PART 27 (FINALE)

212 14 2
                                    

Sebulan kemudian...

Majlis perkahwinan yang berlangsung di Pearl Hall di Hotel La Prince III ini berjalan dengan sangat sangat lancar. Dari awal majlis hinggalah selesai semuanya. Para tetamu pula merasa puas hati dengan layanan dan hidangan yang diterima dan mereka pulang dengan senyuman setelah menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini.

Youra dan Yoongi. Setelah pelbagai perkara yang mereka lalui bersama sepanjang perkenalan mereka ini akhirnya mereka disatukan hari ini. Pearl Hall menjadi pilihan mereka kerana di sinilah semuanya bermula. Di dewan inilah mereka bertemu dan disinilah bermulanya perasaan di antara mereka bermula. Di tempat inilah, detik yang takkan pernah mereka lupakan, terjadi dan kini sekali lagi, mereka mencipta memori penting di sini.

"You... ra?"

Yoongi yang baru sahaja melangkah masuk ke suite bulan madu ini tergamam sekejap melihat keadaan bilik tersebut. Selepas majlis tadi, Youra terlebih dahulu naik ke suite ini memandangkan mereka akan bermalam di sini. Hadiah dari La Prince, bak kata Jungkook walaupun sebenarnya ianya tak sebesar manapun buat Yoongi. Hotel ni pun dia yang uruskan selama ni tapi orang dah bagi, terima jelah.

Lupakan soal itu. Yang penting sekarang adalah bilik ini yang kini hanya diterangi dengan lampu chandelier di tengah-tengah ruang. Bau wangian lilin yang dinyalakan di sekitar ruang mula menerjah hidung. Bau aromatik yang sangat menenangkan tapi tak setenang Yoongi sekarang. Entah kenapa dia rasa lain macam pula sekarang ni. Apa yang Youra cuba buat sebenarnya?

Walaupun begitu, kakinya tetap diatur memijak kelopak bunga ros yang ditaburkan menjadi satu laluan untuknya dan kelopak bunga ros tersebut membawanya ke pintu bilik tidur. Dia terhenti di situ. Air liurnya ditelan. Rasanya bilik ni taklah sepanas mana tapi dia hampir-hampir berpeluh sekarang ni. Suasana ni sememangnya romantik tapi dia belum dapat biasakan diri.

Dengan tangan yang sedikit menggeletar, Yoongi memegang tombol pintu dan memulasnya. Pintu dibuka perlahan-lahan dan bila ianya sudah terbuka seluasnya, Yoongi melihat ke dalam. Dia terkebil-kebil sekejap. Bayangan Youra tidak kelihatan di situ. Yang ada hanyalah sebuah komputer riba yang terletak elok di atas meja kaca di hadapan sebuah sofa di hujung katil dan beralaskan kelopak bunga ros yang dibentuk menjadi bentuk hati. Berkerut dahi Yoongi dibuatnya.

Dek kerana rasa ingin tahu, Yoongi menyambung langkahnya menghampiri meja tersebut. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa dan komputer riba di capai lalu diletakkan di atas ribanya. Bila dia menghidupkan komputer riba tersebut, terpacul satu video yang terdapat wajah Youra di dalamnya. Semakin berlapis-lapis dahi Yoongi. Pun begitu, video tetap dimainkan.

"Min Yoongi ssi. Annyeong!"

Youra di dalam video itu menyapanya sambil melambai-lambaikan tangan. Langsung terbit senyuman di wajah Yoongi. Telinganya mula dipasang untuk mendengar apa yang bakal Youra di dalam video katakan kepadanya.

"Awak mesti terkejutkan dapat video ni? Well, this is my surprised for you. A video massage for you. Actually saya nak pasang video ni kat majlis kita tapi saya rasa malu pula. Rasanya lagi elok kot kalau saya bagi awak sorang je dengar. Kan?"

Yoongi ketawa kecil. Dia mendengar lagi.

"Saya sebenarnya tak ada banyak benda pun nak cakap pada awak melainkan ucapan terima kasih. Thank you sebab sudi ambil saya sebagai isteri awak. Saya tahu saya taklah perfect mana tapi saya harap saya boleh perfectkan hidup awak."

Jeda seketika. Yoongi dapat lihat, mata Youra kelihatan merenung memikirkan sesuatu sebelum akhirnya mata itu kembali fokus pada kamera dengan senyuman nipis.

"Saya akui, perkenalan awal kita berlaku dalam keadaan yang tak terduga. Saya telah tarik awak ke dalam masalah terbesar dalam hidup awak dan awak banyak tolong saya sedangkan masatu, saya tak ubah seperti orang asing untuk awak. Untuk itu, saya nak minta maaf sebab telah susahkan awak dan berterima kasih sangat-sangat sebab tak biarkan saya terkapai-kapai sendirian. Kalau awak tak ada, mungkin keadaan saya sangat teruk sekarang ni"

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now