13

2.6K 39 5
                                    

"Mak!!!!"

Siapa sangka Siti Aminah yang menjerit begitu? Serius takut dan berdebar sakan! Johannes terus bangun menegak. Siti Aminah pun sama. Tangan mereka saling memegang erat satu sama lain. Wajah Johannes prihatin sekali.

"Siti, we'd better fasten our seat belt," arah Johannes. Siti Aminah hanya mengangguk. Ya, debaran di dada semakin menggila. Tadi bukan main lagi Siti Aminah menuturkan jampi; the-plane-gone-crash-and-we're-not-going-to-depart. Sekarang apabila sudah jadi, Siti Aminah pula yang menggeletar habis.

Serentak dengan itu, pengumuman dibuat oleh kapten kapal. Menyuruh semua penumpang duduk dan memasang tali pinggang keselamatan. Kru kapal juga disuruh duduk.

Chaos is the right word to describe it.

Mata Johannes melilau melihat situasi.

"Siti, I think it must be a hurricane."

"Is it going to crash? And we all...die? " Terpacul juga soalan itu dari mulut Siti Aminah. Soalan yang keluar tersekat-sekat. Kapal terbang terasa terumbang-ambing.

"I'm scared," jelas Siti Aminah ketakutan. Dia bimbang mengenangkan nasib mereka dan anak tunggalnya Danial. Dia tak ingin Danial bergelar anak yatim piatu. Anak itu masih muda untuk berdikari dan menempuhi cabaran duniawi secara bersendirian.

Johannes cuba bertenang dan memujuk hati bininya. Keadaan itu hampir sama dengan mimpinya tadi. Nampaknya Allah hendak member petunjuk kepadanya.

"Don't worry. I had been through it many times. Allah will surely be with us," pujuk Johannes sambil menggenggam erat tangan​ Siti Aminah.

Terasa air mata sudah bertakung. Pipi membahang panas. Tekun Siti Aminah berdoa dalam hiruk pikuk kapal terbang yang bagaikan sedang dirempuh ombak. Mata dikatup kemas. Mulut sudah melafazkan syahadah.

"Siti...Dah sampai." Suara Johannes. Takut-takut Siti membuka mata. Putih . Lampu putih...Atau? Sampai mana? Alam barzakh? Alam barzakh putih ke? Tak ke alam barzakh itu hanya ada aku dan malaikat? Kenapa pula suara Johannes ada sekali?

"Where?" Soal Siti Aminah sekali lagi. Johannes ketawa kecil. Hilang segala kekusutan mindanya. "Awak ingat mana?"

Siti Aminah membuka matanya luas-luas. Johannes. Kerusi hitam. Kru kapal. Manusia yang sedang keluar dari kapal. 'Aku masih hidup,' fikirnya. Lega.

"Alhamdulilah." Terpacul juga ayat itu dari mulutnya. Johannes tersenyum lagi. Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali.

"Jom turun," ajak Johannes. Mukanya sudah kembali dingin. Tiada lagi aura kemesraan sebagaimana tadi. Beberapa beg bimbit mula dicapainya. Mereka berjalan sambil berpimpinan tangan melepasi pintu pesawat sebelum sampai ke Helsinki Boarders.

************

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Helsinki itu, anak matanya tercari-cari beberapa wajah yang mungkin sedang menanti kepulangannya ke tanah air. Baru sepuluh minit tadi MAS Airline mendarat di tanah air ini. Dan ini adalah yang dinantinya sejak enam belas tahun yang lalu.

Sesekali nafasnya ditarik dalam dan menghirup udara tanah air yang dirinduinya ini. Bibirnya menguntumkan senyuman. Mungkin sahaja Finland sudah banyak berubah. Jika dilihat lapangan terbang ini juga sudah banyak berubah. Kawalan keselamatan juga semakin ketat namun segala prosedur dokumentasi sangat dipermudahkan dengan kewujuan pelbagai teknologi terkini.

Johannes menggenggam erat tangan belahan jiwanya. Dia cuba mencari satu kekuatan untuk berdepan dengan masalah lama yang cuba ditinggalkannya. Nampaknya dia kena juga berdepan dengan masalah yang cuba dilupakannya.

Ya Allah, bimbinglah daku....

"Johannes..."

Suara yang menyapa membuatkan dia menoleh. Seraut wajah menyapa ruang matanya. Annie... Lama dia memerhatikan seraut wajah kakak kembarnya. Dia tak banyak berubah. Masih nampak muda macam enam tahun yang lepas.

