Pukul 11 pagi dan Youra masih berkurung di dalam bilik milik Yoongi ini. Dia yang lewat bangun, kini sudahpun membersihkan dirinya dan sekarang, dia teragak-agak untuk keluar dari sini. Semuanya gara-gara kejadian malam semalam. Bila teringat kembali perkara itu, mulalah seluruh tubuhnya terasa berbahang. Bukan sebab marah tapi malu.
Ketika dia bangun tadipun, Yoongi masih terlena di sebelahnya sambil erat memeluknya dan bila sahaja dia keluar dari bilik mandi, kelibat Yoongi sudah kelihatan dan katil yang berantakkan sudah dikemaskan. Siap berganti cadar baharu. Semestinya oleh Yoongi. Lama sungguh dia berada di dalam tandas tadi sehinggakan Yoongi ada masa untuk melakukan semua itu.
Dilihat cadar yang sudah disumbatkan di dalam bakul yang tersedia di sebelah pintu bilik itu, rasa malunya kian bertambah. Kalau ikutkan hati, nak saja dia angkut masuk cadar tersebut ke dalam bilik mandi dan mencucinya sendiri. Malu dia kalau pembantu rumah keluarga Yoongi yang melakukannya. Entah apa yang mereka fikir nanti. Lagi terus kalau mereka beritahunya kepada orang tua Yoongi. Habislah dia nanti. Youra menggigit kuku jarinya gara-gara takut memikirkan semua kemungkinan yang akan berlaku.
TOK TOK!
"Moon Youra ssi? Tak nak turun sarapan ke?"
Ketukan di pintu yang diiringi dengan suara Yoongi itu membuatkan kepala Youra cepat sahaja terhala pada pintu bilik yang tertutup rapat itu dengan mata yang sudah terbuka luas. Air liur ditelan payah dan panggilan Yoongi hanya diabaikan tanpa bersahut sebab sesungguhnya dia buntu sekarang ini.
"Youra?"
Diluar bilik, Yoongi sudah berkerut dahi dengan keheningan yang diterimanya. Selalunya cepat sahaja Youra menyahut panggilannya tapi sekarang. Biliknya yang didiami Youra itu bagaikan tiada orang. Senyap sepi. Kerana tertanya-tanya, tangan Yoongi memegang tombol pintu dan dipulas lalu perlahan-lahan dia menolak daun pintu yang tidak berkunci tersebut.
Melihat pintu yang sudah terbuka itu, Youra mula gelabah. Sekeliling dipandangnya. Seakan-akan mencari cara untuk mengelak Yoongi tapi satu apapun dia tak boleh fikir dan akhirnya, dia duduk bersila dan bersandar di hujung katil lalu memeluk lututnya sambil wajah dibenamkan di situ. Mata dipejam rapat. Tak ubah seperti kanak-kanak, dia rasakan Yoongi tak akan nampak dia kalau dia tak nampak lelaki itu.
"Youra ssi. Awak buat apa?"
Namun, kalau dah duduk menghadap pintu seperti itu, memang terang-teranglah Yoongi boleh nampak dia. Terkejut Yoongi melihat Youra seperti itu sambil kaki tetap mendekati wanita itu dan melabuhkan punggungnya di sisi Youra. Wajah Youra cuba dicarinya. Lengan Youra juga dicucuk-cucuk dengan jari telunjuknya. Nak kata Youra menangis, tak pula dia dengar esakan. Tubuh Youra pun kaku sahaja.
"Youra~~", meleret suara Yoongi memanggil nama Youra dengan wajah yang masih kebingungan.
"Awak ok tak ni?", soal Yoongi lagi bila Youra masih tidak menyahut.
Akhirnya dia boleh dengan Youra mengeluh ringan dan wanita itu akhirnya mengangkat wajahnya. Dengan mata yang kuyu, Youra memandang wajahnya. Dapat dia lihat wajah Youra yang jelas kemerahan. Apa sebabnya, Yoongi masih belum tahu. Dia memang. Lambat sikit nak faham situasi.
"Saya malu", lambat-lambat, Youra berlaku jujur dengan perasaannya sekarang ini.
Yoongi ternganga sekejap sebelum akhirnya melepaskan tawa kecilnya. Sekarang barulah dia faham situasi sepenuhnya. Tak sangka, zaman sekarang pun masih ada wanita seperti Youra yang menjadi malu setelah apa yang berlaku di antara mereka berdua semalam.
"Kenapa awak gelak? At the same time, saya pun rasa takut, tahu tak? Saya takut kalau awak akan tinggalkan saya lepasni ataupun hubungan kita ni takkan menjadi"
YOU ARE READING
HIS SEÑORITA [Completed✔]
Fanfic[Status : Completed] Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Itulah pepatah yang saling didengari. Begitulah juga dengan Yoongi. Walaupun dia pernah menemui kegagalan paling besar dalam hidupnya tapi akhirnya dia menemui sesuatu yang kembali mem...