Youra pandang Kevin. Kevin pandang Youra. Seorang berwajah geram manakala seorang lagi berwajah selamba sambil tersenyum manis. Yoongi pula berdiri di tengah-tengah memerhatikan dua beradik itu sambil tersenyum lucu. Dia pun terkejut juga sebenarnya apabila Kevin tiba-tiba muncul keliar dari pintu pagar rumah apabila dia tiba di situ untuk menjemput Youra. Lagi terkejut bila Kevin ingin ikut bersama dengan mereka.
"Kevin tak payahlah ikut noona. Pergilah keluar dengan kawan-kawan"
"Kawan-kawan Kevin semua buzy. Kevin nak ikut noona. Dah lama tak pergi rumah cuti kita dekat pulau tu"
Itulah perbalahan kedua beradik itu sedari tadi. Sebenarnya hari ini dia dan Youra akan pergi ke pulau untuk sehari. Youra yang mengajaknya dan dia cuma setuju sahaja tapi tak sangka pula dia boleh tengok drama dua beradik ni di pagi-pagi hari macam ni.
"It's okay, Youra. Biar dia ikut. Lagi ramai lagi meriah", Yoongi akhirnya bersuara mencelah diantara perbalahan tersebut. Kevin tersenyum puas hati manakala Youra memandang Yoongi dengan riak jelas tak suka.
"Tapi saya nak pergi dengan awak je. Dia ni gangguan tahu tak?"
"Noona. Kevin janji, Kevin tak ganggu date noona dengan Yoongi hyung. Promise", Kevin menyampuk dengan selamba badak menggelar Yoongi dengan gelaran tidak formal. Semakin membesar kelopak mata Youra memandang adiknya itu. Suka hati kaki dia je nak panggil orang 'hyung'.
"What? Dia dah jadi boyfriend noona kan? Tak salah rasanya kalau Kevin panggil dia hyung. Kan, Yoongi hyung?", seperti mengerti maksud renungan maut yang diberikan Youra itu, Kevin bersuara lagi dan kali ini dia menyoal Yoongi pula.
Yoongi hanya tersenyum dan mengangguk menyatakan bahawa dia tidak kesah Kevin memanggilnya seperti itu lagipun janggal rasanya kalau family Youra masih memanggilnya dengan gelaran 'tuan' padahal dia dan Youra dah rapat. Jam tangannya di tilik. Dah masuk pukul 8 pagi dan mereka kena tiba di pelabuhan feri tak lama lagi. Youra kembali dipandang.
"Jom pergi. Terlepas feri nanti", ajaknya kepada Youra yang kebetulan memandang ke arahnya.
Youra akhirnya melepaskan keluhan berat. Kevin kembali dipandang. Adiknya itu sekarang tersengih-sengih bak kerang busuk. Suka sangatlah tu dapat pergi bersama. Entah apa yang seronok sangat jadi langau, ganggu orang nak meluangkan waktu bersama. Hilanglah segala bayangan romantik yang dia bayangkan sedari malam semalam dengan adanya Kevin.
"Bawa barang masuk bonet", arahnya kepada Kevin lalu melangkah masuk ke tempat duduk sebelah pemandu kereta milik Yoongi itu.
Kevin ketawa kecil dan memandang ke arah Yoongi. Yoongi hanya menggeleng lalu mereka berdua pun sama-sama memasukkan beberapa barang yang diperlukan nanti masuk ke dalam bonet kereta. Selesai semuanya, Kevin masuk ke tempat duduk belakang manakala Yoongi pergi ke tempat pemandu. Maka bermulalah perjalanan mereka pada pagi itu.
💋💋💋💋💋
Tiada yang lebih mendamaikan dari menikmati waktu pagi dengan hembusan angin laut yang menerpa diri. Lagi-lagi apabila berada di atas feri seperti sekarang. Tak lepas mata Yoongi memandang pemandangan yang ada di hadapannya sekarang ini. Sangat cantik, tenang dan dingin. Leka dia jadinya sehinggakan Youra yang sudahpun berada di sebelahnya, dia tidak sedar.
"First time naik feri ke?"
Tersentak Yoongi bila ada suara tiba-tiba di sebelahnya dan dia langsung menoleh. Senyuman diukir bagi membalas senyuman yang diberikan oleh Youra sebelum dia kembali memandang ke hadapan. Dagunya direhatkan di atas palang besi pagar feri tersebut dengan beralaskan lengannya sendiri. Youra pula menyandarkan tubuhnya di situ sambil mata masih memandang lelaki tersebut.
YOU ARE READING
HIS SEÑORITA [Completed✔]
Fanfiction[Status : Completed] Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Itulah pepatah yang saling didengari. Begitulah juga dengan Yoongi. Walaupun dia pernah menemui kegagalan paling besar dalam hidupnya tapi akhirnya dia menemui sesuatu yang kembali mem...