6

4.6K 65 8
                                    

Dalam Pesawat A380...
Johannes Sinclair atau nama islamnya Muhammad Johan Sinclair menatap isterinya yang sudah terlena di kerusi tepinya. Sungguhpun seraut wajah itu sudah mula menampakkan kedutan, namun sepasang mata bundar dan lesung pipit di kedua belah pipinya tetap mampu menarik perhatian setiap mata yang memandang.

Siti Aminah yang merupakan isteri Johannes Sinclair. Wajahnya yang bebas dari sebarang kedut menampakan dirinya tidak kalah dengan wanita 30an. Kulitnya yang putih mulus ditambah pula tidak lokek dengan senyuman membuatkan keayuannya makin terserlah. Ibu kepada Danial Simclair ini sentiasa mengenakan pakaian longgar dengan tudung labuhnya. Dia begitu cermat menjaga auratnya, namun tubuhnya sedikit berisi terutama dibahagian dada dan pungungnya membuatkan usahanya hampir sia-sia. Beliau juga merupakan tulang belakang Johannes dalam menguruskan hal-hal bisnes.

Kemudian, dia menarik kepala itu untuk bersandar pada bahu kekar miliknya. Satu ciuman dihadiahkan pada dahi wanita itu. Dia membetulkan selimut yang dipinjamkan oleh anak kapal di badan bininya. Perlahan-lahan wanita itu membuka matanya lalu mengamat pemandangan sekitar.

"Kita dah sampai ke, bang?"

Johannes hanya menggelengkan kepala. Satu lirikan mata penuh makna dihadiahkan kepada wanita yang berjaya memiliki sepenuh jiwa raganya. Satu tangannya mengenggam erat tangan wanita itu untuk menyalurkan kehangatan. Ketika itu, hanya bahasa badan sahaja yang digunakan bagi menzahirkan perasaan masing-masing.

Di luar, awan memutih dan langit yang cerah seolah-olah merestui perjalanan mereka menuju ke bumi Finland yang sudah lama ditinggalkan oleh Johannes. Sayup-sayup kedengaran pengumuman anak kapal melalui corong pembesar suara. Namun, Johannes langsung tidak mengendahkan perkara tersebut. Dia hanya mahu melarikan sejenak fikiran dari masalah duniawi dan hidup bebas seperti zaman kanak-kanak tanpa sebarang ikatan tanggungjawab. Kelopak matanya semakin memberat. Perlahan-lahan, dia menutup mata lalu mengosongkan fikirannya. Tanpa disedari dia berjaya larut ke alam mimpi.

Tiba-tiba, Johannes merasakan badannya digoyang dengan kuat. Sayup-sayup telinganya mendengar suara riuh rendah berlalu di corong telinganya. Perlahan-lahan, dia mencelikkan mata dan cuba mengumpul kesedaran. Saat matanya sudah mula beradaptasi dengan persekitaran, dia berasa hairan.

Saat itu, dia sedang berada di gurun pasir yang terhampar luas. Matahari terasa panas menyengat kulit halusnya.

Johannes berasa terkejut. Di manakah isterinya serta isi kapal A380 yang lain? Adakah kapal mereka digodam macam MH370? Adakah mereka terselamat?

Sepanjang penglihatannya hanya ada pasir. Tiada sebarang kehidupan lain. Johannes berkelana mencari jalan keluar. Namun dia gagal dan tiada hala tuju khusus.

Angin menyapu lembut butiran pasir. Membawanya hilir mudik tak tentu arah. Di sana, dia bagai butiran kecil pasir. Terhempas ke utara atau ke selatan. Jalan tergopoh-gopoh. Keringatnya mengalir di setiap inci tubuhnya. Tak ada sumber air di sekitarnya. Kehausan. Tak tahu harus ke mana. Mencari apa.

'Di mana ini?' jerit batin kecilnya.

Awan hitam tiba-tiba menyarungi matahari. Kali ini Johannes tak merasa sepanas sebelumnya. Hawanya sedikit sejuk, ditambah lagi, angin berhembus sepoi-sepoi, membelai tubuhnya dengan kesejukan. Dia pun memutuskan untuk sedikit saja beristirahat. Duduk santai sembari menatap butiran pasir di depannya. Tiba-tiba, pada pasir di depannya tertulis suatu kalimat.

Apakah kamu tak ingin menyurat untuk Tuhan, Johannes? Johannes pun membalas dengan menuliskan kalimat, Memangnya bisa menyurat kepada Tuhan lewat hamparan pasir ini? Lama Johannes menunggu jawapan dari pertanyaannya. 'Sarung' matahari di langit biru semakin 'besar' dan 'kainnya' bertambah 'tebal'. Sejurus kemudian, sesuatu yang ditunggu Johannes akhirnya nampak jua.

