Beberapa minggu kemudian...
Tepukan gemuruh kedengaran sebaik sahaja Youra melangkah naik ke atas pentas yang tersedia di tengah-tengah dewan pameran milik Moon Furniture Inc. ini. Bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman sehinggalah dia berdiri di hadapan mikrofon yang disediakan. Dia berdehem dan semerta, suara tepukan tadi menghilang. Semua tetamu yang hadir memberi ruang buat Youra untuk menyampaikan apa yang ingin dia sampaikan.
"Good evening, everyone. First of all, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini untuk memeriahkan majlis pelancaran design terbaru dan eksklusif dari Moon Furniture Inc. I would like to thanks to my team that made this happened. Bagi saya, projek kali ini adalah projek palimg bermakna buat saya since saya dah usahakan projek ni sebelum saya menyandang gelaran CEO menggantikan appa saya."
Youra berjeda sekejap dan tepukan kecil kedengaran. Nafas dihela dan ucapannya disambung dengan lancar.
"There's so many things happened when we do this project but gladly, we have a very good team and we manage to overcome all of that. Saya harap rekaan kali ini akan menambat hati tuan-tuan dan puan-puan semua since we all put all of our blood, sweat and tears in it. Thank you so much and enjoy the night and lastly, kami dah boleh terima tempahan mulai sekarang"
Youra mengakhiri ucapannya dan buat kesekian kalinya, dewan itu berkumandang dengan tepukan gemuruh dari semua tetamu yang hadir. Youra memberikan tunduk hormat sebelum akhirnya dia melangkah turun dari pentas dan berjalan menghampiri keluarganya. Sambil itu, sempat dia membalas segala teguran yang dia terima dari tetamu yang berselisih dengannya.
Tiba sahaja dia di meja keluarganya, dia terus dihujani dengan ucapan tahniah dari mereka semua dan dia hanya mampu tersenyum manis dan mengucapkan terima kasih.
"Appa dengan mama tak nak pergi tengok ke furniture design Youra tu?", soal Youra sambil matanya memandang sekilas ke ruang pameran. Bangga dia sekejap bila melihat senyuman para tetamu yang hadir bila meneliti hasil rekaannya.
"Kejap lagilah appa pergi tengok tapi appa tahu. Rekaan Youra pasti the best", terlepas tawa kecil dari mulut Youra bila mendengar pujian tersebut. Bukan selalu dia nak terima pujian dari ayahnya itu.
"Anyway, noona", panggilan Kevin membuatkan perhatian Youra beralih kepada adiknya itu. Kedua keningnya dijongketkan.
"Apa?"
"Nah"
Kevin menghulurkan sekeping sampul berwarna biru muda kepada Youra. Youra mengambutnya dengan kerutan di dahi. Malas ingin bertanya tentang isi kandungan tersebut maka dia sendiri yang membuka sampul itu dan mengeluarkan isinya. Membulat matanya bila dia melihat isi yang merupakan sekeping tiket penerbangan itu.
"Yoongi hyung yang tempahkan tiket tu untuk noona. Dia minta Kevin tolong printkan dan bagi pada noona", jelas Kevin sebelum dia ditanya oleh Youra.
Youra meneliti tiket tersebut. Ianya adalah tiket penerbangan ke Daegu. Lagi mengejutkan bahawa jadual pemerbangan tersebut adalah esok petang. Air liurnya ditelan. Entah kenapa dia rasa berdebar semacam padahal Yoongi sentiasa dirinduinya sepanjang minggu ini. Wajah orang tuanya pula dipandang tapi mereka hanya tersenyum manis. Sedikitpun tidak terkejut seolah-olah sudah mengetahui tentang perkara tersebut.
"Mama dan appa dah tahu dah. Yoongi ada call semalam. Dia nak bawa Laura jumpa keluarga dia", beritahu Puan Moon sekadar menambah rasa terkejut Youra. Wajah Youra terus bertukar pucat bila mendengar tentang itu walaupun dia sudah dapat menebaknya.
"Serious?", soalnya inginkan kepastian. Manalah tahu ini hanya prank semata-mata walaupun ianya adalah mustahil.
"Ya. Sebenarnya dia nak bawa kita semua tapi appa ras, lebih baik Youra dulu yang jumpa diorang. Minta restu dan berkenalan dengan diorang. Ambil hati diorang", jawab Tuan Moon, mengesahkannya.
YOU ARE READING
HIS SEÑORITA [Completed✔]
Fanfic[Status : Completed] Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Itulah pepatah yang saling didengari. Begitulah juga dengan Yoongi. Walaupun dia pernah menemui kegagalan paling besar dalam hidupnya tapi akhirnya dia menemui sesuatu yang kembali mem...