1 bulan berlalu~
"This is one of many excellent property portfolios that has been selected by our team to present in today's meeting. It is 400,000 sq ft building that located within Downtown Illinois. We have estimated the initial gross annual income of this building to be $12 million every year will rise gradually after we purchased this building to more than $1 billion per year. Let's us explore it's strategical location, so this building was build in 1934, the older the property, the higher its value will be. It was built between two streets and the most interesting part of this portfolio is we have a driveway though this building that will connected to the street. Previously, this building was a storage warehouse, with a good business plan, we will definitely succeed in this investment! What say you Zafran?"
Tengku Ammar Zafran menongkat dagu sambil menilai hartanah yang bernilai hampir $12 million yang dibentangkan oleh James. Sebelum bersetuju dengan projek ini, beberapa faktor termasuk lokasi dan juga future market perlu diambil kira. Tapi dia tidak perlu risau kerana dia yakin James telah menilai faktor-faktor ini dengan teliti. Bahkan portfolio ini telah dinilai oleh lebih ramai pakar-pakar sebelum dibentangkan kepadanya hari ini.
"It looks good, I like the location. I believe this will make a huge success. So James, don't let go of this opportunity! I want this property to be an attraction in the city. So, please come out with a great business plan, I'm looking forward to hear in our next meeting."
"Alright. We will have everything prepared after this meeting, just need your approval to proceed with the work flow."
"Great! So, that's the end of today's meeting. Thank you all" Tengku Ammar Zafran bangun dan beredar dari bilik mesyuarat. Seisi bilik itu turut bangun berdiri sebagai tanda hormat kepada Tengku Ammar Zafran.
Dari pukul 9 tadi lagi, bermacam macam jenis mesyuarat dia perlu hadiri. Tak dilupakan juga bertimbun file projek bersusun di atas mejanya menanti dia untuk menandatangani kesemuanya.
"Typical monday." keluhnya perlahan. Tengan diselukkan di dalam poket seluarnya. "What's my next schedule?" Soal Tengku Ammar Zafran kepada setiusahanya yang sentiasa mengiringinya kemana-mana sahaja.
"You'll have a family lunch meeting at Swissotel Chicago at 12pm. Then, board meeting with the Triton Realty Group, but you'll just need to attend as a shareholder at 3pm."
Tengku Ammar Zafran mengangguk faham. Langkahnya laju diatur menuju ke biliknya yang terletak tak jauh dari bilik mesyuarat.
Sebaik sahaja sampai di biliknya, pantas dia memeriksa telefon bimbit. Dari pagi dia tak sempat membalas 'morning wish' daripada Elvina Rose.
Recieved 7:30 a.m.
Elvina Rose: Good Morning. I ada berita baik nak tunjuk pada you. Tapi mesti you busy kan? Just give me a call when you're free tau tau! Hehe.
Tengku Ammar Zafran tersenyum meleret membaca message Elvina. Apa lagi update gadis ini hari ini. Setiap hari ada saja berita dia nak bagitahu. Semalam dia tunjukkan bunga yang dia gubah untuk diletakkan di meja hospital.
Ammar Zafran: Hi, good evening there! I baru habis meeting, nak rehat sekejap before next schedule. What is it?
Ammar Zafran memerhati telefon itu seketika. Tetapi tiada balasan daripada Elvina Rose, mungkin dia sudah tidur. Jam hampir pukul 12 pagi sekarang di Malaysia. Ammar Zafran lantas mengemas sedikit mejanya dan mengambil beberapa file penting untuk disemak di rumah sekiranya dia ada masa lapang. Dia memasukkan file-file tersebut ke dalam briefcase miliknya.
Kring..Kring..
Elvina Rose calling...
Ammar Zafran lekas menutup briefcase nya dan diletakkan di atas meja, lalu dengan pantas dia menjawab FaceTime daripada Elvina Rose.
Wajah Elvina Rose dengan senyuman manisnya terpampang di skrin telefon.
"I thought you dah tidur. I baru nak gerak pergi lunch dengan bonda dan ayahnda."
"Oh iya ke? Alah sekejap je hihi, I excited nak tunjuk you something!"
Ammar Zafran mengecilkan matanya melihat sekeliling Elvina, tak ada apa yang menarik pun. Hanya latar belakang yang biasa dia tengok sejak sebulan yang lepas.
