PART 5

151 14 1
                                    

'AKU BUKAN PENGECUT! Bila tiba masanya nanti, aku akan berdepan dengan dia dan jadikan dia milik aku'

"Apa masalah budak ni hah? Youra yang panggil dia pengecut, aku pula yang kena? Gila"

Yoongi menggumpal kertas amaran tersebut lalu dilontar masuk ke dalam tong sampah yang berada di kawasan dapur mini biliknya itu. Kakinya diatur kembali ke ruang tamu dan punggung dilabuhkan di atas sofa yang didudukinya tadi. Tabletnya kembali dicapai untuk memeriksa e-mail yang dihantar oleh setiausahanya, Sangyeon, mengenai La Prince III. Jungkook benar. Sangyeon memang reti buat kerja.

Fokus cuba diberikan kepada e-mail tersebut tapi fikiran Yoongi betul-betul terganggu dengan surat tadi. Keluhan berat terlepas dari mulutnya dan tablet diletak tepi. Wajahnya diraup lalu dia membaringkan tubuhnya di atas sofa tersebut sambil lengan kanannya diletakkan di atas kepala. Mata merenung siling. Ingatannya mengingati kembali ayat yang tertulis di atas kertas tadi.

Penghendap Youra ini dia akui memang seseorang yang agak menakutkan. Dia pandai menyembunyikan dirinya di antara orang ramai. Buktinya, orang itu tahu apa yang dia bualkan bersama Youra di dalam restoran tadi padahal di restoran tersebut dia tak nampak pun seseorang yang berada dalam keadaan yang mencurigakan dan yang lagi menakutkan. Orang itu nekad ingin berdepan dengan Youra dan masatu dia tak tahu apa yang akan berlaku pada wanita tersebut.

Yoongi mengeluh lagi. Kenapalah dalam banyak-banyak orang, dia juga yang terlibat dalam masalah Youra ini dan kenapa dia perlu dia terganggu dengan semua ini dan risaukan keselamatan Youra?! Youra bukan siapa-siapa kepadanya melainkan hanya berkaitan perihal kerja semata. Lepas siap semua kerja ni, dia langsung tiada kaitan dengan Youra lagi. Jadi kenapa dia yang terpaksa tanggung semua ni?! Malah Youra sendiripun tak tahu yang wanita itu memiliki seorang penghendap yang amat menggerunkan!

"Ah! I don't know!"

Kusyen yang terdapat di sofa tersebut, Yoongi ambil dan ditekapkan pada wajahnya. Pening sungguh kepalanya memikirkan semua ini. Ada baiknya dia lupakan saja dulu perkara tersebut dan tidur. Banyak lagi perkara penting yang perlu dia fikir selain benda yang tiada kaitan langsung dengannya ini. Lantaklah apa nak jadi. Dia tak kesah. Youra sendiri yang bawa masalah tu dan biar Youra tanggung sendiri. Dia akan angkat tangan!

💋💋💋💋💋

Perlahan kaki melangkah ke bilik tidur. Penuh berhati-hati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi langsung. Begitu juga ketika dia menyorong membuka pintu bilik tersebut. Bunyi yang terhasil sangat lembut dan tidak akan mengganggu si dia yang sedang terlena sekarang ini. Keadaan yang gelap sedikitpun tidak mengganggunya seolah-olah dia sudah terbiasa dengan keadaan gelap tersebut.

Masuk dalam bilik, dia melangkah menghampiri sebuah katil dan berdiri tegak di situ sambil merenung wajah Youra yang sedang terlena. Senyuman terhasil pada bibirnya. Tubuhnya dibongkokkan dan jari tangannya dibawa dekat pada wajah wanita pujaannya itu. Lembut jarinya mengusap wajah Youra dan apabila Youra bergerak, dengan cepat dia menarik kembali tangannya dan menegakkan tubuhnya.

Youra memusingkan tubuh membelakanginya dan kembali tenang. Dia menghela nafas ringan. Nasib baik Youra tidak terjaga dan menyedari dia di situ. Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluarnya lalu aplikasi kamera dibuka. Dia kembali pada tujuan asalnya berada di situ iaitu mengambil gambar Youra yang sedang tidur itu.

Bukan itu sahaja, dia bergerak ke arah almari pakaian yang terdapat di bilik itu dan meletakkan sesuatu di atas almari tersebut. Ianya adalah sebiji kamera kecil yang sentiasa akan merakam apa sahaja yang ada di situ. Kamera sama juga dia letakkan pada ruang tamu. Yang pastinya benda tersebut diletakkan ditempat yang tersembunyi. Selesai melakukan itu semua, barulah dia keluar dari tempat tersebut. Tanpa meninggalkan sebarang kesan bahawa dia pernah pergi ke bilik asrama tersebut.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now