PART 18

155 15 1
                                    

Persoalan Yoongi akhirnya terjawab apabila Youra membawanya duduk melepak di bawah sebuah pohon besar yang cuma beberapa meter jauh dari kawasan gaung di hadapan mereka. Tempat itu juga cuma berada di hadapan rumah percutian keluarga Youra cuma kena jalan jauh sedikit.

Seperti berkelah, mereka duduk di atas sehelai tikar yang dibawa oleh Youra tadi supaya mereka tidak perlu duduk di atas rumput hijau yang sejuk itu. Youra juga membawa selimut tebal untuk memastikan mereka sentiasa hangat walaupun angin laut bertiup lembut ke arah mereka. Nasib baiklah sekarang musim panas jadi tak adalah mereka kebekuan di sini.

Sebagai pelengkap, mereka membawa bersama beberapa snek dan beberapa tin minuman bir yang mereka beli di kedai runcit petang tadi. Kemudian, mereka sama-sama menikmati pemandangan laut dengan pantulan cahaya bulan di hadapan mereka sekarang. Sama indah seperti di waktu siang.

"Awak selalu lepak sini ke?", suara Yoongi memecah kesunyian antara mereka. Soalan dilontarkan kepada Youra bagi memulakan perbualan.

"Yup. Setiap kali kitorang datang sini, inilah port lepak saya. Tak kira siang atau malam. I just love this place. Tenang je. Dapat tengok laut. Dengar bunyi ombak. Hilang semua stress"

"Faham. This was the best port to release tensions", Yoongi sangat-sangat bersetuju dengan kata-kata Youra tadi. Tempat ini memang satu terapi untuk mereka yang dilanda tekanan.

"Yoongi ssi", nama Yoongi tiba-tiba diseru oleh Youra. Yoongi menyahut lalu memandang wajah Youra yang ternyata turut memandang ke arahnya. Kedua keningnya dijongketkan.

"Saya rasa awak dah banyak tahu semua fasal saya tapi saya tahu sikit je tentang awak", kata Youra meluahkan fakta.

Percaya atau tak. Walaupun dia sudah agak lama mengenali Yoongi tapi dia masih belum tahu banyak tentang lelaki itu. Apa yang dia tahu cumalah Yoongi seorang pengurus cawangan hotel dan juga merupakan seorang komposer muzik. Semuanya tentang kerjaya lelaki itu sahaja. Yang lain-lain. Apapun dia tak tahu.

"Okay~ So?"

"So... saya nak tanya something dekat awak, boleh? Something really personal", Youra menyoal meminta izin kepada lelaki itu. Yoongi tersenyum nipis dan mengangguk. Memberi kebenaran kepada Youra.

"Awak ada family?", soalan pertama dari Youra.

"Mestilah ada. Eomma, appa dan abang saya. Diorang stay dekat Daegu. Sekali sekala saya balik sana. Jenguk diorang", Yoongi menjawab pantas. Terangguk-angguk kepala Youra mendengarnya. Satu informasi baharu tentang Yoongi, dia tanam dalam kepalanya.

"Nanti. Kalau awak nak balik Daegu, bawa saya sekali. Saya nak jumpa family awak", pinta Youra selamba membuatkan Yoongi langsung membulatkan matanya.

"Nak buat apa jumpa diorang?!"

"Nak kenal-kenallah dengan bakal mertua~", dengan selamba juga, Youra menjawab soalan Yoongi itu. Siap menjongket-jongketkan keningnya. Terlepas tawa kecil dari mulut Yoongi bila melihat mimik muka Youra itu.

"Tengoklah nanti"

Youra tersenyum nipis. Dia akan pastikan, dia akan jumpa juga dengan keluarga Yoongi. Satu hari nanti. Tak pergi sebagai bakal menantu, sebagai kawan Yoongi pun jadilah.

"Ok. Second question. Awak pernah bercinta tak?", soalan lain dilontarkan oleh Youra kepada Yoongi. Kali ini dia ingin tahu tentang kisah cinta lelaki itu pula.

"Of course pernah tapi zaman sekolah menengah jelah. Lepas habis sekolah menengah, saya pergi ke Seoul dan fokus untuk capai cita-cita saya jadi produser muzik", jawab Yoongi. Youra menjuihkan bibirnya bila mendengar jawapan Yoongi itu.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now