PART 10

142 13 3
                                    

Mereka terlepas peluang lagi. Ternyata Youra bersetuju untuk diawasi dengan syarat. Syaratnya adalah dia cuma perlu diawasi apabila dia berada di luar kawasan rumah kerana fikirnya, dia selamat berada di dalam ini. Penghendap tersebut tidak akan dapat melepasi sistem kawalan canggih rumahnya untuk datang menceroboh di sini seperti yang dia lakukan ketika berada di Gangneung.

Youra juga telah menelefon Donghae terlebih dahulu tadi sebelum mereka berdua keluar bersama untuk Donghae mengarahkan orang-orang yang dihantarnya untuk pulang sahaja kerana dia rasa dia akan selamat jika bersama Yoongi. Youra memang silap sepenuhnya dan itu menimbulkan rasa geram di hati Yoongi. Kalau orang-orang Donghae masih mengawasi mereka, mereka mempunyai peluang yang baik untuk menangkap penghendap tadi.

"Huh!"

Keluhan berat terlepas dari mulut Yoongi. Dia yang sedang duduk di atas sofa berangkai tiga di sisi katil Youra ini menyandarkan kepalanya pada kepala kerusi dan mendongak ke arah siling. Matanya dipejam rapat. Dia mula berfikir. Kenapalah dia tidak terus kejar sahaja penghendap tadi walaupun peluang untuk dia menangkap lelaki itu agak tipis? Sekurang-kurangnya dia berusaha. Dia mengeluh lagi. Nak menyesal pun tak ada guna. Penghendap tadi sudah menghilangkan diri apabila dia melihat ke luar tingkap setelah menelefon Donghae tadi.

Seperti kata Donghae. Penghendap itu memang bijak. Dia diam apabila Youra diawasi tapi muncul apabila tiada ancaman di sekelilingnya. Dia macam tahu bila waktunya Youra bersendirian tanpa polis. Sebentar tadipun, dia seolah-olah sengaja ingin membiarkan Yoongi nampak kelibatnya seakan-akan memberi peringatan kepada Yoongi bahawa dia masih lagi sedang memerhati. Persoalannya sekarang, sampai bila?

💋💋💋💋💋

Youra menggeliatkan tubuhnya sambil menguap lalu perlahan-lahan dia mencelikkan matanya. Perkara pertama yang dia lihat adalah siling biliknya. Keluhan terlepas dari mulut. Nampaknya sekali lagi, dia mabuk di hadapan Yoongi. Dia tak terkejut memandang ini adalah kali ketiga dia seperti ini di hadapan lelaki itu dan menyusahkan Yoongi untuk menghantarnya pulang.

Sambil melawan rasa berpusing di kepalanya, Youra bangkit dari pembaringannya dan duduk bersandar di kepala katil. Matanya dipejam sekejap sebelum dicelikkan kembali.

"Yoongi ssi?!"

Terkejut Youra apabila matanya terpandangkan sekujur tubuh Yoongi yang sedang terlena di atas sofa di dalam biliknya itu. Tercengang dia sekejap. Sekelilingnya di pandang. Dia tak salah. Ini memang biliknya tapi kenapa Yoongi ada di sini? Tanpa berlengah, dia turun dari katilnya dan melangkah menghampiri Yoongi.

"Yoongi ssi?", kejutnya perlahan sambil bahu Yoongi digoncang perlahan.

Yoongi menggeliat perlahan. Dengan mata yang masih kuyu, dia membuka kelopak matanya sedikit. Melihat sahaja wajah Youra, dia kembali memejamkan matanya. Berlagak seolah-olah dia bukan di dalam bilik wanita itu.

"Awak dah bangun?", soalnya dengan mata yang masih tertutup dan mengetatkan lengannya yang disilangkan ke dada. Youra yang masih kebingungan, mengangguk.

"Haah. Awak buat apa tidur kat sini? Tak balik ke?", dengan penuh rasa ingin tahu, Youra menyoal sambil melabuhkan punggungnya di hujung sofa tersebut bersebelahan dengan kaki Yoongi. Yoongi menyilangkan kakinya memberi ruang kepada Youra.

"Saya rasa saya tertidur semalam. Maid awak nak balik and saya tak boleh biar awak sorang-sorang dalam rumah ni so saya ingat nak tunggu parents awak but end up sleep here", jelas Yoongi ringkas dengan suara yang seperti hendak tak hendak sahaja keluar dari mulutnya. Nasib baik Youra masih dapat mendengar kata-kata Yoongi itu.

"But still. You should just go home. Saya selamat je dalam rumah ni", Youra masih tak berpuas hati.

Mendengarkan itu, mata Yoongi langsung celik. Tajam merenung anak mata Youra membuatkan Youra sedikit tersentak. Walaupun cuma mata tapi rasa macam kena cucuk pedang. Tajam sangat renungan lelaki tu.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now