PART 22

115 14 5
                                    

'We found her. Meet me at my suite' - JEON JUNGKOOK

Kerana mesej itu, di sinilah Yoongi sekarang. Melangkah dengan pantas menuju ke Suite khas milik Jungkook. Tak dapat dia gambarkan perasaan dia sekarang ini. Mungkin lega sebab lokasi Youra sudahpun diketahui dan juga turut berasa risau dengan keadaan wanita itu. Risaunya dia sehingga dia langsung tidak tidur malam semalam. Hanya duduk menunggu khabar berita dari Jungkook mahupun Donghae.

Tiba di hadapan pintu bilik Jungkook, Yoongi langsung menekan loceng pintu tersebut. Dia tidak menunggu lama di situ apabila pintu akhirnya dibuka tidak lama kemudian. Wajah Hyun Rin menyapa pandangan matanya dan dia memberi tunduk hormat kepada wanita itu lalu tersenyum nipis. Hyun Rin membalas senyumannya.

"Jungkook ada kat dalam. Masuklah. Saya nak keluar kejap", Hyun Rin bersuara sambil membuka luas pintu tersebut.

Yoongi hanya menurut dan melangkah masuk ke dalam suite itu. Bila sahaja Hyun Rin keluar dari situ dan menutup pintu, dia pun membuka langkah menuju ke ruang tamu. Di situ dia dapat lihat Jungkook sedang tenang duduk di atas sofa sambil bermain dengan telefon pintarnya.

"Jungkook ah", sapanya ala kadar lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa bujang yang kosong. Jungkook mengangkat wajah memandangnya lalu tersenyum nipis.

"Lena tak tidur semalam?", soal Jungkook sekadar membuka kata sambil meletakkan telefon pintarnya di atas meja kaca di hadapannya. Yoongi menghela nafas.

"Memang taklah. Hyung langsung tak tidur semalam. Risau", jawabnya tanpa berselindung lagi. Semakin lebar senyuman Jungkook bila mendengarnya.

"Sekarang tak payah risau lagi dah. Kitorang dah tahu buah hati hyung tu kat mana and she still in a good condition. Based on pemerhatian orang-orang akulah. Aku pun dah bagitahu location Youra dekat Detektif Donghae and dia kena buat meeting dengan pegawai dekat sini dulu. Rancang strategi then baru diorang buat serbuan", jelas Jungkook dengan tenang dan Yoongi tertarik pada nama Donghae yamg telah dibangkitkan Jungkook.

"Dia ada kat sini?", soalnya sedikit terkejut.

"Dah kes ni kes dia. Mestilah dia ada kat sini. Aku pun baru tahu sebenarnya bila aku call dia tadi nak bagi info", Jungkook menjawab. Yoongi mengangguk-angguk.

"Hyung nak location Youra. Hyung nak cari dia", pinta Yoongi tiba-tiba dengan wajah yang serius. Jungkook menghela nafas ringan. Dia dah boleh agak dah permintaan Yoongi yang satu ini.

"Hyung. Please. Biar polis je yang handle benda ni. Jangan membahayakan diri", Jungkook cuba mengalang tapi kalau dah seseorang tu nekad, memang taklah dia nak berdiam diri. Begitulah Yoongi sekarang.

"I don't care, Jungkook. Hyung tak boleh tenang dan duduk diam macam ni. I want to find her by myself. Please. Plus, I know your people can cover me up"

Lama Jungkook diam. Wajah Yoongi direnungnya dan kelihatan lelaki itu memang tidak ada tanda-tanda ingin mengalah langsung. Akhirmya keluhan berat terlepas dari mulut Jungkook. Telefon pintarnya kembali dicapai dan dia menekan-nekan sesuatu di atas skrin. Bila sudah selesai, bunyi notifikasi dari telefon pintar Yoongi pula kedengaran. Yoongi mengeluarkan telefon pintarnya dan memeriksa lokasi yang dihantar Jungkook itu.

"Be safe dan jangan bertindak sendirian. My people will lead the way for you", Jungkook bersuara tegas dan Yoongi tersenyum.

"Thanks, Jungkook ah"

Selesai mengucapkan ucapan terima kasih tersebut, Yoongi terus berdiri dan melangkah keluar dari suite tersebut. Jungkook yang masih berada di tempatnya, mengeluh berat dan menyandarkan tubuhnya pada sofa. Dia mula mendail nombor seseorang dari telefonnya lalu telefon dilekapkan pada telinga. Baru beberapa deringan kedengaran, cepat sahaja panggilannya dijawab oleh orang yang didail.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now