Youra bernasib baik bahawa dia tidak mengalami apa-apa kecederaan serius ataupun luka-luka kecil melainkan lebam di bahagian lehernya akibat hentakan kuat malam semalam. Itupun dia tidak lagi merasakan apa-apa kesakitan di situ. Oleh itu, dia cuma dirawat ringkas oleh jururawat di wad kecemasan ini. Pakaiannya juga sudah ditukar ke pakaian pesakit hospital yang lebih bersih dan tidak berlumuran darah seperti dress yang dipakainya tadi.
Kembali pada soal darah pada dressnya, Yoongi saat ini masih lagi dalam ruang pembedahan dan dia di sini masih belum mendengar apa-apa berita lagi mengenai lelaki itu. Dia sudah berkeras untuk menunggu Yoongi di luar bilik pembedahan tapi tahap kedegilan Jungkook lebih tinggi darinya. Atas desakan Jungkook jugalah, dia rela menerima rawatan ini.
"Cik rehatlah dulu"
Youra hanya mengangguk lemah dan jururawat yang merawatnya itupun berlalu pergi. Diperhatikan jururawat itu sehingga jauh darinya dan dengan pantas, dia turun dari katil. Menyarung seliparnya dan langkah cepat diatur menuju ke bilik pembedahan kecemasan. Tempat di mana Yoongi sedang menerima rawatan. Sungguh dia tak boleh duduk diam seperti ini tanpa mengetahui perkenbangan lelaki itu.
Tiba di situ, dia terus menghampiri Jungkook dan Sangyeon yang sedang duduk di atas bangku di luar ruangan tersebut. Kehadirannya agak mengejutkan meka berdua tapi Youra hanya mengabaikan reaksi kedua-dua lelaki itu. Sangyeon yang sudah berdiri dan memberi tunduk hormat kepadanya itu juga turut diabaikan. Baginya sekarang, Yoongi lebih penting. Dia takkan tenang sehinggalah dia yakin bahawa Yoongi akan baik-baik sahaja.
"Youra ssi. Kenapa dat..."
"Saya dah terima rawatan. Yoongi macam mana?", belum pun sempat Jungkook menghabiskan soalannya, Youra terus sahaja mencantas. Jungkook mengeluh ringan dan menggelengkan kepalanya.
"Duduk dulu. Kita tunggu sama-sama. Jangan risau, Yoongi akan selamat. I know", kata Jungkook lembut dan yakin.
Ketika dia melihat kesan tikaman Yoongi tadi, dia tahu bahawa Yoongi tidak akan mengalami apa-apa situasi serius pun. Dia tahu sebab dia sudah pernah lalui bermacam-macam luka yang ringan mahupun teruk. Kira bernasib baiklah yang Yoongi hanya ditikam dari belakang dan pisau yang digunakan pun cuma pisau kecil.
"Tapi..."
"Duduk, Moon Youra ssi"
Mendengar arahan Jungkook yang lebih tegas itu, akhirnya Youra pun melabuhkan punggungnya di atas bangku di sebelah Jungkook. Sangyeon juga kembali duduk. Youra menundukkan wajahnya merenung ke arah lantai. Dia sudah puas menangis tadi jadi sekarang, biarlah dia menahan dirinya dari terus mengalirkan air mata. Dia tak mahu memenatkan diri sendiridan dia akan berpegang pada kata-kata Jungkook yang Yoongi akan baik-baik sahaja.
"Family awak belum sampai lagi?", soal Jungkook ingin tahu. Youra menggeleng perlahan.
"Kejap lagi kot", jawabnya lebih jelas. Jungkook mengangguk-angguk.
"First of all, kami minta maaf sebab terpaksa ceritakan semuanya pada family awak. Rahsia seperti ini tak oleh disimpan lama-lama lagi-lagi bila lelaki tu dah buat tindakan drastik macam ni. He left us no choices", kata Jungkook menjelaskan keadaan dan Youra hanya tersenyum nipis. Wajah Jungkook dipandangnya.
"It's okay. Saya dah boleh agak dah. Kalau bukan sekarang pasti family saya tahu juga pasal ni satu hari nanti"
Jungkook tersenyum bersetuju dan kembali mengalihkan pandangannya memandang ke hqdapan. Begitu juga dengan Youra. Dia menyandarkan tubuhnya dan merenung dinding di hadapannya. Sunyi menjengah di situ selama beberapa minit hinggalah akhirnya seorang doktor keluar dari bilik bedah tersebut. Serentak Youra, Jungkook dan Sangyeon berdiri dan memandang wajah doktor itu yang sedang mendekati mereka mereka dengan senyuman.
YOU ARE READING
HIS SEÑORITA [Completed✔]
Fanfiction[Status : Completed] Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Itulah pepatah yang saling didengari. Begitulah juga dengan Yoongi. Walaupun dia pernah menemui kegagalan paling besar dalam hidupnya tapi akhirnya dia menemui sesuatu yang kembali mem...