PART 9

133 13 2
                                    

Bosan! Itulah apa yang dirasai oleh Youra sekarang ini. Sudah beberapa hari adiknya, Kevin, berangkat ke New Zealand dan sejak dari itu jugalah dia tiada teman untuk meluangkan masa bersama mahupun hanya sekadar bersembang dan membawang. Jam yang melekat pada dinding biliknya itu dipandang. Baru pukul 7 malam. Masih awal lagi untuk tidur. Nak keluar jalan-jalan, dia tak berani. Lagi-lagi dengan situasi sekarang ni. Bahaya kalau dia keluar bersendirian walau hanya ditemani oleh seorang pemandu barunya.

Youra mengeluh. Telefon pintar yang tersadai di sebelahnya di atas katil itu dicapai dan dihidupkan. Senarai kenalan yang ada di situ diperiksanya satu-persatunya. Melihat senarai tersebut, dia langsung tersedar satu perkara. Dia mungkin seorang public figure yang mempunyai ramai pengikut namun hakikatnya, dia tidak mempunyai sebarang kawan mahupun sahabat. Selama ini, dia hanya selalu lepak keluar bersama dengan Kevin.

"Lonelynya kau, Moon Youra", keluhnya dan terus melihat senarai tersebut hinggalah matanya terhenti pada satu nama yang ada di situ.

Mr Yoongi. Sudah lama dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Berhubung pun tak. Entah bagaimana agaknya keadaan lelaki itu sekarang? Mungkin sedang menjalani kehidupan normal dengan tenang. Tak macam dia ni. Hari-hari seperti ada sahaja mata yang memerhatikannya membuatkan dia senang sahaja merasa gelisah. Lagi gelisah apabila diri masih menerima bunga ros merah dan nota dari si penghendap misteri.

Dalam sibuk dia termenung, tanpa sedar dia mendail nombor lelaki tersebut dan melekapkan telefon pada telinganya. Bunyi deringan kedengaran dan dia masih lagi belum sedar sehinggalah...

"Moon Youra ssi?", suara Yoongi menegurnya membuatkan dia tersentak.

"Oh!"

Youra yang terkejut memandang skrin telefonnya. Memang betul dia mendail nombor Yoongi dan lelaki itu sudahpun menjawab panggilannya yang tak disengajakan itu. Bila mendengar suara Yoongi kedengaran lagi memanggilnya, Youra kembali melekapkan telefon pada telinga. Matanya terkebil-kebil. Tangan pula menggeletar. Jantung tak usah cakap. Dah rasa macam nak meletup. Apa dia nak cakap ni?!

"Err. Yoongi ssi. Hehe", sapanya kembali dan tersengih dan saat itu jugalah dia rasa nak tumbuk muka sendiri. Janggal pula rasa.

"Ada apa call saya ni?", soal Yoongi dihujung talian. Youra menggigit kuku ibu jarinya. Perkara biasa setiap manusia akan lakukan apabila merasa gementar.

"Erm. Saya kacau awak ke?", soalan Yoongi dibalas dengan soalan olehnya. Penuh berhati-hati dan teragak-agak di situ.

"Tak. Kenapa?", namun, cepat sahaja mulut Yoongi menjawab soalannya itu.

Youra menggaru kepalanya. Hilang idea mahu cakap apa lagi dengan lelaki itu. Sudahnya dia hanya diam. Yoongi yang berada di sebalik talian sudah berkerut dahi di atas sofa ruang tamunya. Punyalah dia terkejut tadi bila dia tiba-tiba menerima panggilan dari Youra. Ingatkam ada perkara penting tapi sekarang, wanita itu hanya mendiamkan diri.

"Miss Youra. Ada apa ni?", kali ini Yoongi menyoalnya dengan lembut. Mendengarkan itu membuatkan Youra akhirnya melepaskan keluhan berat. Dah terlajak ni, lebih baik teruskan sahaja. Nak mengelak dah tak dapat.

"Ok. Macam ni. Saya tengah bosan tadi jadi saya ceklah contact list saya. Manatahu ada someone yang boleh saya ajak keluar. Sedang tengok tu, tiba-tiba saya terberangan and end up saya tak sedar yang saya terdail nombor awak. Sorry", jelas Youra akhirnya. Penuh dengan kejujuran.

Tercengang Yoongi sekejap dibuatnya sebelum lelaki itu mengulum senyuman dan menahan dirinya dari terus melepaskan tawanya. Rasa kelakar dengan Youra. Dalam banyak-banyak senarai kenalan, nombor dia juga yang perempuan tu dail tanpa sengaja. Yoongi menutup mulutnya dengan tapak tangannya dan berdehem sebelum kembali menurunkan tangannya itu.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now