PART 13

126 15 3
                                    

TOK! TOK!

Ketukan di pintu mengejutkan Youra dari tidurnya. Dia menggeliat sekejap sebelum akhirnya mencelikkan matanya. Lambat-lambat dia menyelak gebar selimutnya dan turun dari katil lalu melangkah menghampiri pintu biliknya. Sambil menguap, dia membuka pintu dan wajah Ryu ahjumma adalah wajah pertama yang dia pandang hari ini. Youra tersenyum dengan mata yang masih kuyu.

"Good morning, ahjumma", sapanya dengan suara yang serak. Ryu ahjumma berkerut dahi melihat anak majikannya itu. Atas bawah dia pandang Youra. Masih berpakaian tidur walhal sepatutnya Youra memakai baju kerja sekarang ini ataupun sebenarnya memang dah lama berangkat ke pejabat.

"Cik muda tak pergi kerja ke? Dah pukul 9 lebih ni", soal Ryu ahjumma.

Mendengarkan itu, mata Youra langsung terbuka luas. Terkejut. Dia pandang pula pada jam yang melekat pada dinding biliknya. Ryu ahjumma tak menipu. Memang dah pukul 9 lebih! Ini semua akibat dia tidur lewat semalam. Memikirkan itu, dia langsung teringat akan Yoongi yang mungkin masih tidur nyenyak di dalam bilik tetamu. Dia pandang Ryu ahjumma semula.

"Ada nampak Yoongi tak?", soalnya membuatkan dahi Ryu ahjumma semakin berlapis-lapis. Demam ke apa anak dara di hadapannya ini. Tiba-tiba cari orang lain di dalam rumah sendiri.

"Tuan Yoongi ada di sini ke?", soalan Youra dibalasnya dengan soalan dan itu sudah cukup memberi jawapan kepada Youra bahawa pembantu rumahnya itu masih belum tahu kewujudan Yoongi di dalam rumah ini.

Tanpa menjawab soalan Ryu ahjumma itu, Youra langsung bergegas berlari keluar dari biliknya dan turun ke tingkat bawah. Bilik tetamu ditujunya. Tiada ketukan diberi terlebih dahulu dan dia terus menyerbu masuk ke dalam bilik itu. Tanggapannya tadi salah. Yoongi tiada di situ dan katil yang ada di dalam bilik itu sudahpun dikemaskan. Dia terdiam sekejap.

"Tuan Yoongi tidur sini ke semalam?", soal Ryu ahjumma menyentakkan Youra. Youra pantas menileh dan memandang wajah wanita itu. Senyuman nipis diukir.

"Saya nak bersiap. Dah lambat. Tak perlu buat sarapan. Saya sarapan kat pejabat je"

Sekali lagi, soalan Ryu ahjumma diabaikannya dan dia keluar dari bilik tersebut kembali melangkah ke tingkat atas menuju ke bilik. Masuk sahaja ke dalam bilik, dia mencapai telefon pintarnya yang ada di atas katilnya itu lalu dihidupkan. Ternyata ada satu mesej dari Yoongi. Mesej Yoongi dibuka lalu dibacanya.

'Sorry sebab pergi tak bagitahu awak. Saya ada tetamu penting nak disambut pagi ni so saya kena pergi awal. Jangan lupa cari someone untuk temankan awak di rumah. Jangan tinggal sorang-sorang lagi. Anything, just call me' - MR YOONGI💢

Youra tersenyum membaca mesej tersebut. Gembira sebab sampai sekarang, Yoongi masih ambil berat tentangnya walaupun dia tak tahu apa hubungan antara mereka sekarang ini. Betulkah hanya sekadar kawan? Malas memikirkannya, Youra meletakkan kembali telefon pintarnya itu lalu bergerak untuk bersiap pergi ke pejabat. Tak mahu terlewat sangat nanti bila sampai ke sana.

💋💋💋💋💋

Pen di jari diketuk-ketuk di atas meja sampai otak ligat berfikir. Youra sebenarnya tengah berfikir nak tarik siapa untuk menemaninya di rumah sepanjang orang tuanya tak ada bersamanya saat ini. Ada juga dia terfikir untuk menyuruh Ryu ahjumma bermalam di rumahnya tapi dia tak boleh buat macam tu sebab Ryu ahjumma pun ada keluarga sendiri untuk di jaga. Takkan nak ajak Sua?

Youra memandang cermin pejabatnya yang menampakkan sedikit keadaan di luar pejabatnya itu. Matanya terhala pada Sua yang kelihatan sibuk membuat kerja di tempatnya. Dia berfikir lagi. Patut ke tak? Lama berfikir, akhirnya dia membuat keputusan. Interkom ditekannya. Tanpa dia perlu bersuara pun Sua sudah tahu yang dia ingin menemui setiausahanya itu.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now