kami akan bercuti di Florida.  Florida terkenal dengan Walt Disney World dan Miami Beach. Terdapat persisiran pantai di sepenjang bandar Florida, jadi ramai pelancong mahupun orang tempatan lepak di persisiran pantai tersebut. Tak sabarnya!!

—— (keesokannya)

"Paksu, dah siap!" Aku menuruni tangga dengan memakai jacket kulit berwarna putih dan cermin mata hitam.

"Amboi, ni nak pergi ambil mama ke buat persembahan dekat Coachella?" Sakat paksu.

Maksu mencuit lengan paksu, "Biar la dia, abang. Biasa la tu remaja kan suka bersiap. Cantik apa, kan El?"

"Ha betul, thank you maksu back up El!" Aku membuat high-five dengan maksu.

"Iyaa, anak saudara paksu ni sentiasa cantik. Lagi cantik sebab ada tempias daripada ke-handsome-an paksu. Kalau tak...hmmmm..Dah jom."

"Eiii, mana ada! Mama lagi cantik la. Tengok Abang Fiq sekarang handsome kalah artis korea."

"Hah, itu sebab ada darah paksu la tu. Muka abang you tu sama macam muka paksu masa di universiti. Tak percaya, tanya maksu."

Aku menjulingkan mataku. Paksu ni dah tua pun suka cari pasal dengan orang. Geram betul! Macam mana la maksu boleh jatuh cinta...

Kereta meluncur menuju ke Kansas City International Airport. Flight arrival mama pukul 3 petang, tapi kami perlu bertolak awal memandangkan perjalanan dari rumah ke airport memakan masa yang lama.

Setelah satu jam perjalanan, akhirnya sampai di airport. Aku memimpin tangan Kris menuju ke lift. Noah dan Leeya dijaga oleh maksu dan paksu. Kami naik menuju ke Level 2 iaitu ruang untuk menunggu ketibaan pesawat.

Dia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now