27

1.8K 28 0
                                    

Berikut merupakan kisah benar yang terjadi pada aku beberapa minggu lepas. Semoga para pembaca lebih berhati-hati dan tidak mengikut jejak langkah aku selepas ini.

Akhirnya hujung minggu tiba lagi. Sebagaimana hari jumaat yang lain, aku lebih suka menghabiskan masa terluang di kelab-kelab malam di sekitar Kuala Lumpur. Hari itu, aku memandu Toyota Vios kesayanganku menuju ke Changkat yang terletak di Bukit Bintang.

Suasana dalam kelab itu kekal meriah dengan bingitan lagu remix daripada penghibur antarabangsa. Mata aku melilau memandang ke sekeliling. Terdapat beberapa muka tetap yang aku cam. Walau bagaimanapun, aku lebih tertarik dengan kelibat seorang pemuda kacak yang duduk di sudut kelab itu. Dia kelihatan sangat santai dan hanya duduk sambil menikmati muzik. Figuranya begitu menarik perhatian aku. Aku sangat mengagumi penampilannya yang rock. Dia memakai jaket denim dan hanya membiarkan otot badannya terdedah. Entah bagaimana mata kami bertenung dan dia senyum balik kepada aku. Perlahan-lahan muka aku menjadi merah. Nasib baiklah pencahayaan dalam kelab tidak mengkantoikan aku. Aku tidak mahu orang lain fikir aku sukakan lelaki. Aku sudah ada tunang di kampung. Lepas itu, aku pun cepat-cepat meneguk minuman yang telah dipesan dengan harapan dapat berlalu segera daripada situ. Daripada sudut mataku, aku perasan dia masih memerhatiku dari jauh.

Aku pun memberanikan diri dan menoleh sekali lagi ke arah lelaki itu. Kali ini, dia mengenyitkan mata sambil tersenyum ke arahku. Tidak semena-mena, badanku terasa ringan dan aku bergerak lalu duduk di sebelahnya. Aku tidak dapat menahan diri untuk terus menatap mata coklatnya. Matanya seolah-olah memberi satu perasaan damai kepada diriku. Tanpa sebarang pesan, dia terus berlalu pergi dan keluar daripada kelab itu.

Sewaktu aku ingin berdiri, tetiba aku terasa ada sesuatu dalam tanganku. Aku pun membuka gengaman tanganku dan mendapati ada satu nota kecil.

"Jumpa pukul 10.30 esok. Pakai seksi tau. XOXO, Nik."

Dalam nota itu, terkandung alamat dan nombor telefon Nik. Aku pun segera memasukkan nota itu ke dalam poket seluar dan kembali meneruskan hiburan pada malam itu tanpa terbeban dengan kejadian tadi.

Keesokkan harinya, aku meneruskan rutin harian seperti biasa. Aku bangun sekitar pukul 10 pagi dan kemudian bersiap untuk dating dengan tunangku. Hari itu, kami pergi menonton wayang dan membeli-belah. Selepas Isyak, aku menghantar tunangku balik. Selepas menunaikan solat Isyak, fikiran aku kembali terganggu dengan peristiwa semalam. Aku tidak dapat menangkis ajakan Nik daripada otakku.

Perlahan-lahan, aku mencapai pintu almariku dan mencari pakaian terbaik yang menepati tema seksi. Setelah bersalin pakaian selama 5 kali, akhirnya aku berpuas hati dengan padanan singlet hitam dan seluar jeans pendek. Selepas menyemburkan minyak wangi Giorgio Armani, aku pun memandu keretaku menuju ke alamat yang tertera dalam nota itu.

Tidak sukar untuk aku menemui rumah Nik. Rumahnya betul-betul terletak di lot sudut kawasan perumahan itu. Aku pun menekan loceng rumah Nik.

Nik tidak membiarkan aku menunggu lama. Tidak lama kemudian, aku melihat lampu halaman dibuka dan Nik pun keluar menyambut aku dengan hanya memakai boxer putih. Nik segera mempelawaku untuk masuk ke rumahnya. Tanpa sebarang soal, aku terus melangkah masuk dan duduk di sofa merah yang terdapat di ruang tamu. Kemudian, dia memetik jarinya di hadapanku dan aku terus berasa normal.

Dia terus berbasa-basi dan menanyakan khabarku serta beberapa perihal peribadi tentang diriku. Apabila aku menyatakan aku sudah bertunang, Nik terus memasamkan mukanya.

"Malangnya, awak masih muda lagi. Awak tidak sepatutnya diikat dalam institusi perkahwinan. Saya jamin awak akan menemui kebahagiaan sebenar sebentar lagi. Saya sudah sediakan bilik untuk kita," ujarnya.

Aku berasa terkejut. 'Tidak mungkin aku akan menongkah arus,' fikirku. Bagaikan mampu membaca pemikiranku, Nik terus menyambung ayatnya.

"Awak tidak akan mampu menolak ajakan saya. Cuba fikirkan sebab utama awak datang ke sini."

NaluriWhere stories live. Discover now