PART 19

144 12 1
                                    

"Good morning, Kevin. Adik noona yang paling comel di dunia!"

Tersedak Kevin yang sedang menikmati sarapannya di meja makan itu apabila disapa sebegitu rupa oleh Youra. Sambil terbatuk-batuk kecil, matanya memandang ke arah kakaknya yang sedang mengambil tempat di hadapannya di meja makan tersebut. Dahinya langsung berkerut apabila melihat Youra yang terlebih ceria dari kebiasaannya. Wajah pun berseri-seri semacam.

"Noona ni ok ke tak?", soalnya lalu meneguk air kosong untuk meredakan tekaknya yang terasa sakit. Youra memandang Kevin dan tersenyum.

"I'm more than ok. Jangan risau. Noona masih waras lagi", jawabnya lalu mula memakan sarapan ringkasnya sebelum dia berangkat untuk pergi ke tempat kerja.

Gelas kembali diletakkan di atas meja tapi mata Kevin tetap memandang curiga ke arah Youra. Dia tahu, Youra jadi seperti ini pasti bersebab. Apa sebabnya, itu yang dia harus korek sekarang ini. Dia berdehem.

"Did something good happened to you, noona?", soalnya dengan serius.

"Kevin akan tahu nanti.", namun hanya itu jawapan yang diberikan Youra kepada Kevin.

Kevin menjuihkan bibirnya lalu mencebik. Kalau dah Youra cakap macam tu, dia paksalah banyak mana pun, Youra takkan memberitahunya. Bukan dia tak kenal kakaknya itu. Pandai sungguh mengelak dari menjawab soalan. Akhirnya dia hanya membiarkan sahaja Youra dengan apa-apa sahaja yang dialami oleh wanita itu sekarang ini.

💋💋💋💋💋

'Good morning, Mr Yoongi! How are you today? Dah makan ubat tak?' - MISS YOURA👄

Tidak dapat Yoongi menahan dirinya dari terus tersenyum bila membaca mesej dari Youra tersenyum. Rancak jari jemarinya menekan sesuatu di atas skrin telefon pintarnya untuk membalas mesej tersebut.

'Good morning too. Saya dah sehat dah. Thanks to you sebab jaga saya 2 hari ni. Demam saya cepat je hilang. Hari ni saya masuk ofis balik.' - MR YOONGI💢

Selesai sahaja dia menghantar mesej tersebut, pintu lif yang dinaikinya akhirnya terbuka dan dia melangkah keluar dari situ menuju ke pejabatnya. Bila ada pekerja yang menegurnya, dia hanya tersenyum nipis dan bila dia semakin menghampiri meja Sangyeon, kelihatan setiausahanya sedikit terlejut melihat kehadirannya di situ. Kelam-kabut Sangyeon berdiri untuk menyambut bosnya itu.

"Tuan. Tuan dah sehat ke?", soal Sangyeon setelah memberi tunduk hormat kepada Yoongi yang kini berdiri di hadapan mejanya. Atas bawah dia pandang Yoongi. Risau kalau Yoongi masih belum sehat sepenuhnya.

"Jangan risau. Saya dah sehat dah", jawab Yoongi dan Sangyeon tersenyum lega. Serta-merta dia teringat akan panggilan yang dia terima tempoh hari. Senyuman penuh misteri mula terukir di bibirnya.

"Ni mesti sebab ada orang tolong jaga Tuan, kan?", soalnya sengaja ingin mengusik Yoongi. Sekali-sekala nak usik bos, apa salahnya. Yoongi ketawa kecil.

"Cik Youra call awak kan?", soalnya Yoongi menebak situasi dan Sangyeon mengangguk. Yoongi tersenyum nipis.

"Saya minta maaflah sebab bagi nombor awak pada dia but don't worry. Dia cuma akan call awak if dia tak dapat call saya", jelas Yoongi dan Sangyeon tersenyum.

"Saya kena jadi emergency line lah ni?"

"Kinda"

Sangyeon ketawa kecil. Nampaknya bertambahlah satu lagi tugas penting buatnya tapi dia tak kesah. Janji dia boleh nampak Yoongi segembira ini sekarang ini. Walaupun dia tak tahu apa hubungan Yoongi dengan Youra sekarang ini tapi dia cuma berharap agar hubungan itu berkekalan.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now