Itu semua adalah satu rancangan. Youra hampir tertipu tapi sudah agak terlambat untuknya melindungi hatinya sendiri dari terus terluka. Luka yang dia ada sekarang agak dalam dari yang sepatutnya dan dia tak tahu samada luka itu boleh dirawat ataupun tak. Semuanya bergantung pada Yoongi yang kini duduk bersebelahan dengannya di hadapan Detektif Donghae di dalam balai polis ini.
"Lim Hyeon. 34 tahun. Penganggur dan hanya bergantung pada harta peninggalan orang tuanya. Well, let's say. He's rich without effort"
Satu-persatu penerangan dari Donghae mengenai penghendapnya selama ini didengari Youra dengan hati yang kosong. Memang satu berita gembira buatnya apabila penghendap yang selama ini diburu oleh mereka, akhirnya tertangkap jua. Rancangan rahsia Yoongi membuahkan hasil yang sangat memuaskan buat mereka tapi yang menganggung kesan buruknya adalah Youra. Sedari tadi dia tidak tersenyum langsung. Hanya wajah yang dingin terpamir pada wajahnya saat ini.
"So semuanya dah sattlelah kan?", soalnya tidak berminat langsung tentang penghendap bernama Lim Hyeon itu membuatkan Donghae terkebil-kebil sekejap memandangnya.
"Ermm. Even ada a few things lagi yang cik kena lakukan but it's sattled now. Penjenayah pun dah ditangkap", pun begitu, Donghae tetap menjawab. Youra tersenyum nipis.
"Then. Saya balik dulu. Terima kasih atas usaha detektif selama ini. Selamat malam"
Tanpa berlengah, Youra langsung berdiri dan beredar. Sedikit pun tidak memandang ke arah Yoongi yang sedari tadi memandangnya. Yoongi mengeluh berat dan keluhannya menarik perhatian Donghae kepadanya. Donghae tersenyum nipis memandang Yoongi.
"I've told you. You're gonna hurt her if you proceed with your plan. Semua maklumat tentang Lim Hyeon yang diberikan oleh orang-orang Jungkook tu dah cukup untuk aku. Kau tak perlu buat macam tu untuk biar dia tunjuk diri dia dan serang kau tadi."
"Tapi. Kalau aku tak buat macam tu, korang takkan dapat tangkap dia. He's so clever and he knows how to avoid himself from being captured", Yoongi bersuara keras mempertahankan diri dan tindakannya tadi.
Donghae menggelengkan kepalanya. Dia sendiri pun tak faham apa yang bermain di dalam fikiran Yoongi sekarang ini. Sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tapi persoalan sebenarnya sekarang, adakah Yoongi melakukan semua ini kerana Youra ataupun kerana dirinya sendiri yang mungkin tak tahan dari terus dikaitkan dalam hal yang tak ada kena-mengena langsung dengannya?
"Whatever it is, kau kena minta maaf pada Youra. Slow talk dengan dia kalau kau tak nak dia benci kau. Hati perempuan ni, kita tak boleh buat main, Yoongi", nasihat Donghae ringkas sebelum berdiri dan beredar ke bilik soal siasat. Melakukan tugas terakhirnya untuk malam ini.
Yoongi yang ditinggalkan bersendirian di situ mengeluh lagi. Tubuhnya disandarkan dan wajahnya diraup. Pintu keluar dari unit itu direnungnya dan dia menjadi semakin berserabut memikirkan keadaan Youra sekarang ini. Akhirnya dia berdiri dan berlari keluar dari unit tersebut, sekaligus keluar dari balai polis itu. Youra dicarinya.
💋💋💋💋💋
Langkah Youra sangat perlahan sekarang ini sehinggalah dia akhirnya tiba di sebuah perhentian bas. Punggungnya dilabuhkan disitu untuk merehatkan sebentar mental dan fizikalnya yang tersangat penat sekarang ini.
Oleh kerana hari sudah larut malam jadi dia tak sampai hati untuk meminta Yoon ahjussi datang menjemputnya jadi dia membuat keputusan untuk naik teksi sahaja untuk pulang dan cuma perhentian bas sahaja yang menjadi persinggahannya.
Youra memandang sekeliling. Perhentian bas tersebut sangat sunyi. Cuma ada seorang dua ada di situ. Mungkin sedang menunggu bas. Youra mengeluh dan menundukkan wajahnya. Sedang dia termenung, tanpa sedar, dia menitiskan air matanya. Lama-kelamaan, ianya bertukar menjadi tangisan dia dia menekup wajahnya sekaligus menahan esakannya dari keluar.
YOU ARE READING
HIS SEÑORITA [Completed✔]
Fanfiction[Status : Completed] Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Itulah pepatah yang saling didengari. Begitulah juga dengan Yoongi. Walaupun dia pernah menemui kegagalan paling besar dalam hidupnya tapi akhirnya dia menemui sesuatu yang kembali mem...