Senyuman dihulurkan sebelum sepasang kakinya melangkah ke arah wanita itu. Rindunya kepada saudaranya hanya Tuhan sahaja yang tahu. "Hello, Annie." Tangan dihulurkan lalu mereka segera berdakapan untuk melepaskan rindu.

"Hello, Johannes. Kami rindu kau sangat-sangat." Kemudian, tubuh adik iparnya pula ditarik ke pelukan lalu dipeluk erat. Bergenang kelopak matanya kerana kerinduan yang teramat. Enam tahun Johannes Sinclair meninggalkan keluarga mereka kerana kecewa dengan cintanya. Langsung tidak pulang ke tanah air. Dan sekarang... adik bongsunya sudah kembali ke tanah air.

"Jon rindu Annie sangat sangat. Annie sihat?"

"Hmm... Annie sihat."

Budak lelaki di sebelah Annie kelihatan kepelikan. Tangan ibunya ditarik perlahan. "Mummy... Siapa uncle ni?"

Annie sempat tersenyum kecil. Lupa pulak! Anaknya tak pernah kenal dengan satu-satunya bapa saudara yang dia ada.

"Inilah Uncle Jon yang Mummy selalu cerita tu."

Uncle Jon... Dia adalah adik Mummy yang nenek Rose selalu cerita tu ke? Fikir Hans.

Senyumannya persis mendiang nenek Rose. Rupanya pula tidak banyak berubah dengan foto lama yang pernah ditunjuk oleh nenek Rose kecuali rambutnya sudah mula beruban. Tubuh tinggi tegap Uncle Jonathan pula sememangnya menjadi satu pengenalan khas bagi keluarga mereka. Nampaknya mereka memang berkongsi DNA yang sama. Hans terus mengenggam erat tangan Uncle Jon.

"Lupa pula kenalkan, ni anak tunggal kami. Theodore Hans Duax. Hans, ini Uncle Jon kamu," jelas Annie. Seraut wajahnya menunjukkan kelegaan kerana anaknya sempat mengenali saudara kandungnya yang telah lama pergi jauh dari bumi Finland.

Bibirnya mengukirkan senyuman l kepada budak remaja di sisi Andrew, laki Annie. Anak mata Han.. macam anak mata Annie. Cantik!

Selepas melepaskan kerinduannya kepada Annie, Johannes segera menoleh ke arah abang iparnya.

Tumpuan kembali dihalakan ke arah Andrew. Salam dihulurkan kepada dan seperti tadi juga dia memeluk sekujur tubuh itu. Wajah Andrew juga nampak sedikit cengkung berdanding dulu. Kenapa? Apa yang dia risaukan sangat?

Sungguh, sewaktu berada di negara orang dia langsung tidak mahu ambil tahu perihal tanah air. Perihal keluarganya juga diabaikan hampir enam belas tahun. Cuma... kematian ibunya berjaya membuatkan hatinya terpanggil untuk melawat saudara kandungnya.

"Abang sihat?"

Segaris senyuman terbit di wajah abang iparnya. "Aku sihat. Kamu macam mana, Jon? Sihat ke?"

"Hmm... Jon selalu sihat. Apatah lagi sejak nak balik ke Ireland. Jon akan sentiasa sihat."

"Syukurlah... Abang nampak kamu dah banyak berubah."

Dia mengukirkan senyuman. Anak matanya kembali beralih ke belahan jiwa yang selalu berada di sisinya. Hatinya berasa lega kerana layanan Annie dan Andrew sudah semakin mesra berbanding dahulu.

"Mereka sudah tunggu di rumah untuk menyempurnakan upacara penghormatan terakhir. Hans, Andrew tolong Jon dan bininya angkat barang," kerah Annie kepada anak dan suaminya. Kemudian, mereka segera berlalu ke kereta yang telah sedia menunggu di depan pintu masuk balai ketibaan.

*******

Tidak banyak yang mereka bualkan dalam perjalanan. Sesekali, Andrew cuba mencairkan suasana dengan memperkenalkan bangunan baru di sepanjang perjalanan. Namun, jauh di sudut hati Johannes berasa terkilan kerana kepulangannya ke tanah air disambut dengan kematian ibu tercintanya.

Siti Aminah amat memahami keadaan suaminya. 17 tahun hidup bersama membuatkan dia kenal dengan luar dan dalam suaminya. Perlahan-lahan, Siti mengosok lengan suaminya. Dia tidak mahu Johannes larut dalam kesedihannya sehingga mengundang penyakit jantungnya kembali.

NaluriWhere stories live. Discover now