"Apa tu? Tengok you tidur ke? I tak nampak apa-apa yang menarik pun."
"Pandai pula loyar buruk Tengku ni. Sabar kejap, I nak adjust camera."
Kelihatan Elvina meletakkan telefon di meja sisi katil. Kemudian dia cuba untuk duduk, setelah selesa dengan posisi duduknya, Elvina cuba untuk bangun berdiri. Dia berpaut pada palang besi katil supaya tidak jatuh, sepanjang di sana Elvina perlu memakai back brace untuk mengekalkan posture pinggang dan tulang belakangnya. Dengan bantuan alat tersebut, dia kurang rasa sakit apabila dia ingin gerakkan pinggulnya.
"Taraaaa! I dah boleh berdiri!" Terpapar keceriaan di wajah Elvina Rose saat dia melepaskan tangan daripada palang katil. Dia mampu berdiri dengan sendiri setelah beberapa bulan cedera. Walaupun dia masih tidak dapat berjalan, tapi dia tetap bersyukur dengan pencapaiannya.
Ammar Zafran tersenyum lebar melihat usaha Elvina untuk berdiri. Tetapi dia masih risau sekiranya Elvina akan terjatuh jika dia berdiri tanpa pantauan jururawat atau mamanya.
"Alhamdulillah.. You dah boleh berdiri." Dia menepuk tangannya ingin memberi Elvina semangat untuk terus berlatih. "Dah, duduk semula nanti you jatuh."
"See.. Baru sebulan tak jumpa, I dah boleh berdiri. Lepas enam bulan nanti tengok-tengok I dah boleh berlari."
"Aamiin! Semoga you cepat sembuh dekat sana ya. Kalau you sembuh cepat, I janji akan bagi you hadiah besar punya!"
Ammar Zafran berkira-kira untuk melawat Elvina selepas dia selesai semua urusan penting di sini. Mungkin dia akan pulang ke Malaysia selama seminggu. Terasa janggal pula kerana sudah hampir setengah dekad dia tidak pulang ke Malaysia. Raya Aidilfitri dan Aidiladha pun keluarganya sambut di sini. Dahulu dia fikir tiada guna dia pulang ke Malaysia kerana tiada siapa yang akan menyambut kepulangana keluarganya, tambahan pula, Lily sentiasa berada di sampingnya. Jadi, tiada sebab untuk dia pulang ke Malaysia.
'Tapi kali ini berbeza..' getus hatinya.
"Betul ini? I tak mahu lah minta barang yang mahal, tapi kalau dapat Audi RS Q8 yang terbaru tu pun okay juga." usik Elvina Rose. Tangannya mengusap-usap dagu seolah-olah berfikir.
Ammar Zafran membuntangkan matanya, "Lebih sudah ni, I pun guna Audi model lama je. Dia pula nak yang terbaru. Tak boleh, hadiah yang I nak bagi ni tak ada tandingan dengan wang."
Elvina memaparkan riak teruja, "Wow, I'm anticipating."
"Dah lewat ni, Elvina. You should go to sleep." Kata Ammar Zafran yang ingin menamatkan perbualan, dia perlu bergegas ke Swissotel Chicago sebelum terlambat. Briefcase diambil dan dia menuju ke pintu bilik pejabatnya.
"Baik, Ammar. I tidur dulu ya, you kerja baik-baik. Jangan lupakan I ya!"
"Iya, Elvina. Sleep tight." Talian dimatikan. Semenjak sebulan yang lalu, ayat "Jangan lupakan I" tak pernah lekang daripada bibir Elvina Rose. Setiap kali mereka berbual melalui telefon, bahkan ketika menghantar mesej. Elvina akan cakap sebegitu, pada mulanya dia tidak faham, tapi sekarang dia sudah biasa. Mungkin jarak mereka yang jauh menyebabkan Elvina fikir yang bukan-bukan. Tapi bagi dia tiada masalah asalkan dia masih berhubung dengan Elvina.
Happy reading!
Lots of love,
Suria Ahmad
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Tunggu
Romance[ON GOING] Dari Malaysia ke Missouri, Elvina Rose hanya mengejar jejaka idaman yang sama. Crush yang diminatinya sejak 8 tahun lalu kini ada di hadapan matanya. Elvina Rose- "At least, we're looking at the same moon." Tengku Ammar Zafran - "I tak...