Canggung. Kekok. Itulah apa yang dirasai Youra sekarang ini. Manataknya. Sepanjang perjalanan, Yoongi di sebelahnya tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun dan hanya fokus pada pemanduannya. Dia pula tak tahu nak buka cerita tentang apa. Sudahnya dia pun turut mendiamkan diri sambil membuang pandang ke luar tingkap kereta yang sangat sunyi itu. Radio pun tak bunyi!
"Awak memang tak ada lesen kereta ke?"
"Hah?!"
Kerana terkejut, Youra menoleh memandang ke arah Yoongi yang tiba-tiba bersuara setelah beberapa minit mereka berada di dalam kereta itu. Matanya berkelip-kelip dengan mulut yang sedikit ternganga. Yoongi memandang Youra sekilas. Nafas dihela ringan.
"Driving license? Don't you have any?", soal Yoongi sekali lagi dengan bahasa yang lain pula.
"Oh. License. Nope. Tak ada", jawab Youra ringkas sambil tersengih kekok. Kepalanya digaru perlahan.
"Why?", tanya Yoongi lagi. Hairan.
"Actually saya takut nak drive. I don't have courage to do that", jawab Youra jujur.
Itulah kebenarannya. Kalau ditanya perkara apa yang paling dia takut, dia pasti akan cakap memandu sendiri. Tak tahulah kenapa. Bukan dia tak pernah cuba, dia pernah tapi setiap kqli dia ada ujian memandu, pasti kereta yang dipandunya akam tersengguk-sengguk kerana dia takut dia terlebih menekan minyak. Pelik? Memang pelik tapi apa boleh buat. Setiap orang ada fobia sendiri.
"So. Kalau awak nak pergi mana-mana, macam mana?", mungkin kerana tertarik dengan fakta mengenai Youra itu, Yoongi tidak dapat menahan dirinya untuk terus bertanya lagi dan lagi. Tiba-tiba dia seperti kaki penyibuk pula.
"My family driver or Kevin will drove me", namun tetap juga Youra menjawab. Yoongi mengangguk dan setelah itu keadaan menjadi sunyi semula.
Youra mengetap bibirnya. Sisi wajah Yoongi dipandangnya. Aura Yoongi memang semacam sehinggakan dia yang sebenarnya memang tak reti nak duduk diam, tiba-tiba boleh jadi diam seperti ini. Tiada modal untuk membuka bicara. Apatah lagi memulakan perbualan padahal itulah kepakarannya. Dia kembali memandang ke hadapan. Ke arah jalan sehala yang dilalui mereka saat ini. Jari-jemari mengetuk-ngetuk pehanya.
So are you happy now
Finally happy now are youMweo geudaeroya nan
Da ireobeorin geot gataTiba-tiba berkumandang sebuah lagu di dalam kereta itu. Youra langsung menoleh dan ternyata Yoongi yang membuka radio di dalam kereta itu. Dia tersenyum nipis memandang sisi wajah Yoongi yang masih fokus memandu. Walaupun Yoongi diam sahaja tapi lelaki itu memang punya cara sendiri untuk menjaga orang lain. Semakin tertarik Youra dibuatnya.
Bibir Youra mengguman perkataan terima kasih kepada Yoongi sebelum dia memandang ke luar tingkap jendela. Perjalanan mereka yang berbaki 1 jam lebih itu akhirnya terisi dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh DJ radio. Tidak lagi sunyi seperti tadi.
💋💋💋💋💋
"Selamat datang. Saya Jeonghan. Hotel manager of La Prince IV dan ni Eunji. Dia yang bertanggungjawab dalam hiasan dalaman keseluruhan hotel ni."
Youra dan Yoongi bersalaman dengan kedua-dua mereka. Tiba sahaja di Gangneung ini, mereka berdua terus sahaja pergi ke hotel ini dan Youra sungguh takjub melihat reka bentuk hotel tersebut. Masih nampak gah seperti cawangan yang lain tapi ianya lebih mesra dan sesuai untuk percutian keluarga mahupun kawan-kawan. Konsep serupa dengan Hotel La Prince II di Pulau Jeju.
"Saya Moon Laura. Wakil dari Moon Furniture inc.", Youra memperkenalkan dirinya sendiri sambil tunduk hormat dan tersenyum manis.
"Dah lama ke sampai?", Yoongi menyoal Eunji. Saja ingin berbasa-basi.
YOU ARE READING
HIS SEÑORITA [Completed✔]
Fanfiction[Status : Completed] Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Itulah pepatah yang saling didengari. Begitulah juga dengan Yoongi. Walaupun dia pernah menemui kegagalan paling besar dalam hidupnya tapi akhirnya dia menemui sesuatu yang kembali mem...