Seminggu berlalu sejak kejadian surat layang itu tapi Yoongi tidak melakukan apa-apa mengenainya. Memberitahu Youra pun tidak kerana dia tidak mahu perkara itu akan mengganggu kerja wanita itu. Lagi-lagi pada minggu pertama yang penting ini. Lagipun, dia tidak lagi menerima apa-apa surat amaran dan kelibat itupun, dia sudah tidak nampak lagi. Ianya bagaikan lesap begitu sahaja dan rasanya, dia tidak perlu risaukan sangat tentang perkara itu. Apa yang penting adalah La Prince IV.
Sekarang ini, Eunji dan pekerja-pekerja syarikatnya sudahpun memulakan tugas mereka untuk menyiapkan rekaan dalaman setiap bilik yang ada di sini setelah seminggu berbincang mengenainya dan setelah mendapat lampu hijau dari Jungkook sendiri. Begitu juga dengan Youra. Wanita itu sudahpun mengarahkan kilang perabot syarikatnya untuk menyediakan kesemua perabot yang dimahukannya dalam jumlah kuantiti yang agak banyak dan sekarang mereka hanya menunggu untuk perabot-perabot tersebut dihantar ke sini.
Mungkin sekarang, kerja mereka tidaklah banyak mana tapi mereka tetap sentiasa perlu berada di situ untuk memantau kerja-kerja fasa terakhir itu dilakukan sebab bahagian yang melibatkan bilik penginapan inilah yang paling penting sekali. Tidak boleh terdapat walau sekecil kuman kesilapan pun di situ. Kalau ada, belum apa-apa lagi, memang aduanlah yang mereka akan terima sebaik sahaja hotel ini menerima pelanggannya.
"Ahhh. Penatnya."
Youra duduk bersandar pada dinding kaki lima tersebut untuk melepaskan lelahnya. Walaupun dia sebenarnya tidak perlu pun berada di sini tapi dia tetap mahu membantu Eunji untuk memantau segala kerja pengubahsuaian itu. Bukan Eunji tidak ada pembantu lain. Ada, malah ramai yang berada di bawah kumpulan Eunji tapi dia tetap ingin turun membantu. Dia lebih suka berada di sini daripada duduk di bilik asrama pekerja tu seorang diri.
"Penat?", Eunji menyoal sambil melabuhkan punggungnya di atas lantai bersebelahan dengan Youra itu. Youra ketawa kecil.
"Penat jugalah. Tak sangka. Kerja awak ni betul-betul memenatkanlah. Awak boleh tahan dengan semua ni, eh?", jawab Youra dan melontarkan soalan pada Eunji yang sudah tersenyum itu.
"Dah minat. Even banyak kerja tapi saya suka buat semua ni. Macam awak juga. Saya tahu bukan mudah nak hasilkan perabot yang berkualiti tinggi. Reka macam-macam. Lepastu, kena padankan pula diantara berjuta-juta perabot tu dengan suasana bilik. So tiring but yeah. The passions what makes us to keep doing it", kata-kata Eunji itu betul-betul dipersetujui oleh Youra. Minat itu penting dalam melakukan sesuatu. Tak kiralah seberat mana pun kerja tu.
"Anyway. Kalau awak penat, awak balik bilik jelah. Lagipun dah nak malam ni", Eunji bersuara lagi. Kasihan pula dia tengok Youra yang sedang keletihan ini.
"Tak apalah. Plus, macam mana saya nak balik? Mr. Yoongi tu masih buzy dengan kerja dia. Dia kat mana sekarang ni pun, saya tak tahu", kata Youra sambil tersenyum nipis. Meletus tawa Eunji mendengarnya. Dia dah sedia tahu tentang panggilan Youra kepada Yoongi tapi entahlah. Dia rasa kelakar pula bila Youra memanggil Yoongi macam tu.
"Betul juga. Kalau macam tu, awak pergilah mana-mana. Sky garden ke. Boleh tengok sunset", cadang Eunji. Youra mengerutkan dahinya.
"Sky garden?"
Eunji mengangguk dengan kedua kening diangkat.
"Yeah, kat rooftop hotel ni. Tempat tu je yang dah fully siap dalam hotel ni. Pergilah sana. Rehatkan minda. Lagipun, awak belum pergi sana lagi kan?"
Youra mengangguk-angguk. Memang dia tidak pernah pergi ke bumbung bangunan ini kerana dia lebih memfokuskan pada bilik-bilik penginapan sahaja. Lainlah Eunji. Kawasan itu sudah semestinya termasuk dalam skop kerjanya. Kerja bahagian lanskap, dia juga yang menguruskannya. Bangga betul dengn Eunji. Bukan setakat boleh reka hiasan dalam malah boleh reka hiasan luaran.
YOU ARE READING
HIS SEÑORITA [Completed✔]
Fanfiction[Status : Completed] Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Itulah pepatah yang saling didengari. Begitulah juga dengan Yoongi. Walaupun dia pernah menemui kegagalan paling besar dalam hidupnya tapi akhirnya dia menemui sesuatu yang kembali mem...