"Miss. Are you okay?"
Tiada balasan yang Yoongi terima dari wanita yang berada di dalam pelukannya saat ini. Berkerut dahinya. Pekak ke apa wanita cantik di hadapannya ini. Lagi dia bertambah aneh apabila anak mata wanita itu tetap merenungnya teruja. Gaya macam berjumpa dengan artis pujaannya sahaja lagaknya. Bersinar-sinar sungguh mata yang bulat tu. Bibirnya pula perlahan-lahan mengukir senyuman yang paling lebar.
"Cik?", panggilnya lagi tapi wanita itu tetap tidak menyahut.
Yoongi mengetap bibirnya. Tiba-tiba rasa tak selesa bila dapat renungan sedemikian rupa. Matanya meliar memandang sekeliling. Nasib baiklah lorong ingin masuk ke tandas itu sunyi tanpa sebarang manusia. Hanya ada mereka berdua sahaja di situ. Nafas dihela ringan. Matanya kembali tunduk memandang wanita tidak dikenalinya itu. Pelukan dileraikan dan dia memaut bahu wanita itu pula.
"Cik. Saya nak pergi tandas ni", kali ini Yoongi menaikkan sedikit intonasi suaranya disertakan dengan goncangan lembut pada bahu wanita itu.
Bagaikan tersedar dari mimpi, Youra tersentak. Senyumannya mati dan matanya membulat. Melihat senyuman janggal Yoongi itu membuatkan dia pantas menjarakkan dirinya dengan lelaki tersebut. Air liur ditelannya perit. Panas wajahnya saat ini kerana malu yang teramat.
"Sorry and thanks", ucapnya ringkas sambil tunduk hormat kepada Yoongi.
Yoongi tersenyum nipis dan turut tunduk hormat kepada Youra. Tanpa membuang lebih banyak masa lagi, Yoongi mengangkat kakinya beredar dari situ dan masuk ke dalam tandas lelaki. Youra menghela nafas lega. Tapak tangan kanan menyentuh dadanya. Masih terasa debaran di situ. Sangat kuat namun terselit bahagia membuatkan senyumannya kembali memekar. Memang sah dia dah terkena penyakit angau sekarang ini.
I love it when you called me señorita~
Deringan telefon yang mendendangkan lagu kegemarannya itu membuatkan Youra tersentak. Beg sling dibuka dan telefon pintar dikeluarkan. Tertera nama adiknya di ruang panggilan membuatkan dia mengeluh berat. Ini tak lain tak bukan, pasti ayahnya mencarinya sekarang. Cakap fasal bisnes lagi. Panggilan diangkat.
"Apa? Noona baru keluar tandas ni", sambil berkata, Youra membuka langkahnya masuk ke dalam dewan semula sambil meliar mata mencari kelibat Tuan Moon.
"Cepat sikit. Appa nak bawa noona jumpa dengan Tuan Jungkook. Datang je ke meja depan ni", beritahu Kevin di hujung talian. Serentak dengan itu, mata Youra tertancap pada kelibat ayahnya sedang berbual dengan Jungkook dan Hyun Rin. Ibunya dan Kevin turut ada bersama. Langkah dituju ke situ.
"Okay", panggilan ditutup dan telefon kembali dimasukkan ke dalam beg slingnya. Langkahnya dipercepatkan.
💋💋💋💋💋
Sementara itu, Tuan Moon yang sedang leka berbual dengan Jungkook langsung terpandangkan kelibat anak perempuannya yang kian menghampiri. Senyuman dilebarkan dan dia kembali memandang wajah Jungkook.
"Anak perempuan saya dah sampai", beritahunya dan serentak mereka semua menoleh ke arah Youra.
Youra yang sudah tiba di situ, memberi tunduk hormat kepada Jungkook lalu kembali menegakkan tubuhnya dengan senyuman mesra pada bibir. Wajah Jungkook dan Hyun Rin dipandang silih berganti. Jungkook membalas senyumannya ala kadar manakala Hyun Rin turut tersenyum mesra kepadanya.
"Kenalkan. Ni anak saya, bakal pengganti saya untuk jawatan CEO of Moon Holdings. Moon Youra", perkenal Tuan Moon dan sekali lagi Youra menunduk hormat.
"Apa khabar, tuan, puan?", sapa Youra ala kadar. Walaupun dia malas sebenarnya tapi hati para pelabur kena jaga. Lagi-lagi pelabur besar seperti Jungkook.
YOU ARE READING
HIS SEÑORITA [Completed✔]
Fanfiction[Status : Completed] Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Itulah pepatah yang saling didengari. Begitulah juga dengan Yoongi. Walaupun dia pernah menemui kegagalan paling besar dalam hidupnya tapi akhirnya dia menemui sesuatu yang kembali mem...