'Tulislah suratmu di Pasir ini, sebanyak yang kamu ingin, Johannes. Semoga Tuhan membacanya. Bukankah Dia membaca dunia nyata dan mimpi? Dia Penggenggam Semua Dunia. '

Setelah memikirkan perkara itu selama beberapa menit, akhirnya Johannes menuliskan suratnya pada hamparan pasir di depannya. Dia menyentuh butiran-butiran pasir. Tak lagi panas seperti sebelumnya. Untung saja, 'sarung' itu menaungi butiran pasir.

'Bismillahirrahmanirrahim'... dengan telunjuknya ia menuliskan surat untuk Tuhan.

'Tuhan, Jubahku terasa berat akhir-akhir ini. Ke mana sepotong kekuatanku itu Tuhan? Terhempas oleh maksiat atau aku memakai jubah yang tak sesuai dengan kemampuanku? Saat ini, aku harus pergi berkelana lagi, lagi, dan lagi. Sampai bila ini akan berakhir, Tuhan? Sampai aku tak mampu lagi berjalan atau sampai aku mati? Tuhan, bila air mata ini mengering? Tiap lembaran hidupku bertintakan air mata. Berpena perpisahan. Dan, nafasku membukukannya dalam kesunyian. Aku yakin, sangat yakin. Kamu bersama orang-orang yang khusyuk dan sabar. Tapi khusyukku direnggut oleh fana sedang sabarku dibanting oleh nafsuku. Tuhan, Semua permintaan Hamba-Mu pasti Kamu penuhi. Bergantung dari keringatnya saat mengemis kepada-Mu. Aku merasa keringatku telah menenggelamkan tubuhku. Belum cukupkah? Engkau melarang kami berandai. Detik ini, bolehkah aku berandai walau sekali Tuhan? Seandainya raga kami bernaung dalam satu atap, maka kan kupangkas seluruh semak belukar menuju jalan-Mu. Betapa mutualismenya. Maaf. Tuhan, Semesta akan berakhir pada kalbuku. Di dalamnya, ada lubang hitam nan hampa. Keberadaan hakikatnya adalah kehampaan. Betulkah kesimpulanku Tuhan? Tanah ini terasa menyesatkan. Bolehkah aku meminta Langit? Dari Hamba-Mu yang serakah...'

Setelah menulis suratnya, Johannes menggambar sampul. Berharap suratnya tak diterbangkan angin atau terhapus oleh kalajengking gurun. Ia pun membacanya berulang-kali, jangan sampai ada diksi yang kurang sopan. Surat ini untuk Raja Semesta. Tak boleh sembarangan. Kiamat kecil menghampiri Johannes. 'Sarung' itu memuntahkan air ke gurun pasir. Tak berapa lama, suratnya terhapus oleh butir-butir air. Dia pun meratap sedih. Apakah Tuhan sempat membaca suratku? Butir-butir air itu juga membasahi tubuh Johannes. Perubahan suhu tubuhnya dari panas menjadi dingin membuatnya menggigil. Demam membungkus sekujur tubuhnya. Ratapannya semakin menggila. Diikuti matanya yang memburam. Entah kerana demam ataupun air hujan yang menutupi pandangannya. Perlahan-lahan, kepalanya terasa amat berat dan akhirnya dia tewas.

Saat membuka matanya, dia sempat kaget memandang persekitarannya. Deruan enjin kapal kembali kedengaran dan dia melihat sebahagian penumpang kapal masih lena diulit mimpi. Johannes kembali merenungi mimpinya sebentar tadi. Apakah petanda mimpi itu? Adakah dia akan ditimpa malang? Atau adakah itu peringatan dari Yang Maha Esa?

Johannes Sinclair hanya mendengus kecil. Rasanya dia masih ada banyak tanggungjawab yang belum dilaksanakan. Ketika ini, dirinya tengah diperlukan oleh keluarga kandungnya di Finland. Selaku anak lelaki tunggal, memang dia perlu hadir bagi menyempurnakan majlis. Malahan, dia perlu berhadapan dengan ahli keluarga yang lain semasa pembacaan wasiat kelak. Mudah-mudahan, dia tak perlu melayan drama kekeluargaan sebagaimana pengalaman yang lepas.

Sedang Johannes melayan perasaan, tanpa disedari dia sudah berdiri di hadapan pintu tandas.

NaluriWhere stories live. Discover now