PART 12

133 15 0
                                    

Myeongdong. Tempat yang sentiasa meriah dengan para pencinta makanan jalanan. Bau makanan yang sedang dimasak panas juga membangkitkan selera makan siapa sahaja yang berkunjung di situ. Youralah salah seorangnya. Perutnya mula berkeroncong kelaparan tapi dia perlu menunggu Yoongi terlebih dahulu sebelum boleh menjelajah di situ. Meliar-liar matanya mencari bayang Yoongi di antara orang ramai.

Tidak lama kemudian, akhirnya matanya ternampak susuk tubuh Yoongi yang masih lengkap bersut hitam sedang melangkah tenang menghampirinya. Dia tersenyum. Nampaknya, kedua-dua mereka masih lagi dalam pakaian kerja. Malas nak balik tukar baju. Youra menunggu sehinggalah Yoongi akhirnya berhenti di hadapannya dengan senyuman.

"Sorry saya lambat. Awak dah lama sampai ke?", Yoongi bersuara sebaik sahaja dia berda di hadapan Youra. Youra menggeleng.

"Tak adalah lama sangat cuma perut ni makin lapar tunggu awak", jawabnya tersengih sambil menyentuh perut. Ketawa kecil Yoongi dibuatnya.

"Then, let's go. Saya pun lapar sebenarnya. Tak sempat lunch tadi"

"Ok"

Mereka pun melangkah beriringan menyelusuri tempat tersebut dan melangkah perlahan sambil mata melihat-lihat makanan yang bakal menarik perhatian mereka untuk di mana walaupun sebenarnya, kesemua makanan tersebut nampak sangat enak dan seakan-akan memanggil mereka untuk disumbatkan ke dalam mulut.

Youra gembira. Akhirnya dapat juga dia merasa makan di sini setelah sekian lama dia tidak berkunjung di sini dan sekarang Yoongi, lelaki yang dia suka sedang menemaninya. Sekali lagi mereka bagaikan pasangan kekasih. Makan bersama. Gelak bersama dan Yoongi yang menawarkan diri terlebih dahulu untuk membayar makanan mereka. Youra tak keluar sebarang duit pun. Bak kata Yoongi, ingin menebus kesalahan yang dia buat kerana telah mungkir janji haritu. Youra pun terima sahaja.

Dari satu gerai ke satu gerai. Perut yang lapar kian terisi namun mereka bagaikan tidak mahu berhenti makan. Walaupun sudah kenyang tapi bila melihat makanan yang lain, mereka langsung tertarik dan makan lagi. Nasib baiklah sistem penghadaman masing-masing berfungsi dengan elok jadi tiada istilah sakit perut mahupun masalah pencernaan berlaku jika pulang ke rumah nanti.

💋💋💋💋💋

"Awak patut suruh pemandu awak balik je. Saya boleh je hantar awak balik"

Youra tersenyum nipis. Mereka berdua masih lagi berada di tempat tersebut tapi kini mereka hanya tenang berjalan di jalan Myeongdong tersebut yang masih lagi meriah. Di tangan Youra masih ada aiskrim yang mereka beli tadi. Yoongi pula sudah tak mampu menelan apa-apa jadi mereka hanya berjalan-jalan bagi menghadam makanan di perut mereka sambil menunggu pemandu Youra datang tiba.

"Saya tak nak susahkan awak lagi. Sebab tu saya suruh driver saya je yang hantar saya balik lagipun awak juga yang suruh saya hire driver. Supaya saya tak susahkan awak lagi dan senang saya nak ke mana-mana", jelas Youra mengingatkan Yoongi kembali apa yang pernah dikatakan oleh lelaki itu. Yoongi menghela nafas ringan.

"Tahu tapi kalau macam sekarang ni. Awak tak susahkan saya pun kalau saya yang hantar balik. Kita keluar sama-sama. Hangout. Bukannya awak suruh saya pergi satu tempat tu just nak ambil awak dan hantar awak balik", Yoongi mula membebel panjang. Entah bila dia pandai membebel pun dia tak tahulah. Youra pula sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan jari telunjuknya.

"Ok. Lepas ni saya minta awak je hantar balik kalau kita keluar. But for now, let my driver do his job lagipun dia dah on the way. Kesian pula kalau suruh dia balik macam tu", kata Youra akhirnya mengalah. Wajah Yoongi dipandangnya sambil tersengih. Yoongi menggeleng perlahan.

Mereka berdua kembali memandang ke depan. Youra kembali meneruskan misinya menghabiskan aiskrim di tangannya dan berhenti sekejap untuk membuang sampah sebelum kembali berjalan beriringan bersama-sama dengan Yoongi. Mereka tenggelam sekejap dengan suasana meriah di sini. Bunyi muzik turut sama kedengaran membuatkan keadaan di tempat itu tidak terlalu sunyi dan tidak hanya dipenuhi dengan suara pengunjung.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now