10

7.3K 58 5
                                    

Soalan yang sering aku tanya pada diriku sendiri adalah "mengapakah aku tergolong dalam golongan homoseksual

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Soalan yang sering aku tanya pada diriku sendiri adalah "mengapakah aku tergolong dalam golongan homoseksual...?". Aku dilahirkan sempurna sebagai anak lelaki tetapi setelah dewasa mengapa aku jadi begini. Pada pandangan kasar, aku kelihatan normal seperti lelaki-lelaki lain tapi keinginan aku terhadap lelaki terlalu kuat dan terlalu kehausan kasih sayang dan kepuasan nafsu...sehingga terkadang aku tak dapat mengawal diriku.

Aku tahu, kisah hidupku yang penuh dengan linangan air mata ini belum berakhir. Manisnya hanya seketika. Aku sendiri dapat merasakan bahawa aku tidak seperti lelaki-lelaki straight dan homoseks yang lain. Biarpun aku begini namun, naluriku untuk berubah dan mengecapi hidup yang kuanggap normal seperti insan lain tetap kuat menebal di dalam diriku. Aku mahu jadi lelaki yang diterima masyarakat dan lebih-lebih lagi diterima tuhan.

Aku bertuah seketika dulu kerana dapat melanjutkan pelajaranku di sekolah berasrama penuh di utara Semenanjung Malaysia. Disitulah aku berjuang antara terus mengaku kalah dan menerima hakikat hidup bahawasanya aku adalah gay atau terus berjuang untuk mengatakan tidak. Nafsuku ketika itu langsung tidak ada pada wanita. Tidak dinafikan bahawa ayahku memang tergolong dalam golongan lelaki-lelaki kacak (sikit-sikit ada darah Pakistan) dan ibuku mempunyai darah campuran dengan Siam. Kelebihan mereka ini telah mengalir pada diriku. Bukan niat aku untuk membangga diri tapi aku dikatakan lelaki kacak. Kalau sekali pandang payah untuk orang mengatakan aku adalah orang India.

Kelebihanku ini kadangkala adalah suatu bebanan yang pahit untuk aku tanggungi. Ramai kawan-kawan lelaki lain yang membenci dan mencemburui diatas kelebihanku. Aku sering dipermainkan dengan kata-kata yang tak boleh aku terima walaupun semua itu adalah benar seperti "orang lelaki yang handsome-handsome macam kau ni selalunya gay, patutlah kau tak tak ada awek..." dan tak kurang juga wanita yang menyimpan rasa kepadaku tapi apa boleh buat, aku hanya bernafsu pada lelaki. Aku hanya suka pada setiap inci tubuh lelaki. Aku suka menikmati lelaki... Itu saja yang mampu aku ungkapkan.

Berbalik kepada kisah di sekolah dulu. Ketika di situ, aku mula mengenal perubahan hidup dalam usia akil baligh. Aku sudah punya rasa rindu, aku punya rasa ingin mengasihi dan disayangi. Tapi...tapi bukan pada wanita tetapi pada lelaki. Aku punya seorang teman yang juga agak tampan orangnya semasa bersekolah dulu, namanya S (sengaja aku rahsiakan nama sebenarnya). Aku berjaya membawa dirinya untuk menyukai lantas menyayangi aku. Aku punya kelebihan fizikal dan aku agak berjaya dalam akedemik serta aku cepat mengenal apa yang diingini oleh orang lain. Aku pandai mengambil hatinya dan disitulah aku mula kenal erti kasih sayang dari seorang lelaki. Tapi semua itu tak kekal lama, aku akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan hubungan itu bila aku mula menyedari kehadiran Lina (juga bukan nama sebenar) dalam hubungan antara aku dan S. S meneruskan hubungannya dengan Lina dan aku pula amat cemburu kepada Lina, seolah-seolah merampas kasih-sayang S daripada aku. Dan begitulah yang sering terjadi antara aku dan lelaki lain hinggalah melanjutkan pelajaranku dan sehingga aku menjadi gay yang dah dewasa.

Beberapa kali aku menjalinkan hubungan dengan lelaki lain dan harapan aku mereka akan menjadi kawan baik untuk aku. Aku selalu berkhayal, suatu hari nanti aku akan ketemu seorang lelaki "straight" dan bukannya gay untuk menjadi kawan karibku, dapat menerima yang aku adalah gay dan dia akan membimbing aku untuk berubah menjadi straight. Kalau tak 100% straight, bisexual pun jadilah.... Kawan yang boleh memahami keperitan hidup selaku golongan minoriti iaitu seorang gay dalam kelompok majoriti masyarakat Melayu yang amat membenci gay. Harapan ku lagi, agar terisi kekosongan hidupku ini, aku cukup tertekan bila family aku tak habis-habis bertanya "bila lagi nak kawin....". Aku tak salahkan mereka, aku tahu mereka mahu lihat aku bahagia dengan rumahtangga sendiri, mereka didik aku dengan ugama tapi.... mengapa ditakdirkan aku jadi begini?

NaluriWhere stories live. Discover now