PART 15

131 13 4
                                    

Youra yang sudah siap membersihkan dirinya dan menyarung pakaian tidur pada tubuhnya kembali turun ke tingkat bawah untuk berkumpul bersama keluarganya di ruang tamu. Dari tangga rumah lagi, dia sudah boleh dengar suara Kevin yang asyik bercerita. Dah seminggu adiknya itu pulang namun cerita di New Zealand masih belum habis diceritakan. Dia pun dah naik penat mendengar.

"Hah. Noona! Noona tahu tak kat New Zealand tu ada yang kenal noona. Dia follower noona kat IG. Dia kenal Kevin pun sebab noona ada post gambar kita dua dekat IG. Wuuu. Tak sangka noona ada pengikut sampai ke New Zealand. Ingatkan Korea dengan Itali je. Dah boleh jadi artis macam ni"

Belum pun Youra duduk di sofa, Kevin sudah membuka cerita kepadanya. Dia hanya menarik hujung bibirnya bila mendengar cerita Kevin itu. Tak terkejut sangat kalau ada orang dari luar negara kenal dia dan adiknya sebab banyak juga gambar swafotonya bersama Kevin yang dia hantar dalam laman sosialnya dulu.

"Baru tahu ke?", katanya sengaja bernada riak dan menghalakan matanya ke televisyen. Lagi best layan drama dari melayan adiknya ini bercerita tak habis-habis.

"Ada lagi! Masa kat sana, Kevin..."

"Appa. Sejak bila kita bela burung murai eh? Banyak mulut betul", potong Youra sebelum sempat Kevin menyambung ceritanya. Puan Moon sudah tergelak.

"Tak tahulah, Youra. Telinga appa ni pun dah penat dah nak mendengar", Tuan Moon pula sama-sama naik dengan Youra mengusik Kevin.

Kevin sudah menjuihkan bibirnya. Merajuk.

"Jahatlah noona ni", marahnya pada Youra. Youra tersengih.

"Bila masa noona baik?", soalnya menambahkan rasa geram Kevin kepadanya tapi Kevin hanya mendiamkan dirinya. Sudah tidak becok seperti tadi. Takut dia yang sakit hati nanti kalau terus bercerita. Matanya dihalakan ke kaca televisyen. Puan Moon di sebelahnya menggeleng melihat perangai anak terunanya itu. Suka sangat nak merajuk. Kalah perempuan.

"Mama nak pergi ambil buah kejap", beritahu Puan Moon lalu berdiri dan beredar ke dapur.

Memandangkan mereka sekeluarga sudahpun makan malam di luar tadi jadi buah adalah pilihan terbaik untuk mengisi perut sekarang ini. Lagi-lagi bila berkumpul di depan tv seperti sekarang. Bukan selalu mereka dapat berkumpul seperti ini.

"Youra yah", kepala Youra langsung menoleh memandang Tuan Moon apabila ayahnya itu memanggil namanya. Kedua keningnya diangkat tanda menyahut.

"Youra dah dapat invitation dari La Prince tak?", soal ayahnya dan Youra mengangguk sekali. Mengiyakan.

"Dapat. Tadi", jawabnya ringkas.

"Tahu tak kenapa diorang tiba-tiba percepatkan tarikh pembukaan hotel baru tu?", Tuan Moon menyoal lagi dan kali ini Youra mengerutkan dahinya. Dia pun terkejut juga tadi bila menerima kad jemputan tersebut. Tarikh yang tertera di situ bukanlah tarikh sebenar yang mereka dapat pada awalnya.

"Tak tahu pula. Youra pun pelik"

"Yoongi tak cakap apa-apa?"

Kali ini Youra diam sekejap. Nak bagitahu macam mana, mereka berhubung pun tak. Dia memandang Kevin yang ternyata turut memandang ke arahnya. Cuma adiknya sahaja yang tahu macam mana hubungannya dengan Yoongi sekarang ini. Wajah Tuan Moon kembali dipandangnya sambil tersengih kaku.

"Tak. Dia tak cakap apa-apa", jawabnya menimbulkan kerutan di dahi Tuan Moon.

"Bukan korang kawan ke?", tanya Tuan Moon penuh syak dan Youra menggigit bibirnya. Jawapan apa yang dia nak beri sekarang ni?

"Mama baru perasan. Sejak mama dan papa balik dari Itali, Youra dah tak keluar dengan Yoongi. Kenapa? Korang bergaduh ke?", sampuk Puan Moon yang tiba-tiba sahaja muncul dengan menatang dulang berisi sepinggan buah dan juga minuman serta gelas.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now