PART 20

133 12 2
                                    

Dengan langkah yang ringan dan hati yang senang, dia melangkah keluar dari pintu utama bangunan yang dihuninya selama beberapa bulan ini. Senyuman lebarnya terukir membalas senyuman yang diberi oleh seorang lelaki yang setia menunggunya di hadapan sebuah kereta mewah yang hitam berkilat. Lelaki dan kereta tersebut, dihampirinya.

"Peguam Ahn. Terima kasih kerana datang menjemput aku di sini", sapanya ceria dan Peguam Ahn tersenyum lagi.

"Sama-sama, Tuan. Saya juga sudah sediakan semua yang Tuan minta saya sediakan. Tinggal bahagian8 tuan sahaja lagi", dengan ringkas, Peguam Ahn melaporkan tugasan yang sudah dia selesaikan kepada tuannya itu. Siapa lagi kalau bukan Lim Hyeon.

Ya. Lim Hyeon. Lelaki yang menghendap Youra dahulu dan kerana terlalu obses, dia menjadi agresif. Macam mana dia boleh keluar? Sebab hukuman yang dijatuhkan kepadanya sudah pun ditamatkan. Atas sebab dia sudah pulih sepenuhnya. Namun, itu semua hanya lakonan semata-mata. Kalau sudah seorang psiko, buatlah apapun. Kalau dia masih tak nak melepaskan apa yang diinginkannya pergi, dia tetap seorang psiko. Penyakitnya akan menjadi semakin bertambah parah dari sebelumnya. Itulah dia sekarang.

"Bagus. Majlis tu esok kan?", Lim Hyeon menyoal dan Peguam Ahn mengangguk sekali.

"Cik Youra dan keluarganya sudahpun berangkat pergi ke sana tadi", jelasnya lagi dan kali ini Lim Hyeon hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

Sudah lama dia tidak melihat wajah milik seorang bernama Youra. Rasa rindunya semakin menebal dari hari ke hari terhadap wanita itu. Keinginannya untuk memiliki Youra juga semakin bertambah kuat dan kali ini, dia akan pastikan yang dia akan berjaya. Apapun cara yang harus dia lakukan. Kalau dia perlu mengambil nyawa sekalipun, dia tetap tidak kesah. Sebab Youra adalah miliknya seorang.

"Ok. Kita berangkat ke Gangneung sekarang. I can't wait to see my one and only women"

Bagai pak turut, Peguam Ahn hanya menurut. Pintu penumpang di bahagian belakang kereta dibukanya dan mempersilakan Lim Hyeon untuk masuk ke situ. Masuk sahaja Lim Hyeon ke dalam kereta, pintu kembali ditutup rapat dan dia memboloskan dirinya masuk ke bahagian pemandu. Tali pinggang keledar dipasang lalu tanpa membuang masa, dia memandu kereta tersebut keluar dari perkarangan hospital itu dan Gangneung menjadi destinasi utama mereka.

💋💋💋💋💋

Senyuman di bibir Yoongi langsung sahaja terukir sebaik sahaja matanya terarah pada sebuah kereta yang dipandu masuk ke dalam kawasan pintu hadapan hotel tersebut. Orang yang dinanti-nanti sedari tadi kini sudah tiba jua akhirnya. Siapa lagi kalau bukan Youra dan keluarganya.

Berhenti sahaja kereta tersebut di hadapannya, bellboy yang berada di sisinya langsung melangkah menghampiri kereta tersebut untuk melaksanakan tugas mereka. Yoongi turut sama menghampiri kereta tersebut atau lebih tepat lagi kepada tempat duduk bajagian penumpang belakang. Pintu kereta dibuka oleh pemandu keluarga Youra dan Yoongi disapa ceria oleh Tuan Moon.

"O Min Yoongi ssi. Lama tak jumpa. Apa khabar?", sambil bertanya khabar, Tuan Moon melangkah keluar dari kereta. Diikuti oleh Kevin. Puan Moon dan Youra keluar dari bahagian yang bertentangan.

"Saya sihat je. Tuan pula?", tanya Yoongi kembali. Sekadar berbasa-basi.

"Well. Masih bertenaga seperti selalu", jawab Tuan Moon mengundang tawa kecil Yoongi.

"Anyway, suite tuan sekeluarga sudah siap. I'll show you"

"Sure. Jom"

Tuan Moon terlebih dahulu membuka langkahnya masuk ke dalam bangunan hotel tersebut. Kevin mengekori dari belakang dan sempat tersenyum kepada Yoongi. Begitu juga dengan Puan Moon yang cepat-cepat mengambil tempatnya di sisi Tuan Moon yang berhenti sekejap untuk menunggunya sebelum mereka berdua meneruskan langkah beriringan masuk ke situ sambil berpegangan tangan.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now