PART 8

131 12 0
                                    

"Youra ssi?"

Youra yang sedang leka termenung itu langsung mendongak memandang empunya suara yang memanggil namanya. Hampir dia melopong melihat wajah itu kerana terkejut. Baru semalam mereka masing-masing mengucapkan salam perpisahan namun hari ini, mereka bertemu kembali sedangkan mereka sepatutnya dah tak ada keperluan untuk bertemu sesama sendiri.

"Tuan Yoongi"

Tanpa dijemput, Yoongi melabuhkan punggungnya di hadapan Youra di meja yang menjadi pilihan wanita itu di kafe tersebut. Tidak diperdulikan mata Youra yang masih terkejut melihat kehadirannya. Dengan selamba juga, dia membuat pesanan pada pelayan yang hadir di meja mereka.

"Tuan buat apa kat sini?", soal Youra yang akhirnya sudah mampu bersuara sambil matanya terkebil-kebil memandang Yoongi. Yoongi memandang Youra kosong.

"Detektif Lee bagitahu yang awak nak jumpa dia so saya datanglah sekali.", jawab Yoongi selamba tanpa berterus-terang. Berkerut wajah Youra dibuatnya.

"Tuan janganlah macam ni. Kan saya dah cakap, saya akan handle sendiri benda ni. Saya tak nak libatkan tuan lagi dalam masalah saya. Nanti dia akan ganggu tuan lagi", kata Youra seakan-akan merayu tapi Yoongi tetap dengan riak kosongnya. Tangan disilangkan ke dada dan mereka berdua diam sekejap apabila seorang pelayan menghantar minuman yang dipesan oleh Yoongi tadi.

"Kita tunggu Detektif Lee sampai dulu. Then, we talk", putus Yoongi dan Youra hanya mampu melepaskan keluhan ringannya.

Mereka berdua diam tidak bersuara. Masing-masing dengan fikiran sendiri sambil sesekali membasahkan tekak dengan minuman yang terhidang di hadapan mereka. Beberapa minit berlalu dan akhirnya orang yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Kelihatan Donghae sedang terburu-buru masuk ke dalam kafe tersebut dan melangkah ke meja sambil diperhatikan oleh Youra dan Yoongi.

"Sorry saya lambat. Jalan jam tadi", alasan yang diberikan mungkin kedengaran agak clichè tapi itulah sebetulnya. Donghae memang betul-betul terperangkap dalam kesesakan jalan raya tadi. Seperti Yoongi, dia terus duduk di situ tanpa dijemput dan membuat pesanan. Tiba sahaja minuman yang dipesannya, dia pun memulakan perbicaraannya.

"Ok. Straightforward saya nak cakap. Youra ssi. Saya minta maaf sebab terpaksa ajak Yoongi ssi sekali sebab the stalker seems like he's not gonna let him go", Donghae bersuara tanpa berdolak-dalik dan itu membuatkan Youra semakin kebingungan. Donghae pandang Yoongi serius.

"Where's the note?", pintanya sambil tangan kanan dihulurkan.

Seperti mengerti, Yoongi mengeluarkan sesuatu dari kocek kotnya dan diserahkan benda tersebut kepada lelaki itu. Youra hanya memerhatikan mereka tanpa suara dan wajah Donghae yang berkerut membaca apa sahaja tulisan yang ada pada kertas itu, direnungnya.

"Youra ssi", Donghae tiba-tiba bersuara memanggil Youra dan memandang wajah wanita itu. Youra menjongjetkan keningnya, menyahut.

"Benda apa yang awak nak tunjuk pada saya tadi?", soal Donghae.

Youra teragak-agak sekejap. Wajah Yoongi dipandangnya sekejap sebelum kembali memandang Donghae. Bila melihat deektif muda tersebut mengangguk, Youra melepaskan keluhan ringan dan menyelongkar tas tangannya. Kad yang diterimanya pagi tadi dikeluarkan dan diserahkan kepada Donghae. Donghae menyambutnya dan membacanya terlebih dahulu sebelum dibandingkan kad tersebut dengan nota yang diterima oleh Yoongi. Nafas dihela ringan.

"Sejak bila awak dapat kad ni?", soal Donghae kepada Youra. Youra mengetap bibirnya.

"Dah lama jugalah. Saya pun dah tak ingat", jawab Youra jujur. Terangguk-angguk kepala Donghae.

"Ok. Jika dibandingkan tulisan yang ada kat kedua-dua kad dan nota ni dengan mata kasar, menang nampak serupa tapi saya tak boleh putuskan kalau penghantarnya dari orang yang sama. Saya kena periksa dengan teliti lagi dua-dua tulisan", jelas Donghae sambil menunjukkan kedua-dua nota dan kad tersebut kepada Youra dan Yoongi untuk dilihat sendiri oleh mereka berdua. Yoongi masih tenang tapi tidak Youra. Dia terkejut bila melihat ayat yang tertulis pada nota yang diterima Yoongi itu. Wajah Yoongi dipandangnya.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now