PART 6

135 13 1
                                    

Rasa sakit di kepala membuatkan Youra terjaga dari tidurnya pada pagi itu. Kepala dipicit perlahan bagi meredakan kesakitan walau sedikit lalu dia bangkit dan duduk di atas katil tersebut. Kot panjang yang masih tersarung pada tubuhnya ditanggalkan meninggalkan dia hanya memakai dress berwarna putih tanpa lengan itu. Rambut panjangnya diikat dan disanggul tinggi dan dia membuat senaman ringkas untuk melegakan ketegangan pada lehernya.

Youra berdiri dan sekali lagi regangan ringkas dilakukan untuk kesemua bahagian tubuhnya. Kemudian, barulah dia melangkah keluar dari bilik tidur tersebut dan melangkah ke dapur mini untuk mengambil air buat dirinya. Peti ais dibuka dan sebotol air mineral dikeluarkan dari situ. Pintu peti ais ditutup sambil dia membuka penutup botol tersebut lalu meneguk isinya dengan rakus. Kering pula rasa tekak sekarang ni.

Puas minum, dia kembali meletakkan botol tersebut di dalam peti ais dan mengatur langkahnya menuju ke tandas untuk mencuci mukanya. Ketika dia ingin memulas tombol pintu tandas, dia terkaku sekejap. Kelopak matanya langsung terbuka luas. Dia tak salah tengok kan tadi? Kat sofa dia ada orang sedang tidur, kan?

Sekali dua, Youra mengelipkan matanya lalu dia memberanikan diri untuk memusingkan tubuhnya menghadap ruang tamu dan dia betul. Ada sekujur tubuh sedang enak berbaring di situ sambil wajah ditekup dengan kusyen. Tubuh itu tidak bergerak menandakan bahawa orangnya sedang terlena.

Youra melangkah menghampiri orang tersebut dengan penuh berhati-hati. Semakin dia dekat, semakin kuat jantungnya berdetak sehinggalah dia akhirnya berhenti di hadapan sofa tersebut. Atas bawah dia melihat tubuh itu. Kejap. Youra berkerut dahi. Dia macam kenal je dengan seluar dan baju lengan panjang berwarna hitam tu.

"Tuan Yoongi?", katanya cuma mengejutkan orang tersebut sambil tangannya menarik kusyen yang menutup wajah lelaki itu. Memang dia tak silap lagi. Itu Yoongi!

"Tuan", kejutnya sekali lagi dan kali ini Yoongi memberi tindak balas.

Yoongi menggeliat sedikit sebelum matanya dicelikkan. Bila wajah Youra menyapa pandangannya, dia langsung bangun dan duduk bersandar di atas sofa tersebut. Wajahnya diraup dan kini kelopak matanya sudah celik sepenuh. Wajah penuh tanda tanya Youra dipandang kembali.

"Tuan tidur sini?", soal Youra masih lagi terkejut.

"Saya penat lepas hantar awak ke sini. Saya ingat nak rehat kejap je kat sofa ni tapi tak sedar pula saya tertidur. Sorry", jawab Yoongi auta semata-mata sambil mencapai topinya yang terletak di atas meja di hadapan sofa itu.

Perihal kamera yang dia jumpai semalam, biarlah kekal menjadi rahsia sebab dia tak mahu menakutkan wanita itu. Rambutnya dikuak dan topi dipakai lalu dia berdiri tepat di hadapan Youra. Mendongak Youra memandang wajahnya.

"Tuan hantar saya ke sini?", Youra menyoal lagi inginkan kepastian dan Yoongi mengangguk.

"Saya seorang je yang tak mabuk. Nak harap Eunji hantar awak, dia sendiri pun tak boleh nak jalan dengan betul so sayalah yang kena hantar awak. Dahlah. Saya nak masuk bilik saya. Nanti saya hantar awak ke stesen"

Sejurus selepas itu, Yoongi pun beredar keluar dari bilik tersebut. Tutup sahaja pintu, kini tinggallah Youra sendirian di situ yang masih lagi dalam keadaan bingung. Yoongi tidur di sini? Sepanjang malam. Youra tersenyum sendiri. Rasa macam Yoongi sedang jaga dia pula sepanjang malam.

"Hailah, Mr Yoongi", gumamnya lalu kembali menyambung niatnya untuk masuk ke dalam tandas. Nak bersiap untuk pulang ke Seoul.

💋💋💋💋💋

Youra dan Yoongi tiba lebih awal di stesen tersebut dari waktu Youra akan bertolak. Oleh itu, sempat jugalah mereka mengisi perut mereka yang sedang lapar. Selesai makan, mereka berdua duduk menunggu di kawasan menunggu. Yoongi setia menemani Youra walaupun dah berkali-kali Youra menyuruhnya pulang tapi lelaki itu tetap enggan dan akhirnya Youra mengalah. Lagipun, dia sebenarnya suka bila ditemani oleh Yoongi. Lepasni, tak tahulah bila dia boleh berjumpa lagi dengan lelaki tu.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now