Malam ini, Youra menyarungkan sehelai dress yang simple sahaja namun dia masih kelihatan menarik. Salah satu dress yang dia ada di dalam almarinya yang dia sendiri tak ingat bila masa dia beli dress tersebut. Semasa dia menjumpai dress tersebut, ianya betul-betul kelihatan masih baharu. Sangat baharu seperti belum pernah dipakai oleh seseorang. Tak sangka. Dia betul-betul seorang yang suka membazir sebelum ini.
Youra yang sudah selesai menyolek ringkas wajahnya, berdiri di hadapan cermin panjang yang ada di dalam bilik tersebut. Atas bawah dia tilik dirinya mencari kekurangan. Dress panjang mencecah lantai tanpa lengan berwarna ungu itu memang elok memeluk tubuhnya. Dengan potongan V pada leher dan juga tali reben yang berada di pinggang berwarna ungu cair sebagai pemisah bahagian atas dan bawah tubuh sekaligus menampakkan dia kelihatan lebih tinggi.
Dia juga turut memakai seutas rantai, gelang dan subang jenama Swarovski kegemarannya sebagai pelengkap gaya dan sepatutnya semua itu sudah cukup tapi tetap dia merasa ada sesuatu yang kurang. Lama dia memerhati sehinggalah matanya merenung rambutnya yang berwarna coklat itu. Senyuman terukir dibibirnya menandakan dia sudah menjumpai kekurangan tersebut dan dia tahu siapa yang boleh menyelesaikannya.
Dengan pantas, Youra keluar dari biliknya dan menghampiri bilik yang didiami oleh orang tuanya di dalam suite tersebut. Pintu diketuk terlebih dahulu sebelum dia membukanya dan menjengukkan kepalanya. Tersenyum dia memandang orang tuanya yang serentak menoleh memandang ke arahnya.
"Ada apa, Youra?", soal Tuan Moon lalu kembali mendongak, memberi akses lebih mudah untuk isterinya mengikat tali lehernya. Youra tersengih.
"Appa dah siap ke?", soalnya kembali tanpa menjawab soalan Tuan Moon itu. Tuan Moon kembali meluruskan kepalanya setelah Puan Moon selesai dengan tugasnya. Wajah Youra dipandangnya lagi.
"Dah. Kenapa?"
"Youra nak pinjam mama kejap", jawabnya akhirnya sambil mulut masih tersengih. Kali ini Puan Moon memandang Youra pula.
"What's wrong, Laura?", Puan Moon menyoal. Youra pandang ibunya itu dari atas ke bawah. Nampaknya Puan Moon pun dah selesai bersiap.
"Boleh tak mama tolong hairstylekan rambut Laura? Laura nak buat sendiri tapi Laura tak reti buat bun. Please", pinta Youra dengan lembut dan separuh merayu. Puan Moon tersenyum.
"Boleh je. No problem. Laura tunggu dalam bilik. Kejap lagi mama datang."
"Okay!"
Tanpa membuang masa, Youra menutup pintu bilik tersebut dan berlalu dari situ kembali masuk ke dalam biliknya. Dalam bayangannya sudah memikirkan gaya rambut apa yang dia inginkan. Setentunya dia ingin menyanggul rambutnya bagi menampakkan lehernya yang jinjang. Kemudian dibiarkan sedikit rambut di tepi kiri dan kanan telinganya beralun. Begitu juga dengan rambut hadapannya yang dibiarkan menutup sedikit dahinya. Pasti kelihatan sangat cantik.
💋💋💋💋💋
Majlis pembukaan kali ini memang amat berlainan dengan majlis pembukaan yang sebelumnya. Majlis yang diadakan kelihatan lebih santai dan diadakan di Sky Garden yang berada di bumbung bangunan hotel ini. Tetamu yang diundang sudah hampir kesemuanya berada di situ. Berbual sesama sendiri sambil memuji keindahan yang ada disajikan di hadapan mereka.
Youra juga tidak ketinggalan. Tak sangka dia bakal bertemu dengan Eunji. Pereka dalaman yang bekerjasama dengannya dalam mereka setiap inci dalaman di hotel ini. Tidak dapat dia menahan rasa terujanya bila bertemu dengan wanita itu. Begitu juga dengan Eunji.
Macam-macam cerita yang mereka bualkan termasuklah saling bermaafan kerana tidak menghubungi satu sama lain setelah selesai tugas di sini. Masing-masing turut faham akan kesibukan sesama sendiri. Eunji dengan projek besarnya yang lain manakala Youra dengan tugas barunya sebagai seorang CEO.
YOU ARE READING
HIS SEÑORITA [Completed✔]
Fanfiction[Status : Completed] Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Itulah pepatah yang saling didengari. Begitulah juga dengan Yoongi. Walaupun dia pernah menemui kegagalan paling besar dalam hidupnya tapi akhirnya dia menemui sesuatu yang kembali mem...