Vincent Chai 2030

1.3K 15 0
                                    

Kanta bermaksud lensa atau kepingan lut sinar seperti kaca atau plastik yang salah satu atau kedua-dua permukaannya melengkung, yang digunakan untuk menukar alur cahaya... misalnya cermin mata untuk memulihkan penglihatan.

Cinta pula bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang, kita tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segala-galanya. Cinta juga adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan dijelaskan tapi boleh dirasai dan jika benar-benar menyintainya, kita sanggup mati untuk mereka.

*****

Selena mundar mandir di biliknya. Sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri. Segala benda yang dilakukan serba tak kena. Kusut... kusut... kusut. Rambutnya kemas tersikat tadi, sudah seperti kena taufan Haiyan sahaja. Bibir dia tak henti-henti berbicara sendiri. Sekali pandang, dah macam orang gila. Orang tak siuman.

Kenapa dia yang mesti terpilih?

Tak ada orang lainkah yang boleh dijadikan galang ganti?

Dia masih tak bersedia untuk tamatkan zaman bujangnya. Di usia dua puluh satu tahun, keluarganya sudah sibuk mencarikan dia pasangan. Dia buntu. Fikirannya mula menerawang entah ke alam mana pun dia sendiri tak tahu. Kerutan di dahi sudah umpama seorang nenek tua. Berkedut saja sejak diberitakan tentang hal itu.

Hal apa?

Selena akan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang dia langsung tidak kenal. Dan dia sendiri tak ingin nak tahu siapakah lelaki itu. Kerap juga dia membaca cerpen dan novel yang berkisarkan kisah yang yang bakal berlaku di dalam hidupnya itu. Ada beberapa kategori yang dia boleh huraikan mengenai bakal suaminya itu. Apa? Jom kita baca...

Kategori bakal suami Selena Lee.

Pertama- Garang! Si suami tak sukakan si isteri. Perkahwinan hancur sebab suami masih cintakan bekas kekasih atau bekas tunang. Si isteri hanya diamkan saja ketidakpuasan hati. Then, bahagia. Si suami dah cintakan si isteri. The end!

Kedua- Sweet! Si suami redha dengan jodohnya dengan si isteri. Pastilah, suami melayan isteri dengan baik. Alah, dugaan kecil-kecil tu biasalah. Sama-sama tak kenal, mesti banyak dugaan tak terduga terjadi. Isteri terpikat dengan kesweetan suami. So, jadilah loving couple till the end. Titik.

Ketiga- Biasa-biasa saja! Dua-dua bersama kerana keluarga. Cuba menerima each other even tak suka. Lepas kahwinkan boleh kenal-kenal lagi. Sad ending? Happy ending? Either or.

Keempat- ...

Penulisan Selena terhenti. Telefon bimbit yang berdering mengganggunya. Iphone 4s putih dipandang. Private number? Siapa pula dah? Dia menekan 'answer'.

"Hello, Selena is here," Penuh tertibnya dia menjawab. Dia kan seorang gadis yang sopan. Ceit! Sekali taufan melanda, habis semua sifat keayuan.

"Yes. Are you Selena Lee?" Selena yang tadinya meniarap, berbaring memandang syiling. Suara lelaki?

"Ya, saya Selena. Ada apa ya?" Lelaki di hujung talian berdehem. Selena menunggu penuh sabar. Padahal, dia sudah mula menyumpah seranah si lelaki yang masih diam itu.

"Hello, encik. Are you still there?"

"Yes. Sorry for disturbing you, Cik Selena. Let me just straight to the point. Saya, Vincent. Bakal suami awak," Dang! Selena bingkas duduk. Bakal suami?!

"Err... kenapa ya? Malam-malam call saya..."

"Awak tahu kan, lagi dua minggu kita akan bernikah?" Selena mengangguk. Bajetlah macam si Vincent, bakal suami dia tu nampak.

"Ya. So?"

"I've asked my mother to meet you before the D-day. But, she doesn't allowed me. So, I call you tonight because I have many confession to tell you," Vincent menghela nafasnya. Selena sudah tidak sedap hati. Confession apa pula ni? Dia mengambil buku diarinya. Ditatap tulisan tangan yang dtulisnya tadi.

NaluriWhere stories live. Discover now